AZMIN ALI

LATEST

Day: September 23, 2014

Kenyataan Media – Perlantikan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor

KENYATAAN MEDIA | 23 SEPTEMBER 2014

PERLANTIKAN YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT di atas perlantikan ini dan saya menjunjung kasih di atas perkenan Tuanku Sultan melantik saya sebagai Dato’ Menteri Besar.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan terima kasih kepada YB Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KEADILAN dan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN serta seluruh Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor atas kepercayaan serta sokongan untuk saya menerajui Negeri Selangor. Ketika yang sama, saya menghargai dokongan daripada 15 Ahli Dewan Negeri DAP dan Pakatan Rakyat.

Selaku Menteri Besar Selangor yang baru dilantik, saya akan mendukung institusi demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Saya berjanji akan menggalas amanah ini dengan penuh tanggungjawab, jujur dan berintegriti untuk memperkukuhkan Negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang maju, harmoni serta bersatu – padu.

Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan konsep Negeri Pembangunan atau developmental state berlandaskan amalan tata kelola yang baik, ketelusan dan kebertanggungjawaban.

Mohamed Azmin Ali
YAB Dato’ Menteri Besar
Negeri Selangor Darul Ehsan

Majlis Angkat Sumpah YAB Dato’ Menteri Besar Selangor

MAJLIS ANGKAT SUMPAH YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Selasa | 23 September 2014

[ 10.00 – 11.30 pagi ]

Majlis Angkat Sumpah Jawatan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah, Klang.
[ 1.00 – 1.40 tengahari ]

Solat Zohor & Bacaan Doa Selamat di Masjid Kampung Kelang Gate Bharu, Hulu Kelang.
[ 1.45 – 2.30 petang ]

Majlis Kesyukuran Menyambut YAB Dato’ Menteri Besar Selangor di Kediaman Bonda Hajjah Che Tom, No. 1E, Jalan Seladang, Kampung Kelang Gate Bharu, 53100 Hulu Kelang, Selangor.

* Sidang Media dijadualkan berlangsung pada jam 2.00 petang di Kediaman Bonda Hajjah Che Tom.

——

PEJABAT YB MOHAMED AZMIN ALI