AZMIN ALI

LATEST

Month: June 2015

Pemberian Imbuhan Tahunan Sempena Hari Raya Eidul Fitr 1436 H / 2015 M

Siaran Media
24 Jun 2015
7 Ramadhan 1436H

Pemberian Imbuhan Tahunan Sempena Hari Raya Eidul Fitr 1436 H / 2015 M

Kerajaan Negeri Selangor berasa amat sukacita mengumumkan pemberian Imbuhan Tahunan Sempena Hari Raya Eidul Fitr 1436 H / 2015 M berjumlah satu (1) bulan gaji kepada 17,534 orang anggota yang berkelayakan dan berkhidmat di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Imbuhan Tahunan Sempena Hari Raya Eidul Fitr ini akan dibayar pada 9 Julai 2015.

Imbuhan Tahunan ini adalah bagi menghargai khidmat yang telah diberikan oleh semua penjawat awam Negeri dalam melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Negeri secara profesional dan berintegriti ke arah Pembangunan Berkualiti, Rakyat Dipeduli.

MOHAMED AZMIN ALI

Kenyataan Media YAB Dato’ Menteri Besar Selangor

23 Jun 2015
6 Ramadhan 1436H

Selaku Menteri Besar Selangor, saya bertanggungjawab memaklumkan kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor tentang urusan kerajaan sebelum mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Untuk minggu ini, saya telah menghadap DYMM Tuanku Sultan pada 22 Jun 2015 untuk memaklumkan antara lain kemajuan dalam usaha memuktamadkan Perjanjian Utama Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Negeri Selangor.

Pada kesempatan ini, saya juga telah memaklumkan kepada DYMM Tuanku Sultan tentang masalah dalaman Pakatan Rakyat di peringkat nasional. Saya memberi jaminan kestabilan dan keutuhan Kerajaan Negeri Selangor untuk terus fokus kepada usaha memenuhi aspirasi rakyat melalui penjanaan pertumbuhan ekonomi dan keadilan sosial.

DYMM Tuanku Sultan mengambil maklum tentang penjelasan yang saya berikan dan Baginda mahu Kerajaan Negeri Selangor terus stabil untuk membangunkan Negeri Selangor dan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.

MOHAMED AZMIN ALI

MB Serah Kunci Rumah Desa Darul Ehsan Kepada Mangsa Banjir

KUALA KRAI, 17 JUN: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali hari ini menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mangsa Banjir di Manik Urai kepada Kerajaan Kelantan.

Pembinaan 60 unit Rumah Darul Ehsan dengan kos hampir RM6 juta itu atas rasa tanggungjawab Selangor membantu rakyat Kelantan yang memerlukan pembelaan selepas kehilangan tempat berteduh akibat bencana banjir, pada Disember lalu.

“Selangor mencatat pertumbuhan ekonomi yang baik, tetapi ia tidak membawa sebarang makna jika kekayaan itu gagal diagih secara adil bukan sahaja kepada rakyat negeri ini, bahkan mereka yang memerlukan bantuan dan pembelaan.

“Kerajaan Kelantan tunjukkan kesungguhan membangunkan negeri walaupun dalam keadaan terbatas.

“Maka, menjadi tanggungjawab Selangor membantu sementara mempelajari dari Kelantan bagaimana dapat bangunkan modal insan melalui prinsip adil, bersih dan peduli rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis itu yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob dan 45 Delegasi Selangor.

Delegasi turut dihadiri Setiausaha Politiknya, Shuhaimi Shafiei dan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad, Dr Daroyah Alwi, Zaidy Talib dan Amirudin Shari

Rumah setingkat sepenuhnya daripada teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS) itu dibina atas tanah seluas 6.99 ekar di Daerah Olak Jeram, Jajahan Kuala Krai dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Ogos ini.

“Kita ingin menyiapkan projek ini lebih awal tetapi ada beberapa keperluan perlu diselesaikan sebelum pemaju dapat memulakan kerja tapak.

“Setiap unit bernilai RM62,000 tidak termasuk prasarana seperti jalan raya dan kolam takungan banjir bagi menjamin kesejahteraan serta keselamatan penduduk di perkampungan ini,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, Selangor komited menyatakan solidaritinya membantu Kelantan membangunkan negeri itu walaupun sumbangannya tidak seberapa.

“Selangor berasa gembira dapat bekerjasama dengan kerajaan yang mengamalkan pentadbiran bersih, adil dan sentiasa menjadikan prinsip kepedulian rakyat sebagai teras.”

“Hubungan terjalin ini bukan sesuatu yang baru, tetapi ia amat utuh dan penuh komitmen untuk bersama menjamin keadilan sosial rakyat,” katanya.

Sumber: http://bm.selangorku.com/76257/mb-serah-kunci-rumah-mangsa-banjir-kepada-kerajaan-kelantan/

Multaqa Pegawai Dan Jawatankuasa Masjid Serta Penyerahan Bantuan Moreh

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya jua kita dapat berhimpun pagi ini di dalam Multaqa Pegawai Dan Jawatankuasa Masjid Serta Penyerahan Bantuan Moreh Masjid Dan Surau Negeri Selangor 2015.

Saya ingin mengajak pimpinan dan pengurusan masjid untuk menghayati perintah Allah SWT berhubung fungsi dan peranan masjid. Tatkala Masjid Quba’ dibina, ianya bertujuan untuk menyuburkan taqwa.

Menurut Saidina Ali Bin Abi Thalib Karamallahu Wajhah, definasi taqwa adalah melaksanakan apa yang diperintah oleh Allah SWT dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT. Pembinaan Masjid Quba’ adalah selaras dengan matlamat ini. Namun, golongan munafik di Madinah tidak senang melihat umat Islam bersatu di atas prinsip taqwa yang kental melalui pembinaan Masjid Quba’. Maka, ketua munafik di Madinah bernama Abdullah bin Ubay bin Salul telah berkonspirasi untuk membina masjid tandingan bagi memecahkan perpaduan umat Islam. Masjid tersebut dinamakan Masjid Dhirar (maksud : memudaratkan umat Islam).

Apabila Masjid Dhirar siap dibina, kaum munafik mengundang Baginda untuk merasmikan Masjid Dhirar sebagai tanda persetujuan pembinaan masjid tersebut. Namun, pada waktu itu, Baginda Rasulullah SAW hendak berangkat ke medan Perang Tabuk.

Dalam perjalanan pulang dari Perang Tabuk, Allah SWT memerintahkan Baginda supaya tidak melayan permintaan kaum munafik. Allah SWT menurunkan perintahnya :

“Jangan kamu berdiri di dalamnya selama-lamanya”

Allah SWT menurunkan perintah :

“…Sesungguhnya Masjid (Quba’ yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya.”

Ayat ini dengan jelas menegaskan peranan dan fungsi masjid yang mesti dibina atas asas taqwa. Perintah Allah SWT ini turut menegaskan kemestian bagi umat Islam berwaspada dengan tipu muslihat orang-orang munafik yang menggunakan masjid bagi memecah belahkan perpaduan umat Islam.

Multaqa Pegawai-Pegawai Masjid hari ini adalah untuk melonjakkan pengimarahan masjid di bulan Ramadhan Al-Mubarak seperti yang ditegaskan oleh Al-Qur’an.

Surah At-Taubah : Ayat 18

“Bahawasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.”

Konsep baru masjid pada masa kini perlu mengekalkan ciri-ciri estetika kesenian tamadun Islam yang merangkumi senibina, pengisian dengan majlis ilmu dan kegiatan yang meningkatkan kemaslahatan umat seperti pendidikan pra-sekolah, kegiatan ekonomi, pusat rawatan kesihatan dan program belia.

Masjid harus diimarahkan dengan majlis-majlis ilmu. Pengurusan masjid perlu lebih kreatif dan memikirkan peranan masjid untuk menyumbang keperluan lain kepada masyarakat termasuk di dalam soal pendidikan, kesihatan, peranan sosial bahkan mewujudkan kegiatan ekonomi.

Kita mahu graduan yang dilahirkan dari institusi masjid menjadi umat yang cemerlang yang dikenali dan berpegang kepada prinsip dan nilai-nilai Islam.

Hari ini, umat Islam mengalami proses perbandaran yang sangat pesat. Semakin ramai umat Islam berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan. Justeru itu, masjid menjadi komponen integral dari aspek urban living atau kehidupan bandar.

Masjid juga perlu dijadikan pusat transformasi umat dari aspek tarbiyah, iktisad dan ketamadunan (civilization).

Perubahan zaman ini menuntut masjid melalui proses transformasi dan penjenamaan semula. Umat Islam perlu mengukur pencapaian institusi-institusi agama secara ilmiah bagi mewujudkan persaingan yang sihat. Dengan mewujudkan indeks, umat Islam boleh menilai prestasi dan keberkesanan institusi-institusi tersebut dalam menjalankan fungsi dan penyampaian perkhidmatan yang menjadi tanggungjawab bersama.

Justeru itu, saya menyarankan pihak JAIS menjalin kerjasama dengan pihak profesional untuk mewujudkan indeks institusi-institusi masjid-masjid di Selangor. Indeks ini perlu merangkumi aspek kegiatan keilmuan, keberkesanan penyampaian ilmu, aspek kebersihan, aspek mesra jemaah dan pengunjung, penggunaan teknologi mesra alam dan visibility dalam media sosial dan sebagainya.

Hari ini, Negeri Selangor meneruskan tradisi menyumbang bantuan moreh kepada semua masjid dan surau di Negeri Selangor.

Sumbangan bantuan moreh kepada setiap masjid berjumlah RM 1,650.00 selain surau solat jumaat berjumlah RM 1,250.00 dan surau berjumlah RM 1,000.00. Jumlah peruntukan besar bagi program ini adalah sebanyak RM 2.7 juta. Semoga bantuan moreh tersebut mampu membantu untuk mengerakkan aktiviti masjid dan surau di sepanjang bulan Ramadhan.

Bagi merancak dan menyemarakkan lagi Ramadhan tahun ini, Kerajaan Negeri juga telah meluluskan peruntukkan berjumlah lebih kurang RM 597,413.36 bagi meneruskan Program Semarak Ramadhan yang akan dilancarkan pada 13 Jun 2015.

Semua usaha murni ini dilaksanakan untuk memastikan Negeri Selangor bukan sahaja maju dalam pembangunan ekonomi tetapi menegaskan juga pembangunan akhlak dan sahsiah.

Kerajaan Negeri amat menghargai peranan dan khidmat imam-imam di Negeri Selangor. Untuk maksud itu, Kerajaan Negeri Selangor telah membuat keputusan untuk meningkatkan bayaran elaun imam masjid kepada RM 900 sebulan mulai 1 Januari 2015. Pembayaran elaun tambahan yang bermula pada 1 Janurari 2015 akan dibayar sebelum Syawal tahun ini.

Akhir kata, saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Semoga Ramadhan tahun ini dapat menggilap kerohanian kita dan meningkatkan semangat juang dan memperkukuhkan ukhuwah di kalangan umat Islam.

Maka dengan lafaz Bismillah Hir Rahman Nir Raheem, marilah kita sama-sama menyempurnakan Majlis Multaqa Pegawai Dan Jawatankuasa Masjid Serta Penyampaian Bantuan Moreh Masjid Dan Surau Negeri Selangor 2015.

Malaysian investment seminar in Seoul “Big Success” – Selangor to encourage networking among Korean businessmen

A Malaysian investment mission led by The Right Hon.Mohamed Azmin Ali has successfully wrapped up its investment seminar in Seoul on May 28 held at Seoul Plaza Hotel in downtown Seoul joined by more than 80 plus Korean businessmen and media representatives.

During the ‘seminar on Investment Opportunities in Malaysia organized by MIDA, Korean participants from local business community were well informed with updated investment climate in Malaysia focused on the state of Selangor which is emerging as a major gateway to Malaysia as well as ASEAN markets thanks to its strategic location nearby Kuala Lumpur and Putrajaya.

Also on hand at the event organized by MIDA were Malaysian Ambassador to Korea Dato’ Rohana Ramli , Mr. Mahmud bin Abbas, CEO of Central Spectrum Sdn. Bhd, a well-established property developer renowned for its success in developing Pulau Indah and Dato’ Bryce Kwon, CEO of Technomax International Sdn. Bhd, a Korean expatriate in Malaysia who has been doing his successful business activities there for the past 30 years.

The objectives of the Seoul event were to foster closer relationships between would-be Korean investors and the Selangor State Government by offering an opportunity to share experience, exchange views and to encourage networking among Korean businessmen and Selangor State Government agencies. During the seminar ,The Right Hon. Mr. Mohamed Azmin Bin Ali, Chief Minister of Selangor delivered a key note speech.

He recommended potential investors from Korea to make investments in the areas of the pharmaceutical industry, life sciences and green technology as well as to promote the industrial areas available in Selangor before too late introducing various incentives being prepared by his state government for the benefits of foreign investors.

Approximately, 70 plus potential investors attended this seminar were able to get first hand information on business opportunities in Selangor. Several potential investors have shown great interest to advance business relationships in future in the areas of Halal in particular..

The Right Hon. Chief Minister of Selangor invited Korean business leaders to to increase investments in Selangor as well as to visit new industrial areas that can be developed for the company’s operations in the future.

In the meantime, Mr. Mahmud bin Abbas, CEO of Central Spectrum Sdn.Bhd said that he takes pride in the quality and excellence of the value-added services his company provides for investors.

“Aiming to be a fully integrated one-stop centre for Halal products, we have introduced a Halal Eco-system that allows the smooth establishment of operations and reduce waiting period, ensuring a hassle-free procedure and practice in the setting-up of your business here,” he said.

Selangor Halal Hub, Pulau Indah will assist in receiving, processing and expediting the approvals to obtain global Halal Status from relevant authorities such as the Department of Islamic Development Malaysia (JAKIM), Selangor Islamic Religious Department (JAIS) and the national standards development agency, SIRIM.

“We will also assist in the implementation of Good Manufacturing Practices (GMP), veterinary inspection, Hazard Analysis and Critical Control Pointsn(HACCP),” he said..

Selangor Halal Hub, Pulau Indah will also assist by processing and expediting approvals from relevant authorities such as the Klang Land Office, Malaysian Fire and Rescue Department, Ministry of Works, Telekom Malaysia (TM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) and Selangor Water Works (SYABAS) for smooth arrangements and physical set-up of your factory building.

A wide range of halal dining establishments are available in your vicinity; offering a variety of gastronomic delights to satisfy your taste buds, he added.

Malaysia has developed the Halal Certification; a total quality health and sanitary system that involves adopting various procedures for slaughtering, processing and other related operations as prescribed by Islamic laws. It certifies raw materials, ingredients and products based on quality, sanitary and safety considerations.

In addition, to meet the Halal requirement, food producers are encouraged to adapt and maintain standards that meet global benchmarks such as ISO9000, Codex Alimentarius, QA, HACCP, Good Hygienic Practice (GHP), and SOPs.

“We are a HALMAS certified Halal Park Operator, therefore investors establishing manufacturing firms here in Selangor Halal Hub, Pulau Indah are eligible for special tax incentives,” he explained.

Special Tax Incentives provided by the Halal Development Corporation are 100% income tax exemption on qualifying capital expenditure for a period of 10 years or income tax exemption on export sales for a period of 5 years*

Exemption from import duty and sales tax on raw materials used for the development and production of halal promoted products*

Double deduction on expenses incurred in obtaining international quality standards such as HACCP, GMP, Codex Alimentarius (food standard guidelines of FAO and WHO), Sanitation Standard Operating Procedures and regulations for compliance for export markets such as Food and Traceability from farm to fork.*

Source: eseoulpost.com

Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor & Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014

Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor Dan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 Dewan Jubli Perak, Bangunan SSAAS, Shah Alam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

1) Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya jua kita dapat berhimpun pagi ini di dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014.

2) Pagi ini saya bersyukur dapat bertemu dengan anggota perkhidmatan awam yang merupakan nadi penggerak utama dalam pentadbiran sesebuah Kerajaan. Persepsi ‘stereotype’ terhadap penjawat awam adalah tidak adil dan perlu diperbetulkan dengan fakta kejayaan yang telah dicapai. Malahan, perkhidmatan awam di Malaysia umumnya pernah diakui kecemerlangannya menjalankan tugas secara professional.

a. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah diiktiraf sebagai Pihak Berkuasa Tempatan terbaik di Malaysia di kalangan 100 PBT dengan penarafan 5 bintang dan 4 bintang ;

b.Kerajaan Negeri Selangor telah memperoleh Sijil Tanpa Teguran bagi Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Tahun 2014 daripada Ketua Audit Negara;

c. Rizab Kerajaan Negeri atau jumlah wang awam yang terdiri dari wang tunai dan pelaburan telah meningkat daripada RM2.9 bilion pada 31 Disember 2013 kepada RM3.2 bilion pada 31 Disember 2014. Sehingga April 2015, jumlah ini terus meningkat kepada RM3.54 bilion iaitu sebanyak 11 peratus.

3) Dalam sebuah sistem demokrasi, sesebuah kerajaan yang diangkat dan dipilih oleh rakyat perlu mendepani tuntutan-tuntutan baru bersesuaian dengan persekitaran serta gaya hidup masyarakat hari ini. Inilah cabaran yang perlu ditangani oleh sesebuah kerajaan dan perkhidmatan awam – kesediaan untuk mendengar pandangan yang mungkin berbeda, connect with the people dan melibatkan stakeholders dalam membuat keputusan.

4) Maka, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk memastikan hak rakyat terjamin melalui sistem penyampaian perkhidmatan yang efektif dan berkesan serta mempertingkatkan mutu kerja berasaskan ‘result-based’.

5) Ini berbeza dengan proses kerja lazim yang mengutamakan tahap efisyen berasaskan ‘procedure-based’. Pelaksanaan prinsip etika kerja yang menitikberatkan kepada keputusan atau keberhasilan ini akan memacu pertumbuhan dan menjamin keadilan dalam pengagihan.

6) Sementara ada pandangan untuk downsize anggota perkhidmatan awam, saya lebih melihat kepada keperluan untuk meningkatkan kemahiran pegawai-pegawai perkhidmatan awam melalui latihan dengan modul baru. Program-program latihan harus menjadi fokus untuk menggilap potensi supaya menjadi pegawai-pegawai yang efektif. Ini adalah kerana, anggota perkhidmatan awam merupakan aset terpenting untuk memastikan pelaksanaan dasar serta penyampaian perkhidmatan yang berkesan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

7) Saya amat terkesan hasil daripada lawatan kerja ke Osaka dan Seoul baru-baru ini untuk mempromosikan Negeri Selangor sebagai destinasi pelaburan. Kedua-dua negara tersebut bukan sahaja mencatatkan ketakjuban ekonomi (economic miracle) dan kepesatan teknologi, malah masih terikat dengan budaya dan nilai murni bangsa. Negara Jepun merupakan negara Asia pertama yang diiktiraf sebagai negara maju.

8) “Dasar Pandang Ke Timur” yang diperkenalkan pada awal 80’an perlu diperkembangkan ke negara Korea Selatan memandangkan pencapaian negara tersebut dalam bidang teknologi dan inovasi dan menjadi saingan utama kepada Jepun. Bukan sahaja etika kerja bangsa Korea Selatan cukup ampuh tetapi nilai hormat menghormati juga mendasari masyarakatnya.

9) Anggota perkhidmatan awam di Jepun dan Korea Selatan yang inovatif dan berketerampilan di samping nilai serta budaya kerja yang mantap dan efisyen memainkan peranan penting untuk merangka dasar negara masing – masing. Mereka menggubal dasar yang menjamin kepentingan negara dan menjadi tonggak serta teras dalam perlaksanaan dasar tersebut.

10) Sebagai contoh di Osaka, sistem pengangkutan awam bukan sahaja efisyen dan bersepadu malah ianya turut mesra alam termasuk penyediaan lorong basikal dalam bandar – bandar utama. Anggota perkhidmatan awam di Jepun digalakkan untuk berbasikal ke tempat kerja. Saya juga tidak melepaskan peluang untuk berbasikal daripada hotel ke Osaka City Station.

11) Sewaktu di Osaka juga, saya telah berpeluang untuk menyelurusi pengalaman syarikat gergasi Daihatsu Motor Co Ltd. Daihatsu bukan sahaja memperlihatkan teknologinya yang canggih, tetapi juga etika kerjanya yang terpuji. Daihatsu telah membina muziumnya sendiri yang dikenali sebagai ‘Humobility World’ bagi memaparkan sejarah kejayaannya sebagai sebuah konglomerat antarabangsa dengan teknologi yang bertaraf dunia beserta ribuan pekerja mahir lagi berdedikasi.

12) Reformasi atau perubahan sikap ini bermula daripada era pemerintahan Maharaja Meiji di abad ke-19 yang turut dikenali sebagai Meiji Restoration.

13) Maharaja Meiji yang mengambil alih tampuk pemerintahan selepas era ‘Tokugawa Shogun’ telah melakukan perubahan besar kepada beberapa sistem pemerintahan termasuk mendirikan sistem pemilihan parlimen, memperkuat ketenteraan darat dan laut, membangun sistem pengangkutan dan komunikasi, meluaskan dan memartabatkan soal pendidikan sehingga berjaya mendirikan sebuah negara Jepun moden yang kita kenali pada hari ini.

14) Kita harus mengambil contoh daripada kemandirian bangsa Jepun ini yang telah menjadikan ancaman sebagai pendorong atau pemangkin perubahan sikap serta budaya kerja sehingga berjaya membangun sebuah bangsa dengan jatidiri yang dikagumi dunia. Anggota perkhidmatan awam juga turut menjadi tonggak dalam pelaksanaan dasar yang digubal oleh pihak eksekutif.

15) Sementara di Seoul, saya berpeluang berbincang dengan Timbalan Datuk Bandar berkenaan pengurusan hal ehwal Bandaraya Seoul. Saya kagum dengan kejayaan Seoul City Council yang berjaya menguruskan sebuah bandaraya dengan 10 juta rakyat (dua kali jumlah rakyat seluruh Negeri Selangor).

16) Kita juga boleh mengambil contoh daripada kejayaan Korea Selatan dalam pengurusan sungai. Kejayaan mereka ini adalah hasil daripada penglibatan langsung anggota perkhidmatan awam yang turut berkongsi visi dan misi yang melihat kepada sungai sebagai sumber ekonomi dan pelancongan.

17) Sungai Cheonggyecheon merupakan sebatang sungai sepanjang 8.4 km di tengah-tengah bandar lama Seoul telah dipulih menerusi projek urban renewal. Sungai ini yang pada asalnya begitu kotor telah dikambus dan dibina lebuhraya di atasnya.

18) Pada tahun 2003, Datuk Bandar Seoul, Lee Myung Bak telah memulakan projek memulihkan semula Sungai Cheonggyecheon dengan mengorek kembali tanah dan membuang lebuhraya di atasnya. Sungai tersebut kini amat bersih dan menjadi destinasi pelancongan yang cukup terkenal.

19) Saya ingin mengajak pimpinan, pegawai dan anggota perkhidmatan awam untuk mengambil contoh kejayaan di Jepun dan Korea Selatan bukan sahaja dalam konteks kecanggihan teknologi dan inovasi tetapi juga etika kerja yang mulia.

20) Selangor harus muncul sebagai smart state di pentas global. Kita harus berfikir dalam kerangka Selangor sebagai sebuah negeri global dan negeri serantau. Dengan tercapainya hasrat dan matlamat ini kelak akan memberi kesan positif dan kebaikan bukan sahaja kepada Negeri Selangor, tetapi juga kepada pembangunan negara.

21) Saya yakin kita boleh melakukan paradigm shift. Anjakan paradigma ini penting untuk kita melaksanakan “Pembangunan Berkualiti, Rakyat Dipeduli”.

22) Saya mengambil sikap terbuka untuk menerima kunjungan ketua-ketua jabatan atau pegawai perkhidmatan awam bagi berkongsi pandangan serta idea-idea baru yang membantu perjalanan urus tadbir kerajaan bagi memberi manfaat kepada rakyat.

23) Kerajaan Negeri komited untuk membudayakan nilai kerja yang cemerlang dikalangan penjawat awam dan eksekutif untuk sama-sama menyumbang tenaga bagi kesejahteraan rakyat.

24) Kerajaan Negeri menghargai sumbangan anggota perkhidmatan awam yang cemerlang dengan peluang kenaikan pangkat pada usia yang muda kerana gandingan pengalaman dan tenaga baru amat penting untuk menjana pertumbuhan ekonomi baru dan membangunkan negeri.

25) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang adalah pendorong kepada pegawai dan anggota perkhidmatan awam untuk terus mencurahkan khidmat bakti serta idea demi mencapai misi dan visi Kerajaan Negeri Selangor.

26) Akhir kata, saya turut ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada warga kerja yang beragama Islam.

27) Maka dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, marilah kita sama-sama sempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2014.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Sekian. Terima kasih.