AZMIN ALI

LATEST

Day: May 20, 2016

[KENYATAAN MEDIA] Kempen fitnah bagi melemahkan semangat penjawat awam Selangor

KENYATAAN MEDIA

20 MEI 2016

 

Kempen fitnah bagi melemahkan semangat penjawat awam Selangor

 

Sejak semalam laporan yang menuduh amalan rasuah dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang mendakwa kononnya “wujud permintaan perempuan apabila berurusan dengan Kerajaan Negeri” disiarkan oleh portal berita dan dikongsi menerusi media sosial.

Ini merupakan satu tuduhan jijik yang tidak disokong oleh sebarang bukti. Ia juga satu kempen fitnah yang terancang terhadap kerajaan serta kakitangan awam di Selangor.

Dalam melaksanakan serangan jahat dan semberono ini, orang yang menuduh sebenarnya telah mencemarkan nama baik, maruah serta integriti perkhidmatan awam negeri.

Ia juga sekaligus menafikan sumbangan majlis eksekutif yang telah menyumbang dengan cekap dan bertukus lumus kepada usaha Kerajaan Negeri membawakan pembangunan dan kemajuan sosio-ekonomi pada negeri ini.

Sikap kita amat jelas. Pentadbiran ini mengalu-alukan pemberi maklumat yang berhasrat untuk melihat kerajaan yang bersih dan bebas daripada rasuah. Pada masa yang sama, mereka yang membuat tuduhan ini perlu membawa hatta sekelumit bukti sekalipun kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tindakan.

Menuding jari kepada Kerajaan Negeri tanpa sebarang bukti sokongan dan kemudiannya menjaja tuduhan tersebut kepada semua pihak adalah satu tindakan bacul, tidak bertanggungjawab dan berniat jahat.

Dasar yang didukung adalah bagi mewujudkan kerajaan yang telus dan bertanggungjawab sepenuhnya tanpa tolak ansur terhadap elemen rasuah. Namun pada masa sama, kita semua bertanggungjawab untuk memelihara nama baik dan maruah kakitangan awam serta eksekutif daripada sebarang tuduhan liar yang tidak bertanggungjawab.

 

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI

[PRESS RELEASE] Smear campaign against the Selangor State government

PRESS RELEASE

 

20 MAY 2016

 

Smear campaign against the Selangor State government

Since yesterday reports have been circulating in various news portals and the social media alleging corrupt practices against the Selangor state government including “requests for women during negotiations”.

These are scurrilous and scandalous allegations, unsupported by any evidence whatsoever and betray the handiwork of a systematic smear campaign against the Selangor State government.

In conducting such a vicious and reckless attack, the perpetrators have sullied the good name, reputation and integrity of our state civil service as well as the executive councillors who have contributed so tirelessly and efficiently to the efforts of the government of Selangor to bring development and socio-economic progress to the state.

Let us be clear. We welcome efforts by whistle blowers in their efforts to help ensure a clean and corrupt free government. But if there is even a shred of evidence to support these allegations, it is incumbent on those making them to produce it to the relevant authorities for necessary action. Taking pot shots at the government without the requisite evidence and then disseminating them to all and sundry is an act of sheer cowardice, irresponsibility and malicious mischief.

While it is our declared policy to have a fully accountable and transparent government with a zero tolerance for corruption, we are at the same time duty bound to protect the good name and reputation of our civil servants and executives from irresponsible and wild accusations.

 

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI