AZMIN ALI

LATEST

Day: February 22, 2016

[BERITA] Selangor cemerlang di Pertandingan Menghafaz Al-Quran ke-37

Sumber : Selangorku.com

SHAH ALAM 21 FEB: Menghafaz lima juzuk al-Quran sehari merupakan antara resepi kejayaan Fatihah Zulkifli merangkul gelaran johan hafizah bagi kategori satu hingga 30 juzuk pada Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-37 di sini.

Farihah,21, yang kini menuntut di Darul Quran, Kuala Kubu Baru, Selangor berkata doa ibu bapa juga merupakan faktor kejayaannya.

“Selain itu, saya turut menjaga aspek pemakanan termasuk mengambil makanan sunnah,” katanya dipetik BERNAMA.

PK09_200216_HAFAZANSementara itu, johan hafiz bagi kategori sama dari Selangor, Mohamad Omar Mansu,21, berkata tenang semasa di atas pentas selain mendengar dengan teliti soalan yang diajukan oleh para juri adalah penting untuk memastikan bacaan lancar.

Pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kuala Ketil, Kedah yang bercita-cita menjadi pensyarah itu mendedikasi kemenangan kepada ibu bapa selain para ustaz yang pernah mendidiknya membaca al-Quran.

Mohamad Omar dan Farinah masing-masing menerima pakej menunaikan haji, wang tunai RM10,000, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan selain bakal mewakili Malaysia pada Majlis Menghafaz al-Quran peringkat antarabangsa yang dijadual Mei depan.

Sementara itu, johan hafiz bagi kategori satu hingga 20 juzuk milik Syazri Muhammad Husni Mohd Shahroni dari Selangor yang juga muncul peserta terbaik, manakala johan hafizah bagi kategori sama diraih wakil Kelantan, Putri Aminah Mohd Hanif.

Kedua-dua mereka membawa pulang pakej umrah, wang tunai RM6,000, piala iringan, cenderamata serta sijil penyertaan.

Bagi kategori satu hingga 10 juzuk pula, juara hafiz milik Ahmad Aidil Luqman Nor Ismail, sementara Fakhira Izzah Fahmi muncul johan hafizah. Kedua-dua wakil Selangor itu membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000, piala iringan, cenderamata serta sijil penyertaan.

Sultan Nazrin berkenan menyampaikan hadiah kepada semua hafiz yang menang, manakala hadiah bagi hafizah disampaikan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Keputusan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-37

LELAKI ( 1- 10 JUZ)
1. Selangor
2. Negeri Sembilan
3. Melaka

WANITA ( 1- 10 JUZ)
1. Selangor
2. Terengganu
3. Perak

LELAKI (1 -20 JUZ)
1. Selangor
2. Pahang
3. Kedah

WANITA ( 1 – 20 JUZ)
1. Kelantan
2. Wilayah Persekutuan
3. Pulau Pinang

LELAKI ( 1 – 30 JUZ)
1. Selangor
2. Melaka
3. Pahang

WANITA ( 1-30 JUZ)
1. Wilayah Persekutuan
2. Selangor
3. Melaka

Pada kali ini, Selangor memenangi lima dari enam kategori yang dipertandingkan. Pemenang-pemenang tersebut ialah:

Mohamad Omar bin Mansu
JOHAN Kategori 1-30 Juzuk (Hafiz)
Markah: 96.95%

Syazri Muhammad Husni bin Mohd Sharoni
JOHAN Kategori 1-20 Juzuk (Hafiz)
Markah: 99.18%

Ahmad Aidil Luqman bin Nor Ismail
JOHAN Kategori 1-10 Juzuk (Hafiz)
Markah: 98.34%

Fakhira Izzah binti Fahmi
JOHAN Kategori 1-10 Juzuk (Hafizah)
Markah: 97.49%

Ainul Mardhiah binti Md Pakhrurrazi
NAIB JOHAN Kategori 1-30 Juzuk (Hafizah)
Markah: 96.84%

[BERITA] Tanglung ‘Bebas Anwar’ dilepaskan di Sambutan Tahun Baru Cina DUN Bukit Antarabangsa

Sumber : Selangorku.com

AMPANG, 22 FEB: Sambutan Tahun Baru Cina peringkat Parlimen Ampang dan DUN Bukit Antarabangsa berlangsung meriah di hadapan pusat membeli belah Spectrum di sini.

Diserikan dengan persembahan seni Cina dan tarian naga, ia turut disambut bersama Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin.

cny ampang 5 (1)Mohamed Azmin dalam ucapan ringkasnya sekali lagi menyeru rakyat menjaga kesepaduan kaum yang menjadi aset berharga kepada Selangor.

Beliau turut menghargai sokongan diberikan rakyat sehingga menyaksikan ekonomi Selangor terus kukuh.

Dalam majlis sama, Mohamed Azmin turut bersama-sama melepaskan dua tanglung ke udara yang tertera tulisan #BebasAnwar sebagai tanda solidariti kepada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.