AZMIN ALI

LATEST

Month: March 2016

[BERITA] Sultan : Semarakkan Program Imarah Masjid

Sumber : Selangorku.com

KLANG, 8 MAC: Penceramah agama luar negara tidak dibenarkan menyampaikan ceramah mereka di masjid seluruh Selangor kecuali di Masjid Negeri (Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam), Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong dan Masjid Diraja Sultan Suleiman, Klang.

DYMM Sultan Selangor, Sultah Sharafuddin Idris Shah, bertitah pengurusan masjid diingatkan tidak memanggil penceramah, pendakwah dan khatib tidak mempunyai tauliah dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Sultan Imam“Ini bagi mengelakkan penularan dan penyebaran serta doktrin salah yang mudah masuk dan diterima masyarakat Islam di sini. Masjid adalah tempat beribadat, belajar, berbincang mengenai ilmu agama bagi meningkatkan lagi tahap keimanan dan kualiti dalam ibadat.

“Masjid bukan tempat menyebarkan fitnah dan berita tidak tepat serta hasutan untuk membenci seseorang atau memboikot sesuatu,” titah Baginda Sultan pada Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Imam-Imam Masjid Selangor di Balairung Seri, Istana Alam Shah di sini, hari ini.

Sultan Sharafuddin turut menitahkan supaya masjid sentiasa diimarahkan setiap umat Islam dengan aktiviti berunsurkan ibadah dan majlis ilmu.

Titahnya lagi, imam harus memainkan peranan menghidupkan suasana masjid supaya berjalan lancar dan konsisten dengan membuat perancangan program sepanjang tahun secara strategik serta mendapat kerjasama semua ahli jawatankuasa masjid.

“Beta menitahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengadakan seminar dua tahun sekali kepada imam untuk mendapatkan maklum balas serta pandangan daripada imam untuk penambahbaikan dan menyelesaikan segala permasalahan timbul dalam institusi masjid,” titah Baginda Sultan lagi.

Pada istiadat sama, seramai 393 imam masjid dikurniakan watikah pelantikan masing-masing hari ini daripada Sultan Sharafuddin.

Istiadat penerimaan watikah itu diketuai Imam Masjid Negeri, Muhammad Farhan Wijaya dan diikuti imam Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, serta imam di enam Masjid Diraja serta masjid lain.

[BERITA] Kondominium Villaria Terima CF Selepas 18 Tahun

Sumber : Selangorku.com

PETALING JAYA, 6 MAC: Penantian panjang hampir 18 tahun penduduk Kondominium Villaria, Taman Medan berakhir selepas mereka menerima Sijil Layak Menduduki (CF) daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Kegembiraan jelas terpancar di wajah wakil Jawatankuasa Bertindak Pemulihan Kondominium yang menerima replika kunci sebagai tanda penyerahan kediaman oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

IMG_0509 (1)Salim Ahmad, 51, berkata kerjasama yang diberikan semua pihak termasuk Kerajaan Negeri dan pemaju penyelamat, Masteron Sdn Bhd sangat dihargai memandangkan projek itu tertangguh sejak 1998.

Menceritakan pengalaman itu, beliau mengakui projek yang pernah terbengkalai hampir merugikan pembeli kerana ia tertangguh selepas disiapkan 65 peratus.

Katanya, berkat usaha sejak sekian lama jawatankuasa dalam menuntut hak mereka akhirnya membuahkan hasil.

“Kami menunggu terlalu lama supaya projek ini siap sepenuhnya. Alhamdulillah hari ini kelulusan sudah diperoleh.

“Saya beli rumah ini dahulu di saat anak saya masih kecil dan sekarang dia sudah berusia 17 tahun.

“Banyak cabaran kami selaku pembeli lalui demi mendapatkan hak,” katanya kepada SelangorKini.

CP2A4366Hadir sama Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar A Samad, Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Norzaton Aini Mohd Kassim, Pengurus Besar Masteron Sdn Bhd, James Lim Seng Ho, Pengarah Urusan Masteron Sdn Bhd, Datuk Choy Wai Ceong dan Datuk Bandar MBPJ, Mohd Azizi Mohd Zain.

Tinjauan SelangorKini mendapati Kondominium Villaria mempunyai 304 unit kediaman yang dibahagikan kepada dua blok dengan kemudahan tempat letak kereta berbumbung, taman permainan, surau dan kolam renang.

Salim berkata, rumah berkeluasan 1,000 kaki persegi berkenaan dibeli sekitar harga RM135,000 ketika itu dengan bayaran bulanan pinjaman hampir RM1,000.

Namun berdasarkan nilai semasa, terdapat pemilik yang menjual rumah tiga bilik dan dua bilik air ini pada harga sekitar RM450,000.

[BERITA] Malaysia Woman Marathon 2016 Iktiraf keupayaan Wanita

Sumber : Selangorku.com

SHAH ALAM, 6 MAC: Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali melepaskan peserta larian Malaysia Women Marathon (MWM) 2016 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, hari ini.

women marathon 1Sambil diiringi isteri, Datin Seri Shamshida Taharin, Mohamed Azmin melepaskan tembakan ke udara bagi menandakan bermulanya larian MWM bagi kategori 5 kilometer (km).

Beliau yang ditemui selepas pelepasan melahirkan kegembiraan sambil mengucapkan tahniah kepada Tourism Selangor kerana menganjurkan MWM secara tahunan.

Katanya, Kerajaan Negeri menghargai keupayaan wanita dan memastikan peranan wanita terus diperkasakan.

“Saya gembira apabila Tourism Selangor mengambil inisiatif menganjurkan acara ini secara tahunan. Tahun ini sambutannya lebih besar berbanding tahun lalu dengan penglibatan 15 negara.

women marathon 2“Ini dapat menjadikan Selangor sebagai destinasi pelancongan lebih baik di masa hadapan. Kita lihat peranan wanita diberikan satu perhatian khusus dan inilah peranan kita untuk memperkasakan peranan wanita,” katanya.

MWM 2016 yang bermula di Dataran Kemerdekaan Shah Alam akan melintasi Kota Kemuning dan bandar Rimbayu menerusi Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA) sebelum kembali ke pusat bandar sejauh 42 km.

Selain itu, MWM 2016 turut melibatkan acara Etiqa Halaf Marathon sejauh 21 km, larian 10 km dan 5 km fun run.

[BERITA] Deklarasi Rakyat, Selamatkan Malaysia senada hasrat Anwar

Sumber : Selangorku.com

KAJANG, 5 MAC : Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyambut baik Deklarasi Rakyat, Selamatkan Malaysia yang bertekad menolak kezaliman.

Katanya, ia selaras dengan hasrat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini yang mahukan semua pihak mahupun institusi dikelola dengan baik dan adil.

“Saya hargai apabila Datuk S Ambiga mengeluarkan kenyataan bebas Anwar kerana teras deklarasi rakyat itu bukan sahaja reformasi untuk menjatuhkan sesiapa.

wan azizah pc purple 01“Tetapi kita mesti membuat reformasi menyelamatkan institusi kepada keadaan sepatutnya dan dijaga tatkelola baik dan adil seperti dikatakan Anwar sebelum ini,” katanya selepas merasmikan Fiesta Wanita dan Keluarga di Kompleks Metropoint Kajang, hari ini.

Pada masa sama, Wan Azizah turut memberitahu perbincangan lanjut berkenaan deklarasi itu akan diadakan Isnin depan.

“Kebebasan Anwar itu simbol kezaliman dan itulah juga yang kita tuntut,” katanya.

Semalam, Deklarasi Rakyat ‘Selamatkan Malaysia’ menyaksikan seteru politik duduk semeja membulatkan tekad menolak pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata deklarasi terbabit dizahirkan setelah melihat ada keperluan mendesak untuk membuat reformasi terhadap sistem negara.

Sementara itu, mengulas isu mahkamah mengaitkan Yahya Sahri yang juga bekas Pegawai Khas, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, beliau berkata perkara terbabit adalah titik buruk kejam terutama kepada keluarganya.

“Saya rasa jangan diulangi (perkara itu) dan kita perlu lakukan perubahan kepada yang lebih baik,” katanya.

[NEWS] Citizen Declaration – It is time for us to move on

Source : The Star Online

 

SHAH ALAM: PKR deputy president Datuk Seri Azmin Ali says it is imperative that everyone moves forward to save Malaysia, rather than dwells on the past.

The Selangor Mentri Besar said although he had a close relationship with Tun Dr Mahathir Mohamad when he was serving then deputy prime minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, the reconciliation that took place last Friday was nothing personal.

It was about saving Malaysia, he said.

Both Azmin and Dr Mahathir had attended a gathering along with political figures from both sides of the political divide to initiate a citizens’ declaration to demand the removal of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

Azmin also said it would seem curious for him to work with Dr Mahathir when the former prime minister had sacked his boss Anwar in 1998.

“I served a senior Umno leader (Anwar) for 13 years. Of course, I (also) have a close and personal relationship with Dr Mahathir for many years.

“We were at the citizens’ gathering as Malaysians representing different political parties, ideologies and different civil societies in the interests of the nation and the people.

“It is not about personal choice. To me it is a matter of principle,” Azmin said when met after flagging off the Women’s Marathon 2016 here yesterday.

“What happened in 1998 I certainly cannot forget. Nobody forgets the history. It is for us to learn the lesson.

“But we need to move forward and I think it is time for us to move on,” he said, adding that the reconciliation was “good for the country”.

Azmin said more meetings on the citizens’ declaration would take place with all leaders who had signed the document.

[CONDOLENCE] On The Passing of Sheikh Taha Jabir Al-Alwani

PRESS RELEASE

5 March 2016

25 Jamadil Awal 1437H

I offer my deepest condolences to the family and loved ones of Sheikh Taha Jabir Al-Alwani who passed away yesterday. I have had the honour and privilege of personally knowing this towering intellectual of the contemporary Muslim world and one of the foremost authorities in Islamic jurisprudence (usul al-fiqh) as well as the Qur’anic sciences.
As a prominent scholar in the Institute of International Islamic Thought based in Herndon, U.S.A., the late Sheikh Taha was also a close friend of Dato’ Seri Anwar Ibrahim who had collaborated with him in various endeavours not the least of which was the advancement of Islam as a universalist and moderate religion.
Indeed, at a time when the world, particularly the West, viewed Islam in the most negative of light as a religion of extremism, Sheikh Taha made it one of his main callings to write about and discourse Islam in the most inclusivist terms. In this regard, among his many books, his Ethics of Disagreement (Adab al-Ikhtilaf fil-Islam) is exemplary of this approach advocating tolerance and moderation in religion.
On a personal note, I have lost a great teacher and mentor, a man of extraordinary brilliance in the field of scholarship and a kind and gentle soul. To me he was a father-like figure and to my two younger sons Mohamed Basheer Noor Al-Haq, 15 and Mohamed Yusof As-Sadiq, 13, he was very much like a grandfather who did us great honour by giving them their beautiful names. And on an even sadder note, about two months’ ago, I had planned to visit him in Egypt as part of my official tour to the Middle East which, however, had to be postponed due to unforeseen circumstances.
To Sheikh Taha’s family I say “May Allah bring his soul to rest through His infinite mercy and lighten your hearts in this hour of bereavement. To Allah we belong and to Him we return.”

 

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI


 

[BERITA] Deklarasi Rakyat Ikrar Selamatkan Malaysia

 

Sumber : Selangorku.com

KUALA LUMPUR, 4 MAC : Deklarasi Rakyat ‘ Selamatkan Malaysia’ menyaksikan seteru politik duduk semeja membulatkan tekad menolak pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata deklarasi terbabit dizahirkan setelah melihat ada keperluan mendesak untuk membuat reformasi terhadap sistem negara.

“Dianjurkan semua pihak ketepikan ideologi politik, fahaman, agama, budaya dan meletakkan kepentingan selamatkan negara dan memulihkan ekonomi.

“Kalau dia (Najib) ada maruah, dia kena letak jawatan,” katanya.

Menandatangani deklarasi bersama Tun Mahathir MB Muhyiddin Mukhriz (ASRI) (9)Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, perjuangan mereka demi kepentingan rakyat dan negara mengatasi segala-galanya.

“Setiap orang tidak lupa sejarah tetapi kita harus belajar daripada sejarah seperti apa berlaku hari ini.

“Kita saksikan apabila setiap rakyat berpengaruh masyarakat sama ada dalam parti politik dan NGO bersetuju menurunkan tandatangan Deklarasi Rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani Deklarasi Rakyat ‘Selamatkan Malaysia’ di Rumah Alumni Universiti Malaya, di sini.

Sementara Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah, berkata beliau hadir sebagai rakyat prihatin dan mahu terlibat sama mengubah nasib negara.

“Kita tidak mahu bercakap dalam masa 10 tahun lagi tentang rasuah, undang-undang menindas. Kami berada di sini untuk masa depan lebih baik,” katanya.

Bagitu juga dengan kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menyatakan kehadirannya demi rakyat dan masa depan negara.

“Tidak ada kena-mengena dengan Umno mahupun parti-parti lain. Ini adalah mengenai rakyat dan masa depan negara.

“Mungkin ada yang di dalam kepalanya masih terikat dan tidak jelas. Ini gerakan rakyat dan bukannya gerakan parti politik” katanya.

Sementara, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang pernah menjadi seteru ketat Dr Mahathir juga mengetepikan kisah lampaunya untuk bersama-sama mengubah nasib negara dan rakyat.

“Semua rakyat sedia ketepikan perbezaan mereka dan bangkit bersama meletakkan negara mengatasi segala-galanya.

“Kita gesa 30 juta rakyat tanpa mengira kaum, agama mahupun perbezaan politik tampil selamatkan Malaysia daripada menjadi negara gagal,” katanya.

 

[BERITA] Tun M & MB Selangor tandatangani Deklarasi Rakyat bersama lebih 50 pemimpin berpengaruh

Sumber : MStar Online

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pemimpin Umno dan barisan ahli politik pembangkang menandatangani ‘Deklarasi Rakyat’ untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri.

Deklarasi yang mengandungi empat tuntutan itu menggesa agar penyingkiran Najib dibuat menerusi saluran yang aman mengikut undang-undang yang dibenarkan serta penyingkiran semua mereka yang bersekongkol dengannya.

Selain itu ia juga mahu memansuhkan semua undang-undang dan perjanjian baharu yang jelas melanggar hak asasi yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Deklarasi itu juga besetuju supaya pemulihan integriti institusi yang telah dilemahkan seperti polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dilakukan.

“Mereka (tokoh politik) telah menunjukkan komitmen dan bersatu dalam satu deklarasi untuk menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri,” kata bekas perdana menteri itu dalam sidang media di rumah kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya di sini, petang Jumaat.

Antara tokoh politik lain yang turut hadir ialah Timbalan Presiden Umno yang digantung jawatan, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta bekas presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik.

Hadir sama ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang; Presiden Amanah, Mohamed Sabu; Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali; bekas menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim dan bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Kami sebagai rakyat Malaysia telah menyuarakan pandangan dan ingin menjemput semua rakyat negara ini untuk menyokong gerakan ini.

“Selepas ini kita berharap dapat berkongsi idea dengan rakyat mengenai keinginan mereka. Kami juga berharap selepas sidang media ini lebih ramai rakyat akan menandatangani deklarasi ini,” jelas beliau.

Dr Mahathir adalah pemimpin pertama yang menandatangani deklarasi tersebut bersama 55 tokoh politik lain.

 

[TEKS] Deklarasi Rakyat – Citizen Declaration

DR1 DR2 DR3 DR4 DR7 DR5

1. Kami, warga Malaysia seperti nama-nama berikut ingin menyatakan kebimbangan kami terhadap keadaan politik, ekonomi dan sosial dalam negara.

2. Kami ingin menarik perhatian rakyat Malaysia terhadap kerosakan yang telah dilakukan kepada negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak.

3. Di bawah pentadbirannya negara jatuh tersenarai sebagai salah satu daripada 10 negara yang paling banyak mengamalkan rasuah mengikut laporan Ernst and Young Asia Pacific Fraud Survey Report Series 2013. Malaysia juga telah jatuh empat anak tangga Indeks Persepsi Rasuah 2015, dari 50 ke 54.

4. Ini adalah kerana dianya percaya yang wang tunai boleh mempastikan kedudukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dia percaya bahawa duit adalah segala-galanya-“Cash is King”.

5. Peruntukan kepada semua Kementerian dan institusi awam termasuk universiti telah dikurangkan kerana ketandusan kewangan. Walaupun telah diperuntukkan, tidak ada sumber kewangan.

6. Pada tahun 2009, beliau telah menubuhkan satu Dana Kekayaan Negara (Sovereign Wealth Fund) bertujuan untuk menjana pendapatan bagi Kerajaan.

7. Dia menubuhkan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kemudiannya dibebani hutang sebanyak RM42 bilion yang tidak dapat ditanggung. Ia tidak lagi menjadi Dana Kekayaan. Sebaliknya Dana Hutang Negara.

8. 1MDB telah meminjam RM20 bilion untuk membeli tiga janakuasa elektrik pada harga yang RM12.1 bilion, melebihi harga pasaran. Walaupun diberi kontrak untuk membina janakuasa baru selain lanjutan bagi konsesi yang hampir tarnat, syarikat-syarikat janakuasa 1MDB ini telah dijual pada harga RM9.83 bilion dengan kerugian berjumlah RM2.27 bilion.

9. 1MDB juga telah melabur atau meminjamkan sebanyak US$1.83 bilion kepada Petrosaudi International (PSI) Limited diantara 2009 dan 2011 di datam projek-projek dan aset yang tidak wujud. Bank Negara Malaysia telah meminta supaya 1 MDB membawa pulang semula wang tersebut ke Malaysia kerana kebenaran yang diberi untuk pelaburan berdasarkan kepada maklumat yang tidak tepat. Daripada jumlah ini, sebanyak US$1.45 bilion telah secara langsung atau tidak langsung disalurkan kepada syarikat Good Star Limited dan lain-lain syarikat dibawah penguasaan Low Taek Jho.

10. Untuk menutup kehilangan wang tersebut, 1MDB telah melupuskan pelaburan dan Pinjaman ke PSI untuk us$2.318 bilion, dengan mendakwa yang ianya telah membuat keuntungan sebanyak us$488 juta. Bagaimanapun, tidak ada sesen pun daripada jumlah ini yang dipulangkan ke Malaysia. sebaliknya 1 MDB mendakwa yang wang tersebut telah dilabur di datam dana di Kepulauan caymans, yang kemudiannya telah di bongkar sebagai sebuah firma pengurusan pelaburan tidak berlesen. KpMG telah disingkir sebagai juruaudit 1MDB kerana enggan mengesahkan nilai pelaburan dana Caymans yang penuh misteri.

11. 1MDB mendakwa juga yang pelaburan di Kepulauan Caymans ini telah pun ditebus sepenuhnya. Sebanyak US$1.22 bilion telah dilaporkan ditebus pada 5hb November 2014, tetapi telah digunakan pada hari yang sama untuk membayar ganti rugi kepada Aabar Investments PJS. Ini merupakan gantirugi kerana menamatkan opsyen yang diberi kepada

Aabar untuk membeli 49 peratus saham di datam syarikat-syarikat janakuasa 1 MDB. Ini merupakan satu penipuan kerana, syarikat induk Aabar, International Petroleum Investment Corporation(IPIC), tidak pun menyebut tentang penerimaan pembayaran tersebut di datam akaunnya yang diaudit dan tersiar di London Stock Exchange. Sebaliknya akaun IPIC menyebut bahawa 1MDB terhutang sejumlah US$481 juta kepadanya kerana penamatan opsyen tersebut.

12. 1MDB juga telah mengambil hutang berjumlah US$975 juta daripada konsortium Deutsche-Bank pada bulan September 2014, untuk tujuan yang sama iaitu membayar ganti rugi kepada Aabar. Akhbar the Wall Street Journal membongkar bahawa wang tersebut telah digunakan untuk membayar pihak lain di British Virgin Islands yang mempunyai nama yang lebih kurang sama iaitu,”Aabar Investment PJS Limited”, yang dimiliki oleh pihak yang tidak ada kena mengena dengan IPIC. Penipuan licik ini telah berjaya memperdayakan juruaudit 1MDB, Deloitte Malaysia yang mempercayai bahawa bayaran telahpun diterima Aabar kepunyaan IPIC.

13. 1MDB mengumumkan bahawa ia telah membuat tebusan kedua dan terakhir berjumlah RM1.1 bilion daripada pelaburan di kepulauan Cayman pada bulan Januari 2015. Pada mulanya Perdana Menteri memaklumkan kepada Parlimen bahawa jumlah tersebut telah dimasukkan ke datam Bank BSI di Singapura. Dua bulan kemudian, pada bulan Mei 2015, dia memberitahu Parlimen bahawa, ianya bukanlah di datam bentuk wang tunai, tetapi aset. Kemudian, dijelaskan pula yang aset-aset ini merupakan”unit”yang bermakna bahawa tanya tidakpun ditebus. Ini membuktikan yang 1MDB dan Perdana Menteri telah berulang-kali menipu rakyat Malaysia. Ianya juga bermakna bahawa wang yang dilaburkan di datam Petrosaudi yang kemudiannya dilabur semula di Kepulauan Caymans, masih lagi hilang dan tidak dapat diperakukan.

14. Seorang bekas naib ketua bahagian UMNO Batu Kawan telah membuat laporan polis berkenaan kehilangan sejumlah wang yang besar oleh 1MDB. Tiada sebarang siasatan dilakukan polis. Sebaliknya pengadu telah disoal-siasat polis, ditahan dan didakwa di bawah Akta Kesalahan Keselamatan(Langkah-Langkah Khas)2012(SOSMA)kerana mensabotaj ekonomi negara. Peguam beliau juga ditahan dan didakwa dibawah Akta yang sama. Ini menakutkan sesiapa sahaja yang ingin melapor pada Polis berkenaan dengan 1 MDB.

15. Akhbar Wall Street Journal melaporkan yang Najib mempunyai US$681 juta Dolar di dalam akaun peribadinya di Ambank.

16. Najib pada mulanya menafikannya, tetapi kemudian mengakui bahawa dianya mempunyai sejumlah wang yang banyak di datam akaun peribadinya, Dia mendakwa menerima derma dari seorang Arab, kemudian ianya menjadi derma untuknya memenangi Pilihanraya Umum ke-13 kemudian pula menyatakan ianya adalah kerana dedikasi beliau menentang keganasan. Dia kemudiannya mendakwa menerima duit berkenaan daripada seorang Putera Raja Arab Saudi, dan kemudian daripada Raja Arab Saudi yang telah mangkat.

17. Kemudian seorang Menteri Arab Saudi menyatakan bahawa tidak terdapat apa-apa rekod berkenaan sebarang hadiah daripada Arab Saudi. Beliau mencadangkan bahawa wang tersebut mungkin merupakan peaburan. Tetapi jumlahnya kecil.

18. Najib menyatakan hasrat untuk menyaman Wall Street Journal di mahkamah tetapi dia tidak berbuat apa-apa. Sebaliknya dia meminta peguamnya bertanya kepada Wall Street Journal kenapa akhbar itu menyiarkan laporan tersebut.

19. Hingga ke hari ini WSJ berterusan mengeluarkan laporan demi laporan dengan fakta terperinci berkenaan dengan duit sejumlah US$681 juta yang terdapat di dalam akaun peribadinya. Dianya masih tidak mengambil tindakan saman terhadap WSJ, sesuatu yang boleh dilakukan di negara di mana WSJ diterbitkan.

20. Khuatir dan syak dengan jumlah wang banyak dalam akaun peribadi Najib, satu pasukan petugas ditubuhkan di Malaysia untuk menyiasat sumber wang tersebut. Empat institusi Kerajaan terlibat, Polis Di Raja Malaysia, Peguam Negara, Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

21. Belumpun pasukan petugas berjaya selesaikan penugasan mereka, Peguam Negara disingkir oleh Najib atas alasan beliau sakit dan tidak mampu meneruskan tugasannya. Secara terang Najib telah memberi gambaran yang tidak benar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan Tuanku bagi menggantikan Peguam Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dilumpuhkan apabila pengerusi serta beberapa ahlinya dipindahkan oleh Najib bagi menghalang penyiasatan keatas 1 MDB. Pengerusi baru, kenalan Najib dilantik dan beliau secara spontan menyatakan yang Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan.

22. Najib kemudian melantik Peguam Negara baru. Peguam Negara baru menolak cadangan Bank Negara untuk tindakan diambil sambil mendakwa yang tidak ada apa-apa di dalam laporan tersebut yang menunjukkan bahawa Najib melakukan kesalahan.

23. Rayuan Bank Negara tidak diendahkan.

24. peguam Negara yang baru juga menolak lagi satu laporan daripada SPRM. Kandungan laporan tidak didedahkan dan ancaman dibuat terhadap pendedahan laporan tersebut.

25. peguam Negara baru juga tanpa penjelasan yang munasabah menolak cadangan dari dua institusi yang mempunyai kuasa dan kepakaran datam bidang mereka.

26. penolakan ini juga menghalang perkara tersebut dibawa ke mahkamah di mana semua bukti dapat diketengahkan dan dibicarakan. Dengan ini Peguam Negara memain peranan sebagai pendakwa dan juga hakim. Proses undang-undang terhalang.

27. Timbalan Perdana Menteri yang disingkir kemudian mendedahkan yang peguam Negara yang lama telah menunjuk bukti kesalahan yang dilakukan Najib bersangkutan skandal- skandal tersebut. Di masa yang sama, beberapa agensi Kerajaan asing, iaitu Switzerland, Singapura, Amerika Syarikat, Hong Kong dan Britain, telah memulakan siasatan ke atas 1MDB.

28. Akhbar di Malaysia ditapis menyebabkan rakyat lebih bergantung kepada laporan media asing. Tetapi apabila rakyat berbincang atau menulis berdasarkan laporan media asing, Kerajaan menerusi Ketua Polis Negara menjemput sesiapa sahaja untuk membuat laporan polis agar polis dapat menjalankan soal siasat terhadap orang itu.

29. Ini bercanggah dengan kegagalan polis menyiasat laporan polis yang dibuat terhadap Najib, Jho Low dan laporan Bank Negara dan SPRM kepada Peguam Negara. Peguam Negara juga mengugut untuk jatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan rotan terhadap sesiapa yang bertindak membocor maklumat Kerajaan. Ini bermakna yang kesalahan jenayah di datam pentadbiran Kerajaanpun akan dilindung daripada pengetahuan awam.

30. Peguam Negara mengumumkan bahawa sebahagian daripada sejumlah RM2.6 bilion (sebanyak RM2.3 bilion)telah dipulangkan kepada Arab Saudi. Selain daripada kenyataan ini tiada bukti lain yang dikemukakan.

31. Rakyat juga semakin menderita.

32. GST yang dikenakan Najib, kenaikan kadar tol lebuhraya, kesemuanya mengakibatkan kenaikan kos sara hidup, memaksa perniagaan ditutup, menyebabkan industri kepunyaan asing menghentikan operasi dan berpindah kepada negara lain. Ini mengakibatkan peningkatan kadar pengangguran.

33. Walaupun rakyat membantah, Najib tetap menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik(TPP)Amerika yang mengikis hak kita untuk membuat dasar dan undang-undang yang sesuai bagi negara kita.

34. Hari ini imej Malaysia amat buruk sekali. Selain diklasifikasikan antara 10 negara terburuk mengamalkan rasuah, Malaysia juga dianggap tidak demokratik. Hak kebebasan bersuara juga kebebasan akhbar terhalang, dan rakyat hidup dalam ketakutan ditangkap dan ditahan. Akta Majlis Keselamatan Negara digubal untuk memberikan Perdana Menteri dan bukan Yang di-Pertuan Agong kuasa mengisytiharkan sesuatu kawasan itu sebagai kawasan keselamatan dimana sesiapa sahaja boleh ditangkap dan ditahan tanpa bicara dan didakwa dibawah prosidur yang melanggar batas keadilan yang diterima.

35. Sebaliknya pula jika berlaku kesilapan datam penggunaan Akta ini oleh pegawai Kerajaan, atau di mana terdapat salahguna kuasa, rakyat tidak boleh mengambil apa bentuk tidakan terhadap mereka. Whistleblowers, atau pemberi maklumat, diganggu dan dihukum, dan bukannya diberi perlindungan. Undang-undang lain digunakan yang menyekat kebebasan bersuara menegur salahlaku. Hak asasi yang termaktub di datam Perlembagaan persekutuan tidak lagi membawa apa-apa makna.

36.0leh kerana sebab-sebab ini, kami rakyat Malaysia seperti yang tertera bersetuju dan menyokong

a) Penyingkiran Dato’ Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia menerusi saluran yang aman dan mengikut undang-undang yang dibenarkan.

b) Penyingkiran semua mereka yang bersekongkol dengannya

c) Pemansuhan semua undang-undang dan perjanjian baru yang Jetas metanggar hak asasi yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan dan melemahkan polisi terpilih, dan

d) Pemulihan integriti institusi yang telah dilemahkan, seperti polis, SPRM, Bank Negara dan PAC

37. Kami menyeru kepada semua rakyat Malaysia, tidak mengira kaum, ugama, politik, kepercayaan atau parti, tua atau muda, marilah bersama-sama kami selamatkan Malaysia daripada Kerajaan yang dipimpin Dato Seri Najib untuk membuka jalan kepada mereformasikan institusi demi proses demokrasi dan memulihkan prinsip pengasingan kuasa diantara eksekutif, legislatif dan kehakiman yang akan memastikan kebebasan, kredibiliti, profesionalisme serta integrity institusi-institusi nasional.

– Tandatangan rakyat –

 

 

 

[KENYATAAN MEDIA] Selamatkan Malaysia

KENYATAAN MEDIA
4 MAC 2016

Saya telah menerima pesanan dari Dato’ Seri Anwar Ibrahim melalui peguamnya semalam meminta saya mewakili Parti Keadilan Rakyat dalam majlis ini dan Presiden Parti, YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, telah memaklumkan kepada Majlis Pimpinan Pusat tentang kehadiran saya sebagai wakil “dalam semangat bersama dalam satu persefahaman bersama untuk membawa perubahan dalam negara.”

Saya juga bersetuju dengan pendirian masyarakat madani – civil society leaders – masyarakat perusahaan – industry leaders – dan anak watan prihatin yang cintakan negara agar bersama dalam gerakan baru ini.

Saya yakin petang ini adalah langkah yang paling patriotik. Apakah langkah yang lebih patriotik di kala ini dari menggembleng kekuatan rakyat untuk menyelamatkan Malaysia, mengembalikan maruah negara yang tercemar di mata dunia dan memperkukuh kebebasan, kewibawaan dan integriti institusi negara ?

%