AZMIN ALI

LATEST

Day: October 4, 2014

Perutusan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor Sempena Eidul Adha 1435H

Enam puluh tahun yang lalu seorang pejuang Afro-Amerika yang baru memeluk agama Islam menunaikan fardhu haji. Dari Mekah beliau menulis surat ke Amerika menyatakan pengalaman menunaikan ibadah haji:

“Di sini terdapat puluhan ribu manusia menunaikan haji. Mereka datang dari seluruh pelusuk dunia. Kulit mereka dari semua warna, dari yang bermata biru dan berambut perang kepada orang Afrika yang berkulit hitam. Tetapi mereka semuanya melakukan ibadat yang sama, menzahirkan semangat perpaduan dan persaudaraan di mana pengalaman saya di Amerika menyebabkan saya berpendirian tidak boleh berlaku antara manusia kulit putih dan bukan kulit putih. Belum pernah saya melihat persaudaraan yang jujur dan sebenar yang diamalkan bersama oleh manusia dari semua warna.”

Surat ini ditulis oleh Haji Abdul Malik al – Shabaz atau lebih dikenali dengan nama Malcolm X. Inilah semangat yang perlu kita ambil sempena Eidul Adha ini. Malcolm X berjuang dan berkorban dengan nyawanya untuk mendapat hak persamaan masyarakat kulit hitam di Amerika. Beliau mati ditembak dan menjadi korban kepada perjuangan suci tersebut.

Umat Islam di Negeri Selangor perlu menjadikan pengalaman Malcolm X sebagai iktibar untuk mengekalkan keharmonian dan kemakmuran yang subur hari ini. Demokrasi menyeluruh, kemerdekaan dan kebebasan hak asasi manusia serta toleransi dalam masyarakat majmuk tidak mungkin diperolehi tanpa pengorbanan.

Justeru ibadah korban juga menuntut kita untuk memahami makna yang lebih meluas tentang pengorbanan termasuk pengorbanan masa dan tenaga akliah untuk merangka dan melaksanakan dasar – dasar Kerajaan Negeri secara efektif dan efisien. Harapan kita, pengorbanan ini membuka ruang seluasnya untuk kita merealisasikan Negeri Selangor sebagai Negeri Pembangunan. InsyaAllah, kita boleh mencapai pembangunan untuk semua.

Berkorban setiap detik.

Salam Eidul Adha.

MOHAMED AZMIN ALI

Menteri Besar Selangor pun Meniru Gaya Jokowi

TEMPO.CO, Kuala Lumpur – Gaya blusukan Joko Widodo ternyata tak hanya menginspirasi para pemimpin daerah, tetapi juga dicontoh Menteri Besar Selangor, Malaysia.

Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, yang mengikuti cara blusukan Jokowi, sapaan akrab untuk Joko Widodo.

Azmin Ali, misalnya, tak ragu-ragu membersihkan selokan dan tempat pembuangan sampah serta mendatangi tempat tinggal pendatang ilegal di Kampung Sungai Kertas, Batu Caves, Selangor.

Aksi Azmin Ali ini tak lepas dari jepretan kamera warga setempat. Foto-foto dirinya sedang membersihkan selokan pun beredar di media sosial, seperti Twitter dan Instagram.

Gaya blusukan Azmin Ali ini mengingatkan warga Malaysia terhadap kebiasaan Jokowi. Bahkan, beberapa media online setempat menjuluki Azman Ali sebagai “Jokowi Malaysia”.

Jika Jokowi memakai istilah blusukan, Azmin lebih memilih kata terjah. Terjah adalah istilah yang biasa digunakan wartawan Malaysia untuk mencegat narasumber (door stop).

Tak hanya doyan blusukan, Azmin Ali juga gemar memakai kemeja putih dan celana hitam saat turun ke lapangan. Seperti diketahui, kemeja putih dan celana hitam adalah stelan khas Jokowi.

Azmin, yang diangkat sebagai Menteri Besar Selangor pada 23 September 2014 lalu, pernah bertemu Jokowi di Jakarta pada Juni lalu.

MB Baru ‘Terjah’ Lori Sampah ala Jokowi

Dari longkang sehingga lori sampah, tiada apa-apa terlalu remeh buat Menteri Besar Selangor yang baharu, Azmin Ali – sekurang-kurangnya itulah imej yang tergambar melalui publisiti yang menggelarkan beliau sebagai Jokowi Malaysia.

Dengan telefon pintar yang setiasa tersedia, penyokong Azmin telah membanjiri media sosial dengan gambar beliau yang kelihatan seperti tidak kisah untuk mengotorkan kemeja putih lengan pendeknya sewaktu turun padang.

Gambarnya sewaktu memanjat lori sampah pagi semalam mengingatkan kita kepada sidang media di tapak pembuangan sampah oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo, yang meningkat popular dalam politik secara sekelip mata.

Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi dikenali ramai dengan gaya ‘blusukan’ (istilah Indonesia untuk turun padang) sejak beliau berkempen untuk jawatan gabenor Jakarta lagi sebelum menang pemilihan presiden Indonesia.

Namun, Azmin menggunakan istilah “terjah’, istilah dengan rujukan budaya popular yang biasanya merujuk kepada situasi apabila selebriti didatangi wartawan dan jurugambar secara mengejut.

Istilah itu diguna Azmin sewaktu membalas twit seorang penyokongnya yang menghantar imej beliau memanjat lori sampah ke laman blog mikro Twitter.