AZMIN ALI

LATEST

Invalid or Broken rss link.

Month: June 2013

PRK K.Besut kritikal, sangat penting, kata Azmin

KUALA LUMPUR – PRK Kuala Besut disifatkan pertandingan yang kritikal serta sangat penting kepada Umno-BN dan PR kerana ia mampu menentukan hala tuju pentadbiran kerajaan negeri, ujar Mohamed Azmin Ali.

Sehubungan itu katanya, pertarungan merebut kerusi itu dijangka sengit khususnya parti pemerintah yang akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan kerusi berkenaan daripada dirampas parti lawan.

Apatah lagi, ia melibatkan risiko kehilangan kuasa pentadbiran di negeri itu.

“Bagi Umno, ianya perlu untuk mempertahankan kerajaan negeri, bagi PR ianya amat perlu untuk kita membentuk sebuah kerajaan negeri yang baru selepas PRK itu.

“Sekiranya PR dapat menawan semula kerusi berkenaan kerana kerusi itu pernah dimenangi oleh PKR pada 1999.

“… ianya tidak mustahil untuk PR sekali lagi mewakili kerusi itu pada PRK akan datang,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui dalam program ‘Wacana Ucapan Dasar, Laksana Satu Nyawa’ bersama Timbalan Presiden PKR, di sini, semalam.

[nggallery id=75]

Beliau berkata demikian mengulas kekosongan kerusi Dun Kuala Besut, Terengganu susulan kematian penyandangnya, Dr A.Rahman Mokhtar dari BN.

Azmin juga tidak menolak kemungkinan PKR akan meletakkan calonnya di kerusi tersebut yang merupakan PRK kali pertama akan diadakan selepas pilihan raya 5 Mei lalu.

Bagaimanapun katanya, keputusan itu hanya akan diketahui selepas satu mesyuarat bersama Majlis Pimpinan PR diadakan dalam masa terdekat.

“Saya yakin kali ini ianya akan menonjolkan satu wakil yang mewakili PR daripada parti yang akan diputuskan oleh Majlis Pimpinan PR.

“Sebarang keputusan yang bakal diambil adalah tertakluk kepada perbincangan dan persetujuan akan dibuat dalam Majlis Pimpinan PR,” katanya lagi.

Selain itu, Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menggunakan sebaik mungkin platform PRK itu untuk menunjukkan kesungguhan beliau dalam melakukan transformasi pilihan raya di negara ini.

Himpunan Aman #black505

image[nggallery id=73]

Kuala Lumpur, 22 Jun 2013 – Timbalan Presiden KEADILAN, YB Mohamed Azmin Ali tiba di perkarangan Masjid Negara pada jam 1.00 tengahari untuk memimpin pergerakan rakyat daripada Masjid Negara ke Padang Merbok. Ketibaan beliau bersama YB Dr. Abdul Rani Osman, Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor dan YB Dr. Afif Bahardin, Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang disambut oleh ribuan rakyat yang turut berhimpun di Masjid Negara.

Ribuan rakyat yang berhimpun di Masjid Negara menunaikan solat fardhu zohor terlebih dahulu sebaik laungan azan berkumandang. Laungan takbir yang disahut oleh ribuan rakyat turut kedengaran di dewan solat sebaik selepas solat zohor.

Pada jam 1.55 petang, lebih 5 ribu orang yang berhimpun di Masjid Negara mulai berarak ke Padang Merbok dipimpin oleh YB Azmin dan juga YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam. Pergerakan massa tersebut turut dikawal pasukan Unit Amal PAS.

Pergerakan massa yang dipimpin Azmin melalui laluan Lebuh Kinabalu sebelum menuju ke arah Jalan Parlimen untuk menuju ke Padang Merbok. Pergerakan tersebut mengambil masa kira – kira 20 minit sebelum tiba di Padang Merbok.

Sebaik tiba, Azmin kemudiannya bersama – sama rakyat yang mulai memenuhi ruang padang di bawah cuaca panas dan jerebu. Beliau kelihatan mesra untuk bersantai bersama – sama rakyat. Para peserta yang hadir turut tidak melepaskan peluang untuk berkongsi pandangan dan mengambil gambar bersama beliau. Beberapa peserta yang hadir juga dilihat memberikan air mineral tanda senang dengan kehadiran Azmin yang bersama – sama dengan rakyat.

Pada masa yang sama, Azmin turut tidak melepaskan peluang untuk mendengar suara hati rakyat. Semasa meraikan delegasi Orang Asal dari Kuala Woh, Batu 7, Tapah, Azmin turut mendengar rungutan kaum asal terhadap ketempangan perjalanan pilihan raya yang lalu. Wakil kaum asal yang hadir memaklumkan kepada Azmin bahawa Orang Asal di Kuala Woh telah dihalang oleh anggota Rela dan UMNO untuk menunaikan hak mereka sebagai pengundi.

Azmin berjanji untuk meneliti masalah tersebut sebelum mengemukakan isu tersebut di Dewan Rakyat yang akan bermula pada minggu depan.

Kunjungan Hormat YB Azmin Ali ke Pejabat Gurbernur DKI Jakarta

photo

Selasa, 18 Jun 2013 – Timbalan Presiden KEADILAN, YB Mohamed Azmin Ali telah melakukan kunjungan hormat kepada Yth. Bapak Ir. H. Joko Widodo, Gubernur DKI Jakarta di Pejabat Gubernur, Jalan Merdeka Selatan.

Kunjungan hormat sempena Lawatan Kerja Timbalan Presiden KEADILAN ke Indonesia telah berlangsung kira – kira satu jam. YB Mohamed Azmin Ali hadir bersama – sama satu delegasi yang turut sama disertai oleh YB Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Angkatan Muda KEADILAN.

Perbincangan dua hala antara Azmin dan Jokowi turut menyentuh soal pembangunan fizikal dan kemanusiaan kedua – dua buah negara. Jokowi menegaskan bahawa pemerintah hari ini tidak lagi harus berfalsafah horizontal tetapi harus lebih ke bawah; vertikal. Menurutnya kerajaan yang efektif hanya memerlukan masa kira – kira 4 hingga 5 jam sehari di Pejabat dan selanjutnya kerja di lapangan.

Selain itu, perbincangan turut berkisar soal cabaran memerangi gejala rasuah di kedua buah negara. Kedua tokoh yakin dan percaya bahawa sistem tata kelola yang baik serta kerajaan yang efektif akan memastikan gejala rasuah dapat dikurangkan selain daripada iltizam politik yang jelas untuk perubahan.
Azmin dan Jokowi juga sempat berkongsi pandangan tentang isu pengangkutan awam dan rumah mampu milik selain isu pilihan raya dan kebebasan media di Malaysia dan Indonesia.

KEADILAN will not boycott swearing-in ceremony

Press Statement 12 June 2013

There has been speculation in the media that KEADILAN may boycott the swearing-in ceremony of MPs at the Dewan Rakyat onJune 24, 2013. I wish to state categorically that at no point of time did KEADILAN decide to carry out any boycott of the oath taking process.

KEADILAN and Pakatan Rakyat had only decided to boycott the parliamentary briefing on June 11, 2013. That boycott was carried out as a principled protest against the massive fraud and cheating perpetrated by the BN in the recent 13th General Elections. 

All KEADILAN Members of Parliament will thus attend the swearing-in process, and will thereafter vigorously execute their duties as the rakyat’s elected representatives.

Mohamed Azmin bin Ali
Deputy President

Kenyataan Media – KEADILAN Tuntas Menuntut Reformasi Pilihan Raya

2 Jun 2013

Pengumuman Dato’ Sri Najib Tun Razak untuk memindahkan kawal selia Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah kuasa dan kawal selia sebuah Jawatankuasa Khas Parlimen menandakan kemenangan awal KEADILAN dalam menuntut reformasi pilihan raya. Malah, pengumuman tersebut membuktikan bahawa Kerajaan mengakui wujudnya penipuan dan kelemahan dalam proses pilihan raya di Malaysia.

KEADILAN sekali lagi menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengembalikan kepercayaan awam, memulihkan kredibiliti serta wibawa sebagai sebuah badan bebas yang menjadi tonggak kepada sebuah negara yang demokratik.

Sebagai langkah permulaan, selaras dengan usul di Kongres Nasional Tahunan ke 9 Parti Keadilan Rakyat pada 25 Mei 2013 yang lalu, KEADILAN kekal menuntut agar Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR segera meletakkan jawatan demi memulihkan kredibiliti dan reputasi SPR sebagai sebuah entiti demokrasi.

Perkara 113 dan 114 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menggariskan pembentukan SPR. SPR bukanlah sebuah agensi ataupun jabatan Kerajaan dan tidak boleh menjadi alat kepada mana – mana parti politik.

Oleh kerana itu, KEADILAN bersama – sama badan bukan kerajaan (NGO) termasuk BERSIH menggesa agar kawal selia SPR tidak boleh diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Sungguhpun begitu adalah penting pengumuman Perdana Menteri bukanlah sekadar ‘public relations exercise‘ semata-mata. Saya menuntut supaya cadangan pembentukan Jawatankuasa Khas hendaklah dihalusi dengan pelbagai pihak atau stakeholders dan memberikan terma rujukan yang luas dan holistik supaya jawatankuasa yang dibentuk dapat melaksanakan reformasi pilihan raya secara efektif.

Sementara itu, saya turut menyarankan agar suatu badan bebas ditubuhkan di bawah bidang kuasa parlimen bagi mengambil alih peranan SPR untuk membuat syor – syor terhadap urusan persempadanan semula bahagian – bahagian pilihan raya. Cadangan ini adalah bagi memastikan tidak berlakunya conflict of interest dan penyalahgunaan kuasa serta menjamin tugas dan peranan SPR yang lebih efektif dan bertanggungjawab dalam pengurusan perlaksanaan pilihan raya.

Penubuhan badan bebas ini penting supaya persempadanan semula bahagian – bahagian pilihan raya ini dilaksanakan dengan asas dan kriteria – kriteria yang jelas termasuk mengambil kira kriteria electoral quota and 5 % rule, geographical size, special geographical consideration, local government boundaries, boundaries of existing constituencies and local ties. Perihal ini adalah untuk memastikan syor – syor yang dibuat berpaksi kepada prinsip yang adil dengan landas sistem demokrasi berperwakilan.

Ternyata sebuah reformasi besar harus digerakkan bagi memastikan cita – cita melaksanakan sebuah pilihan raya yang bebas dan adil terlaksana. KEADILAN bertegas bahawa institusi kenegaraan dan demokrasi di negara ini perlu dipulihkan. Moga kemenangan ini menjadi suatu anjakan yang akan membawa kemajuan politik di Malaysia.

Mohamed Azmin bin Ali