AZMIN ALI

LATEST

Day: September 14, 2015

Majlis Perletakan Batu Asas Women’s & Children’s Specialist Hospital Darul Ehsan Medical Centre

1. Alhamdulillah, kita bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dapat menyaksikan satu inisiatif baru oleh Darul Ehsan Medical Centre (DEMC) untuk meningkatkan kemudahan perkhidmatan kesihatan untuk rakyat dengan terbinanya Women’s & Children Specialist Hospital.

2. Unjuran penduduk berasaskan kepada Banci Penduduk 2000 untuk Negeri Selangor yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan populasi wanita di antara umur 15 – 64 tahun adalah 32.1% dan kanak-kanak di antara umur 0 – 14 tahun adalah 31.1%. Maka, amatlah wajar untuk menyediakan lebih banyak kemudahan kaunseling serta rawatan doktor-doktor pakar bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat di kalangan wanita dan kanak-kanak.

3. Kesedaran pencegahan awal dan pemeriksaan kesihatan yang rapi juga telah menyumbang kepada permintaan untuk menyediakan kemudahan yang canggih dan berteknologi tinggi.

4. Women’s & Children’s Specialist Hospital di Shah Alam ini merupakan satu-satunya hospital pakar swasta khusus untuk wanita dan kanak-kanak dan Kerajaan Negeri amat mengalu-alukan usaha yang murni ini.

5. Dengan terbinanya kemudahan-kemudahan ini, ia akan dapat menarik minat para doktor untuk menjadi doktor-doktor pakar dalam pengkhususan Paediatric terutama sekali Neonatology. Pada masa ini, negara menghadapi masalah kekurangan Neonatologist yang agak serius. Untuk menjamin pertumbuhan ekonomi yang mampan dan seimbang, latihan di dalam bidang kepakaran kesihatan harus dipertingkatkan.

6. Sebuah negara yang maju harus mempunyai first-class medical service dan kemudahan doktor pakar di hospital awam dan swasta bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

7. Namun begitu, pada masa yang sama, kita harus menjamin rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana mempunyai akses kepada perkhidmatan kesihatan yang moden termasuk kemudahan doktor-doktor pakar dengan kos rawatan yang affordable. Usaha ini akan menyuburkan prinsip keadilan sosial dan distributive justice atau keadilan pengagihan dalam komuniti.

8. Dalam menghadapi kegawatan ekonomi dan krisis keyakinan dalam negara hari ini, kita perlu mempunyai courage of conviction untuk melakukan economic reform secara total.

9. Ini menuntut kepada keperluan mendesak untuk meletakkan asas governance yang kukuh yang berteraskan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam urus tadbir negara.

10. Usaha ini sudah pastinya akan meningkatkan produktiviti negara dan akan dapat mengembalikan ekonomi ke landasan yang kuat dan mampan.

11. Kerajaan Negeri akan meneliti setiap pelaburan yang masuk ke dalam negeri Selangor bagi memastikan ianya pelaburan yang berkualiti dan berasaskan kepada teknologi tinggi dan sumber daya manusia yang berkemahiran. Justeru itu, pembangunan yang diusahakan oleh DEMC ini pastinya mendapat dukungan Kerajaan Negeri.

12. DEMC Specialist Hospital telah beroperasi semenjak 1997 dan terus berkembang maju dengan mencatatkan pertumbuhan perolehan yang membanggakan melebihi 20% setiap tahun.

13. Sehingga kini, lebih 200,000 pesakit telah menerima rawatan di DEMC. Ini membuktikan bahawa Shah Alam mempunyai potensi untuk menjadi medical hub utama di negara ini.

14. Usaha DEMC membina hospital pakar untuk wanita dan kanak-kanak ini amat bertepatan dengan wawasan Kerajaan Negeri untuk menjadikan Negeri Selangor sebagai Negeri Serantau atau Regional State. Selangor harus menjadi medical hub di samping diangkat sebagai wilayah pilihan untuk pelaburan, aktiviti ekonomi serta sosial di rantau ini.

15. Health tourism di Malaysia berkembang pesat dan menjana pendapatan untuk negara. Selangor turut menjadi destinasi utama dalam industri health tourism lanjutan daripada peningkatan connectivity yang memudahkan perhubungan melalui kemajuan industri penerbangan tambang rendah di rantau ini.

16. Pada tahun 2014, Malaysia telah menerima 882,000 orang pesakit luar negara. Sehubungan dengan itu, saya ingin menggalakkan hospital swasta seperti DEMC untuk merebut peluang dalam industri health tourism dan mempromosi produk perkhidmatan kesihatan ke peringkat global. Kemudahan canggih dan berteknologi tinggi yang disediakan oleh Women’s & Children’s Specialist Hospital pastinya menjadikan Selangor sebagai destinasi health tourism yang kompetitif.

17. Menyedari pentingnya perkhidmatan kesihatan untuk mensejahterakan rakyat, Kerajaan Negeri menerusi Selgate Corporation sedang berunding untuk mewujudkan kerjasama strategik dengan DEMC dalam bidang healthcare dan medical services.

18. Semoga segala usaha murni kita bersama untuk mencorakkan agenda pembangunan Negeri Selangor akan diberkati oleh Allah SWT selaras dengan gagasan “Pembangunan Berkualiti, Rakyat Dipeduli”.

19. Maka, dengan lafaz Bismillah Hir Rahman Nir Raheem
marilah kita bersama untuk menyempurnakan Majlis Perletakan Batu Asas untuk Women’s & Children’s Specialist Hospital, Shah Alam.