AZMIN ALI

LATEST

Month: October 2013

[TEKS UCAPAN] Ucapan Perbahasan Bajet 2014

UCAPAN PERBAHASAN BAJET 2014

YB MOHAMED AZMIN BIN ALI

30 OKTOBER 2013

 

Pendahuluan

 

1.      Bajet 2014 bersifat ‘Rich Man’s Budget, Poor To Get Poorer’. Langkah Kerajaan menarik balik subsidi gula untuk rakyat berjumlah RM 551.25 juta  dan subsidi minyak masak untuk rakyat bernilai RM 505.4 juta akan terus membebankan rakyat. Kerajaan wajar memberikan perhatian di atas tuntutan Pakatan Rakyat supaya memecahkan monopoli industri gula.

 

2.      Untuk mencapai matlamat sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi, belanjawan negara perlu menekan prinsip ‘fiscal discipline’ dan menggariskan strategi pembangunan yang peduli rakyat.

 

3.      Belanjawan negara bukan sekadar bertujuan untuk meningkatkan hasil negara tetapi menguruskan perbelanjaan secara berhemah dan efisien dan mengambil langkah yang pro aktif untuk membanteras ketirisan dan amalan rasuah.

 

 

Pengagihan Kekayaan dan Kesenjangan Ekonomi

 

4.      Jomo K.S dalam karya terbarunya berjudul ‘Malaysia @50 : Economic Development, Distribution and Disparities’ menegaskan bahawa kesenjangan pendapatan dan ekonomi telah sekian lama mendominasi perbincangan ekonomi, sosial dan politik di Malaysia. Hal ini bukan sahaja tidak selesai malah isu kesenjangan ekonomi, jurang pendapatan antara golongan kaya miskin telah menjadi perdebatan universal.

 

5.      Situasi ini adalah sama seperti yang diungkap oleh Nobel Laureate, Paul Krugman dalam satu rencana bertajuk Rich Man’s Recovery dalam New York Times dalam satu pemerhatian yang dijalankan di Harvard Business School. Krugman melihat kesenjangan ekonomi yang melampau dalam komuniti pelajar telah menggamit perhatian dunia dan amat membimbangkan.

 

6.      Kata Krugman : “This society claims to reward the best and brightest regardless of family background but in reality the children of the wealthy benefit from opportunities and connections unavailable to children of the middle and working classes.”

 

7.      Menurut Krugman lagi, kajian ini membuktikan wujudnya kesenjangan pendapatan yang ketara di antara golongan maha kaya dan mereka yang berpendapatan rendah. Golongan maha kaya ini menikmati kekayaan di atas kesengsaraan majoriti yang lain. “If the rich are so much richer than the rest that they live in a different social and material universe, that fact in itself makes nonsense of any notion of equal opportunity.”

 

 

Bajet 2014 Barisan Nasional

 

8.      Bajet 2014 memperuntukkan sejumlah RM 264.2 bilion. Daripada jumlah ini RM 217.7 bilion merupakan anggaran untuk belanja mengurus manakala RM 46.5 bilion adalah bagi belanja pembangunan.

 

9.      Bajet 2014 masih kekal sebagai bajet defisit. Kerajaan telah meneruskan amalan bajet defisit selama 16 tahun berturut – turut semenjak krisis kewangan Asia. Ini merupakan kesinambungan daripada amalan dan perlaksanaan dasar fiskal semenjak daripada merdeka lagi.

 

10.    Dalam tempoh 56 tahun negara mencapai kemerdekaan, Malaysia mengalami ‘fiscal deficit’ selama 49 tahun dan hanya 7 tahun menikmati ‘budget surplus’. Malaysia menikmati ‘budget surplus’ selama 5 tahun berturut – turut mulai 1993 iaitu ketika YB Permatang Pauh menerajui Kementerian Kewangan.

 

11.    Kerajaan pernah menjanjikan bahawa belanjawan negara akan kembali kepada belanjawan berimbang pada tahun 2005 ; sebaliknya hutang negara terus membengkak secara berganda di antara tahun 2007 dan 2012 kepada RM 421 bilion. Manakala pendapatan pada kadar 31% dari RM 140 bilion kepada RM 207 bilion. Hutang negara seperti yang dilaporkan oleh Maybank Berhad bagi tahun 2013 dijangka meningkat kepada RM 541.3 bilion dan akan terus meningkat kepada RM 578.4 bilion iaitu 54.7% daripada jumlah KDNK.

 

12.    Disiplin fiskal yang lemah menyebabkan hutang negara terus membengkak. Pada tahun 1998, hutang negara adalah pada tahap 36% daripada KDNK ; meningkat kepada 53% daripada KDNK dalam tahun 2012 dan dijangka meningkat kepada 54.7% daripada KDNK dalam tahun 2014. Ini adalah rekod yang tertinggi di Asia Tenggara.

 

13.    Ia juga menggamit perhatian rakyat Malaysia kepada persoalan debt – to – revenue ratio. Dalam tahun 2012, Fitch Rating Agency melaporkan bahawa kadar debt – to – revenue di Malaysia mencatatkan 246%, semakin hampir kepada negara Itali yang bergelut dengan masalah hutang pada kadar 261%.

 

14.    Malaysia di bawah pengurusan UMNO hari ini sedang mengalami penyakit ‘fiscal fatigue’atau lelah kewangan. Negara hari ini tidak mempunyai ‘fiscal space’ untuk berbelanja kerana hutang negara yang terlalu besar dan ianya juga tidak mempunyai ‘political will’ untuk memerangi rasuah dan menangani masalah ketirisan dan salahguna kuasa.

 

 

GST Membebankan Rakyat

 

15.    GST adalah satu sistem percukaian yang telus, efisien untuk dilaksanakan bagi jangkamasa yang akan datang. Persoalannya, apakah Malaysia sudah bersedia ? Saya mengambil maklum bahawa hanya 10% daripada ‘working population’ di Malaysia yang membayar cukai. Saya juga bersetuju supaya negara perlu mengurangkan kebergantungan di atas pendapatan daripada sumber petroleum dan gas yang hari ini menyumbang di antara 35% – 40% daripada hasil negara.

 

16.    Saya juga menyedari bahawa tax based kita adalah agak ‘narrow‘. Maka satu reformasi sistem percukaian perlu digubal segera supaya ianya bersifat ‘broad based’ dan komprehensif bagi menggantikan Sales and Services Tax (SST) yang menyumbang 7% kepada pendapatan negara.

 

17.    Namun saya juga mendesak Kerajaan supaya mengamalkan fiscal discipline yang ketat dan memotong Belanja Mengurus di setiap kementerian.

 

18.    Di negara maju, falsafah perlaksanaan GST bukanlah untuk mencipta hasil baru atau meningkatkan pendapatan bagi negara tetapi adalah untuk memastikan satu sistem percukaian yang saksama dan menyeluruh. GST juga menjadi satu rangsangan kepada rakyat untuk meningkatkan simpanan serta tidak boros dalam berbelanja. Pendek kata, GST bertujuan to redistribute or diversify, and not increase the tax burden.

 

19.    Kejayaan perlaksanaan GST di negara – negara maju adalah infrastruktur sistem percukaian yang kukuh di mana kadar cukai pendapatan dan kadar GST bergerak dalam arah bertentangan di mana apabila GST diperkenalkan pada satu kadar, kadar cukai pendapatan diturunkan untuk offfset bebanan GST.

 

20.    Bajet 2014 mencadangkan bebanan GST dikurangkan atau off set dengan pemberian BR1M dan penurunan kadar minima ke atas cukai pendapatan.

 

21.    Malaysia pada hari ini masih belum bersedia untuk perlaksanaan GST. Ini kerana lebih 40% rakyat mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM 2,500 sebulan dan 80% daripadanya adalah orang Melayu dan Bumiputera. Sudah pasti, GST akan menekan golongan dalam kelompok berpendapatan rendah dan rakyat miskin.

 

22.    Apabila saya membicarakan soal kemiskinan, saya tidak merujuk kepada golongan miskin tegar sahaja tetapi yang perlu diberikan perhatian adalah golongan yang mempunyai bebanan hutang yang tinggi termasuk ‘young workers, newly married couples’ dan juga mereka yang mempunyai tanggungan yang ramai.

 

23.    FOMCA melaporkan sejumlah 47% pekerja muda di negara ini dibebankan dengan jumlah hutang yang begitu serius. Sementara itu, Kajian Pusat Pendidikan dan Penyelidikan Pengguna menyatakan lebih 30% daripada gaji golongan muda digunakan untuk membayar hutang sekaligus mengesahkan beban dan kesempitan hidup generasi muda dan rakyat secara keseluruhannya.

 

24.    Selain daripada itu, perlaksanaan GST akan juga meningkatkan kadar inflasi yang akan mencengkam kehidupan rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah.

 

25.    Hal ini bertambah serius apabila Bajet 2014 memotong RM 7.29 bilion jumlah subsidi kepada rakyat. Langkah pengurangan subsidi ini akan menyebabkan kos produktiviti meningkat dan kuasa membeli atau ‘purchasing power’ rakyat semakin lemah. Kitaran ekonomi ini juga akan mengakibatkan kadar inflasi terus meningkat berkadaran dengan langkah perlaksanaan GST pada April 2015.

 

26.    Persoalannya adakah Kerajaan telah meneliti impak sosio ekonomi rakyat dengan perlaksanaan GST dan pemotongan subsidi rakyat ? Penganalisa ekonomi mengunjurkan tahap inflasi akan meningkat sebanyak 2% apabila GST dilaksanakan. Jika perlaksanaan GST ini konsisten dengan langkah pemotongan subsidi yang diumumkan, maka dijangkakan kadar inflasi akan terus meningkat sehingga kadar 5% pada tahun 2015.

KENYATAAN MEDIA | 25 OKTOBER 2013

Belanjawan orang kaya, yang miskin papa kedana

Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) seperti yang diumumkan Dato’ Sri Najib Tun Razak dalam ucapan belanjawannya di Parlimen hari ini adalah satu tamparan hebat kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah.

 

Malah, bermula pada kadar 6%, adalah sangat melampau. Perbandingan pelaksanaan GST yang dilaksanakan di Singapura pada kadar 7% sekarang ini juga adalah cubaan mengelirukan rakyat kerana ia mula diperkenalkan pada tahun 1994 dengan kadar hanya 3%, sejak 13 tahun yang lalu.

Dalam apa keadaan pun, membuat perbandingan dengan negara seperti Singapura dan negara-negara Eropah adalah sia – sia disebabkan tahap urus tadbir yang baik jauh lebih tinggi di negara – negara tersebut.

Bagi rakyat Malaysia, kos sara hidup sudah cukup membebankan tanpa GST. Dengan adanya cukai ini, beban yang lebih berat akan menimpa golongan miskin memandangkan mereka hampir tidak ada pilihan lain selain membelanjakan juga sebahagian besar daripada pendapatan boleh guna (disposable income) yang ada.

 

Hujah Najib bahawa GST akan menyebabkan kos barangan dan perkhidmatan semakin berkurang adalah bohong dan sekali lagi cuba mengelirukan rakyat.

 

Majoriti rakyat tidak akan dapat memanfaatkan GST dengan penjimatan ataupun pelaburan seperti golongan kaya dan berpendapatan tinggi. Ini akan mewujudkan jurang yang lebih nyata dan menyebabkan ketidakadilan sosial yang lebih berpanjangan.

 

Jika belanjawan tahun lalu adalah belanjawan rakyat disebabkan pilihanraya bulan Mei lalu, maka yang ini merupakan belanjawan orang kaya kerana kerajaan UMNO dan Barisan Nasional merasakan ia sudah tidak lagi terhutang budi kepada rakyat.

 

Mereka lewatkan GST kerana mereka tahu rakyat akan membantah dan kini selepas pilihan raya mereka melaksanakannya. Maka Belanjawan 2014 ini hanya akan melebarkan kesenjangan ekonomi rakyat. Jurang kaya – miskin, gini – coefficient rakyat akan terus meluas.

 

Selain itu, saya meramalkan tekanan inflasi yang bakal menimbun serta kos sara hidup yang kian meningkat.

 

Dorongan untuk memacu sektor pelancongan, dengan membina lebih banyak hotel bertaraf lima bintang dan bersaing dengan dunia untuk memiliki bandar terhebat tidak memberi kelebihan dan kemakmuran kepada rakyat.

 

Di mana usaha Kerajaan untuk merendahkan kos pengangkutan atau memperbaiki pengangkutan awam ? Tidak ada disebut tentang perumahan mampu milik. Malah program kesihatan rakyat terus diabaikan.

 

Meskipun peruntukan yang diumumkan amat substansial, namun yang masih menjadi permasalahan adalah pengagihan dan penggunaan dana tersebut. Perbelanjaan negara tahun lalu tentang latihan Bahasa Inggeris sahaja sudah cukup menjadi contoh bagaimana pembaziran berlaku.

 

Dana keusahawanan melalui pinjaman mudah bagi mengurangkan pengangguran di kalangan graduan hanya akan menjurus kepada nilai hutang yang semakin memuncak. Apa yang diperlukan oleh graduan – graduan ini adalah kemahiran ‘soft skill’ dan lebih banyak latihan kemahiran dan teknikal untuk meningkatkan kebolehan mereka diambil bekerja, bukan hutang yang lebih banyak. Cadangan untuk memberi dana kepada pelajar lepasan SPM untuk latihan kemahiran adalah baik dari segi prinsip, akan tetapi yang lebih signifikan adalah soal pelaksanaan serta pengkhususan di lapangan.

 

Kita semua setuju bahawa defisit belanjawan mesti dikurangkan, tetapi memeras lebih banyak wang daripada rakyat bukanlah caranya. Masalah asas adalah soal ketirisan, pembaziran dan rasuah. Dengan menangani masalah ini secara tidak komprehensif, kita tidak akan mampu untuk menyelesaikan masalah yang tidak akan berkesudahan. Masalah ini tidak mampu diselesaikan dengan hanya mengutip cukai sebanyaknya.

 

MOHAMED AZMIN ALI

Timbalan Presiden

A rich man’s budget, Poor To Get Poorer

While agreeing that the budget deficit must be reduced, Pakatan Rakyat leaders stressed it should not be at the expense of the people.

In their first reactions to the Goods and Service Tax (GST) as announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak today, Pakatan leaders said the move would only burden the poor.

Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim said the GST would transfer burden to the masses.

“If you want to alleviate burden, there should be a coherent policy covering the whole spectrum.

“You talk about lowering tax for the rich, for investors, you talk about incentives and whatever special funds for companies but at the same time you impose a general tax on the larger population. There is paradox here and then you talk about rationalising the move?” he asked, when approached by reporters after the Budget speech at the Parliament today.

In his Budget 2014 speech this afternoon, Najib announced that the GST would be implemented starting April 1, 2015, at a rate of 6%. He also said the sales and service tax would be abolished.

Anwar pointed out that the government was at the same time reducing tax on the rich, which he said would widen the gap between the rich and poor.

“Our concern in this issue is the inequality and we will oppose endlessly the implementation of GST,” he added, and warned that the GST would further burden the public.

DAP’s Kluang MP Liew Chin Tong said the GST, alongside cuts in subsidies, would hurt the lower income group even more.

“I think the government has a very insulated or compartmentalised way of looking at the economy. They think these people have less money to spend, it’s OK we pay them some BR1M, but the economy is sustained by demand and is a cycle.

“It will affect demand and when overall demand is down, the result will be an economic downturn,” he said.

PKR deputy president Mohamed Azmin Ali lamented that the root problems of financial leakages, wastages and corruption had been ignored.

By not dealing with these problems, we are looking at a bottomless pit,” said Azmin.

“No amount of taxes collected will solve these problems.”

Azmin described the Budget as a “rich man’s budget”, saying the poor would get poorer due to the GST.

“For Malaysians, the cost of living is high enough without GST. With this tax now, a heavier burden is placed on the poor since they have little choice but to spend most of their disposable income,” he said.

He said the Budget’s emphasis on tourism and on vying with the world to have the best cities would not benefit the people.

“Where is the effort to bring down transportation costs or improve public transportation services? There is nothing on making homes more affordable. Health care has been neglected.

“Though the allocation is substantial, the problem again will be the distribution of the funds,” he said.

On the entrepreneurial fund through soft loans to ease unemployment among graduates, Azmin said it would lead to more debts.

“What these graduates need is greater soft skills and more training in vocational and technical areas to enhance their employability, not more debts.

“The proposal to fund SPM leavers for vocational training is good in principle but the follow through and the actual areas of specialisation is important,” said Azmin.

DAP secretary-general Lim Guan Eng was baffled that the budget did not have any new measures to combat corruption.

“Malaysia is labelled a champion in corruption by western media and Transparency International, why no new initiatives to curb corruption?

“We welcome more allocation for security, but we hope it is used properly. They should not lose guns and not have any accountability,” the Penang Chief Minister, who is also Bagan MP,  said.

Lim said there must be an increase in police personnel as their presence can stem the rise in crime.

Zairil Khir Johari, DAP’s Bukit Mertajam MP, said Najib appeared to be a “bad plumber”.

“Instead of plugging the leakages, he’s turning up the water pressure. Lots of funds announced for various projects but what are the checks to ensure they are spent prudently?

“For example Education sees an increase to RM54 billion, 21% of the budget. Consistently one of our biggest expenditure. But our results getting from bad to worse vis a vis international assessments and university rankings,” he said. – October 25, 2013.

Source : The Malaysian Insider

PRESS STATEMENT | 25 OCTOBER 2013

Rich man’s budget, poor to get poorer

 

The implementation of the Goods and Service Tax (GST) as announced by Dato’ Sri Najib Tun Razak in his budget speech in Parliament today is a heavy blow to the poor and the lower income group.

 

Furthermore, starting at 6%, it is exorbitant. Comparing to Singapore’s GST at the current rate of 7% is also misleading because when it was introduced in 1994 it was only at 3%. And this is after 13 years.

 

In any event, comparing to countries like Singapore and those in Europe is pointless because of the much higher level of governance in those countries.

 

For Malaysians, the cost of living is already high enough without the GST. With this tax now, a heavier burden is placed on the poor since they have little choice but to spend most of their disposable income.

 

The argument by Najib that GST will cause many goods and services to actually cost less is totally false and a serious misrepresentation to the people.

 

They will not be able to leverage on the GST with greater savings and investments unlike the rich and the higher income group. This will create greater real inequality and cause further social injustice.

 

If last year’s budget was a ‘people’s budget’ because of the May general election, then this is a “rich man’s budget” because the UMNO-Barisan government feels that it is no longer beholden to the people.

 

They held back the GST because they knew the opposition from the people. Now that the elections are over, it’s a different story altogether. So, the poor are set to become poorer.

 

I foresee cumulative inflationary pressure and more increases in cost of living.

 

The thrust on driving greater tourism, building more 5-star hotels and vying with the world to have the best cities has little resonance with the people.

 

Where is the effort to bring down transportation cost or to improve public transportation services? There is nothing on making homes more affordable. Health care has been neglected.

 

Though the allocation is substantial, the problem again will be the diffusion and distribution of the funds. Last year’s excessive and questionable expenditure on English training is just one example.

 

The entrepreneurial fund by way of soft loans to ease unemployment among graduates will be only lead to greater indebtedness. What these graduates need is greater soft skills and more training in vocational and technical areas to enhance their employability, not more debt. The proposal to fund SPM leavers for vocational training is good in

principle but the follow through and the actual areas of specialization is important.

 

We all agree that the budget deficit must be reduced but extracting more money from the people is not the way. The fundamental problem concerns leakages, wastages and corruption. Without comprehensively dealing with this problem, we are looking at a bottomless pit. No amount of taxes collected will solve the problem.

 

 

MOHAMED AZMIN ALI

Deputy President