AZMIN ALI

LATEST

Day: December 31, 2014

Ucapan Tahun Baharu 2015

Kita meninggalkan tahun 2014 dengan pelbagai kenangan, yang manis dan yang pedih, dan kita perlu mengharungi tahun 2015 dengan kecekalan untuk menghadapi apa jua cabaran dan segala kemungkinan.

Dalam tahun 2014, kita diuji dengan pelbagai tragedi dan malapetaka yang datang bertubi – tubi. Seawal 8 Mac yang lalu, kita tersentak dengan tragedi pesawat MH 370 yang hilang di Lautan Hindi bersama 227 penumpang dan 12 anak kapalnya. Pesawat tersebut tidak ditemui kesannya hingga sekarang. 131 hari kemudian (17 Julai) pesawat MH 17 bersama 298 penumpang dan anak kapal ditembak di ruang udara Ukraine.

Derita dan kesedihan akibat dua tragedi tersebut belum hilang, kita dikejutkan lagi dengan pesawat Air Asia QZ 8501 yang terhempas di Laut Belitung. Ingatan dan simpati saya untuk waris dan sahabat handai yang terlibat dengan semua kemalangan tersebut.

Sejak dua minggu yang lalu, kita bergelut pula dengan malapetaka banjir terburuk yang menimpa Negeri Kelantan dalam tempoh 43 tahun yang lalu. Malapetaka tersebut turut menimpa beberapa negeri lain di Semenanjung Malaysia. Puluhan nyawa terkorban. Rumah, warong, motosikal dan kereta hanyut dan musnah. Pelbagai harta benda yang lain rosak dan segala sumber mata pencarian hilang. Penderitaan dan kesusahan yang alami oleh ratusan ribu mangsa tidak dapat diukur dan usaha untuk memulakan kehidupan baru selepas banjir amat mencabar.

Dalam menghadapi semua tragedi dan malapetaka ini, saya melihat ketabahan dan rasa kebersamaan (empathy) bangsa Malaysia. Mereka bersama dalam kesedihan. Mereka menghulurkan tangan simpati, datang memberikan pertolongan, meringankan beban. Mereka membina tali persaudaraan kemanusiaan yang merentasi kaum, agama dan pendirian politik. Melalui derita ini, saya yakin, secara bersama kita akan memupuk dan menebalkan semangat kekitaan yang inklusif, dan memperkukuhkan kewargaan dan rupa bangsa Malaysia.

Rentetan tragedi dan malapetaka, 2015 juga dijangka berdepan dengan cabaran ekonomi yang getir. Nilai ringgit jatuh merudum. Kehidupan rakyat berpendapatan sederhana dan rendah dicengkam oleh kenaikan harga barang akibat antara lain dari penarikan subsidi. Perlaksanaan GST akan menambah kesukaran.

Kita melihat dalam sejarah, kesulitan ekonomi sering menjadi persekitaran tumbuhnya rasa tidak selamat golongan tertentu, konflik sosial dan ketegangan politik. Anasir pelampau, golongan fasis dan opportunis akan mengeksploitasi suasana ini dengan menampilkan diri mereka sebagai juara kumpulan dan kaum.

Jika kecenderungan ini tidak dibanteras ia akan menghakis sendi – sendi identiti kebangsaan. Jika tidak dibendung, semangat yang terkandung dalam Permasyhuran Kemerdekaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaulat dan merdeka berlandaskan prinsip keadilan dan kebebasan akan tergugat dan projek nasional untuk membentuk satu rupa bangsa dalam kepelbagaian kaum dan agama akan tergasir.

Dari rasa simpati, semangat setiakawan, ruh kekitaan dan kebersamaan yang ditampilkan dalam menghadapi tragedi dan malapetaka, rakyat bersedia bersama meredah untuk membina masa depan yang lebih cerah, membina sebuah negara yang gagah dan mampu bersaing di arena abad ini, yang pasti menjadi milik Asia. Mereka bersedia untuk merebut peluang sebagai warga Asean Economic Community, membuat lompatan setelah beberapa dekad ditinggalkan dari segi ekonomi untuk kembali bersama dalam kumpulan pelari terkehadapan.

Persoalan dan cabarannya adalah kepada elit kepimpinan. Adakah mereka bersedia meninggalkan politik sempit perkauman, politik adu domba untuk mendapat sokongan sementara dan mendiskriminasi rakyat berdasarkan fahaman politik? Rakyat tidak mahu kepada sikap tuding menuding. Mereka mahu pemimpin membina keyakinan untuk menyegarkan kembali semangat toleransi, keluar dari pemikiran sempit melalui pencerahan dan mematangkan demokrasi.

Dengan semangat tahun baru, saya menyeru kepada wacana baru (new discourse), politik yang lebih matang dan bertanggungjawab. Kepada rakyat Negeri Selangor, anggota perkhidmatan awam, ketua – ketua kampung, para pemimpin masyarakat dan Lembaga Swadaya Masyarakat, saya mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan dukungan tuan – tuan dan puan – puan sekalian bagi menjayakan 100 hari pertama pentadbiran baru Negeri Selangor yang bertemakan ‘Pembangunan Berkualiti, Rakyat Dipeduli’.

On the day of my appointment as Menteri Besar of the State of Selangor Darul Ehsan I declared that the position of Menteri Besar is not a privilege but a trust from the rakyat carrying a duty with very heavy responsibilities.

Together with my new Exco, I pledged to carry out this duty with full conviction and dedication.

Today, as I reach my 100th day of office, I say to all of you once again, I am doing my utmost to fulfil that pledge to bring to the people of Selangor a government that is transparent, fully accountable and inclusive in all its actions.

As a rakyat – oriented administration, our policies are driven by a firm commitment to economic progress, social justice and the uplift of the rakyat’s well – being.

As head of the Selangor State government and ultimately responsible for its success or failure, let me assure you that we are committed to pursue with even greater vigour, the policies we have set forth for this new administration.

Every effort will be made to ensure that our economy will remain vibrant with consistent and robust growth. Economic failure is not an option. It will remain steadfastly a business – friendly government with a market oriented economy.

Social justice imperatives will continue to prevail and the welfare of the people will remain a priority. My administration will stay focussed on the priorities of health, housing and education pursued with a policy of governance that is clean, transparent and accountable to the people.

Above all, the principle of justice and moderation will be the cornerstone in infusing the approach of the State administration in governing our multi-racial and multi-religious society. The twin imperatives of justice and moderation are essential not just for the umma but for all the people of Selangor.

As Menteri Besar, I must stress that while every effort will be made to safeguard the position and sanctity of Islam as the state religion, fanatical and extremist sentiments will have no place in our administration. Unity and harmony among all the communities must not be compromised and we will do our utmost to ensure that the principle of justice and moderation will prevail at all times.

With that, I wish all Malaysians, and Selangorians in particular, a very happy new year. Selamat Tahun Baru.

Mohamed Azmin Ali