AZMIN ALI

LATEST

Day: November 5, 2014

Statement by Dato’ Menteri Besar Selangor – Sisters In Islam

I refer to the recent controversy concerning the issue of Sisters in Islam (SIS) seeking judicial review of MAIS’ fatwa.

After reading the statement by SIS in the media, I immediately communicated with Dato’ Seri Utama Di Raja Mufti of Selangor and raised the matter with him.

This matter was then discussed at the Meeting of Dewan Di – Raja Selangor which coincidentally was in session on November 3rd 2014 in order to get a clarification from Dato’ Seri Utama Di Raja Mufti of Selangor and MAIS.

It should be noted that I am not a member of the Fatwa Committee of Selangor and fatwas are not within the jurisdiction or purview of the office of the Menteri Besar.

From the clarification given by the Mufti and MAIS at the Meeting of Dewan Di – Raja Selangor, I proposed with the consent
of Tuanku Sultan, that the Mufti of Selangor and MAIS hold a meeting with SIS in order to avert confusion and misunderstanding.

I earnestly hope that such consultation and meeting, conducted without rancour or ill-will, would help bring about an atmosphere of harmony as enjoined by Islam.

Mohamed Azmin Ali
Dato’ Menteri Besar Selangor

November 5, 2014

Kenyataan Media Dato’ Menteri Besar Selangor

Saya ingin merujuk pada kontroversi mengenai isu Sisters in Islam (SIS) memohon semakan kehakiman mengenai fatwa MAIS.

Selepas membaca kenyataan SIS di media, saya telah menghubungi Dato’ Seri Utama Di Raja Mufti Selangor untuk mendapat penjelasan mengenai tersebut. Isu ini kemudiannya dibincangkan di Mesyuarat Dewan Di – Raja Selangor yang kebetulan berlangsung pada 3 November 2014 untuk mendapatkan penjelasan langsung dari Dato’ Seri Utama Di Raja Mufti Selangor dan Pengerusi MAIS.

Perlu diingatkan bahawa saya bukanlah Ahli Jawatankuasa Fatwa Selangor dan Pejabat Menteri Besar tidak berkuasa ke atas hal – hal berkaitan fatwa.

Daripada penjelasan yang diberikan Dato’ Seri Utama Di Raja Mufti Selangor dan MAIS di Mesyuarat Dewan Di – Raja Selangor, saya telah mencadangkan, dengan perkenan Tuanku Sultan, supaya Dato’ Seri Utama Di Raja Mufti Selangor dan MAIS membuat pertemuan dengan SIS untuk mengelak kekeliruan dan salah faham.

Saya benar – benar berharap dengan konsultasi dan pertemuan yang dijalankan tanpa prasangka, akan membantu untuk membawa suasana harmoni sepertimana yang dianjurkan oleh Islam.

Mohamed Azmin Ali
Dato’ Menteri Besar Selangor

5 November 2014