AZMIN ALI

LATEST

Day: May 21, 2016

Mesej Hari Wesak

Mesej Hari Wesak

21 Mei adalah Hari Wesak, hari memperingati kelahiran Gautama Buddha, pencerahan dan nirvana. Di sini saya ingin menzahirkan setulus rasa hormat saya buat semua penganut agama Buddha di Selangor dan Malaysia.

Hari Wesak menganjurkan sikap berbakti dengan tulus ikhlas kepada mereka yang kurang bernasib baik. Diinspirasikan sikap ini, banyak kumpulan agama Buddha menganjurkan aktiviti kebajikan untuk mereka yang menghadapi kesusahan. Saya amat menghargai usaha-usaha ini. Sikap pemurah dan tidak mementingkan diri ini satu teladan buat kita semua.

Saya sentiasa mengalu-alukan penglibatan komuniti beragama Buddha dan lain-lain kepercayaan dalam membina Selangor yang lebih ehsan, sekaligus menuju ke arah Malaysia yang lebih baik dan lebih ehsan.

Selamat Hari Wesak!

Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali
Menteri Besar Selangor

=========================================

Wesak Day Message

May 21 is Wesak Day, a day that commemorates the Gautama Buddha’s birth, enlightenment, and Nirvana. I would like to express my utmost respect to all Buddhists in Selangor and Malaysia.

Wesak Day advocates unconditional dedication for the less fortunate. Moved by this spirit, many Buddhist groups have organized charitable activities for those who face difficulties. I sincerely appreciate these efforts. This spirit of selflessness and generosity is an example to us all.

I welcome the participation of the Buddhist community and people of all faiths to help us build a better and more compassionate Selangor, a better and more compassionate Malaysia.

Happy Wesak Day!

Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali
Menteri Besar Selangor

=========================================

雪兰莪州务大臣卫塞节献辞
2016年5月20日

明天(5月21日)是卫塞节,一个纪念释迦牟尼佛祖诞生、成道和涅磐的日子。我在此向雪兰莪州和马来西亚的佛教徒,献上我至深的敬意。

卫塞节倡导无私奉献,特别是对于不幸人士。我对许多民间慈善机构和佛教组织,为面对困难的人士进行慈善活动,感到赞赏和感激。这般无私慷慨的大爱精神,应该是我们学习的精神。

我期待佛教组织和各宗教人士,与我们一起建立一个更美好更善行的雪兰莪州和马来西亚。

祝大家卫塞节快乐!

阿兹敏阿里
雪兰莪州务大臣

[KOLUM] Laut Yang Makin Gelora

Terbitan : Sinar Harian 

RABU lalu Pentagon mengeluarkan kenyataan bahawa pesawat peninjau Amerika Syarikat yang melakukan kawalan rutin di ruang udara Laut China Selatan telah dipintas dengan cara tidak selamat oleh dua jet pejuang China.

Seminggu sebelumnya, China mengarau alat elektronik jet pejuang Amerika apabila kapal tentera laut Amerika melalui dekat terumbu yang pemilikannya diperselisihkan.

Tindakan China itu dilihat sebagai memberikan isyarat kepada Presiden Barack Obama yang memulakan lawatan ke Asia hari ini untuk menghadiri sidang kemuncak G7 di Jepun, dan juga membuat lawatan untuk pertama kalinya ke Vietnam.

Sidang kemuncak di Jepun pastinya dilihat sebagai dukungan anggota kumpulan tersebut terhadap Jepun yang mempunyai ketegangan hubungan dengan China akibat perselisihan tentang Senkaku Islands. Lawatan Obama ke Vietnam juga akan ditafsirkan sebagai usaha Amerika untuk mendukung Vietnam yang kini sekutunya itu sedang berselisih dengan China mengenai kepulauan Spratly.

Meskipun tuan rumah mesyuarat ditetapkan secara giliran, namun dalam suasana geopolitik semasa, G7 semakin dilihat sebagai instrumen perang dingin yang baharu di pihak Amerika. Lebih-lebih lagi, setelah keanggotaan Rusia dari kumpulan yang dulunya dikenali sebagai G8 digantungkan pada tahun 2014 kerana menyebabkan krisis di Ukrain.

Kehadiran Vietnam yang bukan anggota tetapi dijemput khas ke sidang kemuncak berkenaan akan membawa persoalan ketegangan di Laut China Selatan ke dalam mesyuarat kumpulan tersebut. Ini sekali gus sudah pasti akan menarik penglibatan masyarakat antarabangsa ke tengah-tengah gelora dan ketegangan di wilayah laut berkenaan.

Sedangkan Asean yang mempunyai lebih ramai anggota dan mempunyai kepentingan langsung masih belum pula dapat merumuskan pendirian yang sama dalam berdepan dengan sikap dan tindakan China yang agresif membina struktur di atas pulau buatannya.

Tanpa muafakat dan persepaduan Asean, sudah pasti negara-negara yang terlibat akan jatuh terjerat ke dalam strategi China yang mahu dialog dua hala tetapi bukan melalui dialog dengan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara iaitu Asean.

Ketiadaan perpaduan antara negara-negara Asean telah mendorong Vietnam, yang dahulunya berperang dengan Amerika, dan Filipina yang dahulunya menutup pangkalan tentera Amerika di Subic Bay untuk kembali mengundang penglibatan aktif Amerika dalam krisis Laut China Selatan.

Apa yang dilakukan oleh negara-negara Asean ini sebenarnya bertentangan dengan semangat doktrin Zopfan, iaitu mahu menjadikan rantau ini sebagai zon damai, bebas dan berkecuali. Doktrin yang dicetuskan oleh mantan perdana menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak yang bertujuan mengelakkan rantau ini daripada terjebak dalam konflik antara kuasa-kuasa besar.

Asean secara kolektif memang perlu memikirkan kembali grand strateginya dalam berdepan perang dingin baru akibat daripada kemunculan China yang bakal menjadi kuasa ekonomi terbesar dunia selain begitu rancak meningkatkan kekuatan ketenteraannya. Rusia juga di bawah kepimpinan Vladimir Putin telah menampilkan keyakinan baru dan kembali menunjukkan kuku beruangnya.

Amerika Syarikat kini memandang serius kebangkitan Asia. Justeru, Obama mengeluarkan doktrin “perimbangan semula” Asia Pasifik agar tidak tertinggal dengan potensi ekonomi di rantau Asia. Tetapi doktrin “perimbangan semula” itu juga melibatkan pengukuhan kekuatan ketenteraan. Akibatnya, kita telah menyaksikan persaingan kekuatan tentera antara kuasa-kuasa besar di rantau ini. Perkaralah inilah yang membimbangkan.

Dalam sejarah dunia, kemunculan satu kuasa baharu dan kemerosotan satu kuasa lama sering menyebabkan perang meletus. Kemunculan China dilihat oleh sebilangan strategis Amerika sebagai satu gugatan kepada kedudukan negara mereka sendiri.

Rantau Asean jangan terseret dalam pertelingkahan antara kuasa-kuasa besar itu. Kita perlu berkawan dengan semua pihak dan tidak mahu bermusuh dengan sesiapa sahaja. Kita mahu pendirian kita dihormati. Oleh itu, doktrin Zopfan perlu diperbaharui semula.