AZMIN ALI

LATEST

Day: November 29, 2013

[BERITA] Azmin nafi tuntut kenaikan gaji

KUALA LUMPUR – Pengerusi Kumpulan Penyokong Kelab Kerajaan (BBC) Selangor, Mohammed Azmin Ali menafikan pihaknya menuntut usul kenaikan gaji.

Beliau meminta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat penjelasan berhubung perkara itu supaya tidak timbul spekulasi.

“Saya cadangkan kenaikan elaun ini ditangguhkan dan dikaji semula supaya kadar munasabah dan memberi penjelasan kepada rakyat mengenai keperluan ini.

“BBC cadangkan dalam perbincangan imbuhan ini kita mesti fikir mengenai kemudahan lain yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Beliau yang kecewa tindakan kerajaan itu terkejut kerana pihaknya sama sekali tidak dijemput untuk membuat perbincangan berkenaan perkara tersebut.

“Mengejutkan kita dalam tempoh kurang seminggu, dibentangkan kajian skim gaji, sudah siap dan terus dibentangkan semalam (kelmarin) tanpa ada sebarang perbincangan dengan BBC dan PR Selangor.

“Kita tidak menolak keperluan kenaikan gaji, tapi apa yang diputuskan kerajaan negeri terlalu tinggi dan menuntut penjelasan kerajaan negeri,” katanya yang juga Adun Bukit Antarabangsa.

Katanya, perlu ada perbincangan antara Menteri Besar dan Adun bukan sahaja tentang isu gaji tapi kemudahan kepada Adun.

“Sebab itu kajian perlu melibatkan Adun kita kerana mereka boleh beri pandangan mengenai kadar kerana bukan kita mahu bincangkan soal gaji pokok sahaja, tapi memberikan pandangan kemudahan-kemudahan boleh membantu BBC supaya lebih efisien dalam menjalankan tugas.

“Seperti kemudahan pejabat perlu dimasukkan dalam kenaikan gaji, dengan menyediakan pegawai penyelidik bagi setiap Adun, perpustakaan lengkap bagi buat kajian, ini akan beri kesan secara langsung dengan lebih baik,” katanya.

Petikan dari Sinar Online