AZMIN ALI

LATEST

Year: 2018

Kebajikan Peneroka FELDA Sentiasa Dibela

Kebajikan Peneroka FELDA Sentiasa Dibela

21 Disember 2018

1. Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) amat memahami dan prihatin dengan kesukaran yang dilalui oleh peneroka di bawah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) bilamana harga sawit dan getah berada pada tahap yang rendah.

2. Di sebalik segala kemelut melibatkan FELDA yang ditinggalkan Kerajaan terdahulu, MEA bersama dengan pengurusan baru FELDA telah dan sedang berusaha keras untuk memastikan kebajikan peneroka dan keluarga mereka sentiasa terpelihara.

3. Sewaktu Pakatan Harapan mengambil alih Kerajaan, simpanan tunai FELDA adalah hampir kosong dengan bebanan hutang sebanyak RM8.025 billion. Ini memberi kesan besar kepada aliran tunai FELDA seterusnya menjejaskan proses pembayaran kepada peneroka dan pembayaran komitmen lain. Pihak pengurusan FELDA telah berikhtiar sedaya upaya untuk memastikan segala komitmen tersebut dapat dipenuhi. Namun, memandangkan jumlah komitmen yang perlu ditanggung adalah tinggi dan berterusan, FELDA kebelakangan ini menghadapi kesukaran untuk memenuhinya.

4. MEA telah mengambil langkah proaktif untuk mengatasi kemelut ini dengan memohon peruntukan khas sebanyak RM77 juta dari Kerajaan. Di atas keprihatinan YAB Perdana Menteri, peruntukan khas ini telah diluluskan pada 20 Disember 2018. Peruntukan khas tersebut adalah untuk perkara-perkara berikut:

(i) bayaran pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil;
(ii) bayaran tunggakan pengurusan tanam semula; dan
(iii) bayaran khairat kematian kepada 120 waris peneroka.

5. Sejumlah RM77 juta akan disalurkan kepada FELDA dengan kadar segera. Semua penyaluran kewangan tersebut dijangka akan selesai pada minggu akhir bulan Disember 2018. Adalah diharapkan agar peruntukan yang disalurkan ini akan dapat meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh peneroka terutamanya dalam menyediakan keperluan persekolahan untuk tahun baharu ini.

6. MEA bersama FELDA sedang dalam proses menggubal pelan pemulihan untuk memastikan pengukuhan dan kemampanan kedudukan kewangan FELDA di samping komited dalam memberi keutamaan kepada kebajikan dan kesejahteraan peneroka serta keluarga mereka.

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI
Menteri Hal Ehwal Ekonomi

Kertas Putih FELDA

Kertas Putih FELDA

10 Disember 2018

1. Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) telah bekerjasama rapat dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dalam menyediakan satu Kertas Putih bagi mendapatkan gambaran yang mendalam tentang kemelut yang menyelubungi FELDA. Gambaran yang jelas akan dapat membantu MEA dan pengurusan baharu FELDA dalam merangka pelan pemulihan dan hala tuju FELDA yang lestari dan mampan.

2. MEA komited untuk membentangkan Kertas Putih yang komprehensif dan berkredibiliti. MEA telah bertungkus-lumus menyediakan Kertas Putih tersebut dan ianya di peringkat terakhir penyediaan bagi pembentangan di Parlimen yang dijadualkan pada 10 Disember 2018.

3. Walau bagaimanapun, MEA telah dinasihatkan oleh Jabatan Peguam Negara (Attorney General’s Chambers – AGC) untuk mempertimbangkan semula cadangan pembentangan Kertas Putih pada 10 Disember 2018. Ini kerana AGC berpendapat beberapa isu perundangan perlu diselesaikan sebelum Kertas Putih tersebut boleh dibentangkan di Parlimen.

4. MEA mengambil berat pandangan daripada AGC dan telah mengambil keputusan untuk mendapatkan pandangan Jemaah Menteri.

5. Demi memastikan keutuhan Kertas Putih FELDA, Jemaah Menteri telah bersetuju agar pembentangan Kertas Putih ini ditangguhkan ke sidang Parlimen Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Keempat Belas (tahun 2019).

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI
Menteri Hal Ehwal Ekonomi

10 December 2018
Felda White PAPER

1. The Ministry of Economic Affairs (MEA) has worked closely with the Federal Land Development Authority (FELDA) in preparing a White Paper to get an in-depth picture of the crisis surrounding FELDA. A clear picture will help MEA and the new management of FELDA frame a sustainable way forward for the recovery of FELDA.

2. MEA is committed to table a comprehensive and credible White Paper. MEA has been tirelessly preparing the White Paper and the document was in the final stages of preparation prior to its scheduled tabling to Parliament on 10 December 2018.

3. However, MEA has been advised by the Attorney General’s Chambers (AGC) to reconsider the proposed tabling of the White Paper on 10 December 2018. AGC is of the view that certain legal issues need to be resolved before the White Paper can be tabled in Parliament.

4. MEA takes the views of the AGC seriously and decided to seek the opinion of Cabinet.

5. In order to ensure the integrity of the FELDA White Paper, the Cabinet has agreed that the tabling of the White Paper should be postponed to the First Meeting of the Second Session of the Fourteenth Parliament (2019).

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI
Minister of Economic Affairs

Malaysia Continues Its Cooperation With Oil Producing Countries

Malaysia Continues Its Cooperation With Oil Producing Countries

8 December 2018

The 5th OPEC and non-OPEC Ministerial Meeting in Vienna, Austria, saw oil producing countries agreeing to a new cut level for oil production, from a reduction of
1.8 million barrels per day to 1.2 million barrels per day for the next six months.

Even though we are a small oil producing country, Malaysia stands in solidarity with oil producing countries in pursuing the strategic objective of achieving global market stability in the interest of all oil producers and consumers, taking into consideration the prevailing market conditions and prospects.

Therefore, as a testament of the Government of Malaysia’s commitment to international cooperation to face economic challenges posed by the global oil market, Malaysia has agreed to continue its voluntary commitment by reducing its total oil output by 15,000 barrels per day. This is revised from an earlier cut level of 20,000 barrels per day as part of a previously agreed arrangement that expires at the end of this year.

Malaysia views highly of this collaboration to strengthen cooperation between members of OPEC and non-OPEC countries to face challenges posed by the global market.

The commitments made under this proactive collaboration between participating countries are to be voluntarily implemented, non-binding and would not in any way affect the rights of peoples and nations to permanent sovereignty over the exploitation and management of their natural resources.

The global market reacted positively when oil prices climbed at the conclusion of the meeting.

As part of my working visit to Vienna, I led Malaysia’s participation in the 12th Meeting of the Joint Ministerial Monitoring Committee, the 5th OPEC and Non-OPEC Ministerial Meeting and the Anniversary Dinner Celebrating the Landmark Declaration of Cooperation. On this visit, I met with H.E. Suhail Al-Mazrouei, President of the Conference and Minister of Energy and Industry of the United Arab Emirates, and H.E. Mohammad Sanusi Barkindo, Secretary General of OPEC, to share Malaysia’s position on the way forward.

This visit is bolstered by a warm and productive bilateral meeting with H.E. Saad Sherida Al-Kaabi, Minister of State for Energy Affairs and Vice Chairman, President & CEO of Qatar Petroleum to discuss how we can further enhance economic relations between Qatar and Malaysia.

Furthermore, a fruitful bilateral meeting was held with H.E. Ezekiel Gatkuoth, Minister of Petroleum and Mining for South Sudan on the sidelines of OPEC meetings and we discussed on-going investments from PETRONAS in South Sudan and future cooperation moving forward.

In addition, a meeting was held with H.E. Alberto Montoya Martín del Campo, Vice Minister of Energy for Mexico, where I congratulated the Vice Minister of His Excellency’s recent official appointment to the government.

I also met with H.E. Mohammed Al Rumhy, the Minister of Oil and Gas of Oman to discuss the current cooperation between oil producing countries and the way forward.

A frank and engaging dialogue session with the Malaysian community in Austria and the Slovak Republic was organised to discuss the future of Malaysia under the leadership of Y.A.B. Prime Minister Tun Dr. Mahathir Mohamad.

The Malaysian delegation to Vienna included representatives from the Ministry of Economic Affairs, the Attorney General’s Chambers and Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) with the support of the Embassy of Malaysia in Vienna.

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI
Minister of Economic Affairs

Kunjungan Ke Pameran Pertanian, Hortikultur Dan Pelancongan Agro Malaysia 2018 (MAHA 2018)

Kunjungan Ke Pameran Pertanian, Hortikultur Dan Pelancongan Agro Malaysia 2018 (MAHA 2018)

2 Disember 2018

Kerajaan akan meningkatkan usaha untuk memperkukuhkan sektor pertanian yang merupakan penyumbang ketiga terpenting kepada pendapatan negara. Sumbangan sektor tersebut telah meningkat daripada 37.4 peratus dalam tahun 2015 kepada 38.8 peratus dalam tahun 2017.

Sambutan pengunjung yang memberangsangkan terhadap Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia 2018 (MAHA 2018) mencerminkan minat baru rakyat yang meningkat terhadap sektor tradisi tersebut.

Pameran hari ini telah menyaksikan peranan teknologi dalam usaha pemodenan sektor pertanian seperti penggunaan dron dalam pembajaan dan pemantauan kawalan penyakit dan perosak di jelapang padi.

Saya yakin masyarakat petani Malaysia, termasuk petani Bumiputera, bersedia memasuki era Pertanian 4.0 dengan menggunakan teknologi Internet of Things (IoT) dan robotik untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti khususnya dalam pengumpulan dan penggunaan data. Pertanian pintar akan menghasilkan tranformasi sektor pertanian yang lebih berdaya saing dan maju.

Justeru itu, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi merangka strategi baru untuk memodenkan sektor tersebut agar meningkatkan sumbangannya terhadap pertumbuhan ekonomi keseluruhannya. Ini termasuklah sasaran meningkatkan subsektor agromakanan bagi mencipta peluang pekerjaan, memupuk keusahawanan dan sekaligus menjana kekayaan baharu negara.

Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 menggarisbawahi komitmen Kementerian Hal Ehwal Ekonomi terhadap perancangan penambahbaikan produktiviti dan pemodenan serta pengenalan sumber kekayaan yang baharu. Bagi tempoh 2018 – 2020, Kerajaan akan memberi tumpuan untuk membangunkan sektor pertanian yang produktif dan melibatkan penggunaan teknologi tinggi.

Fokus juga diberikan kepada penyediaan insentif dan sokongan yang diperlukan, termasuk infrastruktur, teknologi pertanian, maklumat pasaran dan akses kepada pembiayaan untuk petani dan pekebun kecil, yang kebanyakannya terdiri daripada masyarakat Bumiputera, sekaligus meningkatkan taraf ekonomi dan pendapatan mereka.

Kementerian Hal Ehwal Ekonomi akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta agensi berkaitan bagi merangka satu dasar industri agromakanan demi menjamin kemampanan bekalan makanan negara (food security) dan meningkatkan sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi negara.

Di persada antarabangsa pula, sektor pertanian merupakan kluster utama bagi kerjasama antara negara-negara serantau di mana inisiatif Brunei Darussalam- Indonesia-Malaysia-Philippines East ASEAN Growth Area (BIMP-EAGA) dan Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) akan menjadikan negara- negara ASEAN ini sebagai “food basket” atau sumber bekalan makanan kepada Asia Tenggara. Malaysia akan meneruskan usaha dalam kerjasama serantau ini.

Saya telah melawat MAHA 2018 semalam dan kagum dengan kejayaannya. Saya merakamkan ucapan tahniah kepada semua pihak yang terbabit menjayakan MAHA 2018, khususnya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI
Menteri Hal Ehwal Ekonomi

22nd Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Philippines East Asean Growth Area (BIMP-EAGA) Ministerial Meeting

22nd Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Philippines East Asean Growth Area (BIMP-EAGA) Ministerial Meeting

29 November 2018

The 22nd Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Philippines East ASEAN Growth Area (BIMP-EAGA) Ministerial Meeting and Related Meetings was successfully held from 23rd to 26th November 2018 in Kuala Belait, Brunei Darussalam. The meeting was chaired by Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Yusof, Second Minister of Foreign Affairs, Brunei Darussalam. Malaysia’s delegation was led by YB Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali, Minister of Economic Affairs.

YB Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali was granted an audience with His Majesty Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam on 26 October 2018. During the audience, His Majesty highlighted the importance of enhancing bilateral and economic cooperation between Brunei and Malaysia. His Majesty expressed hope that BIMP-EAGA Ministerial Meeting will have positive outcomes to strengthen the regional cooperation and could benefit the people in this subregion.

Over 200 senior government officials and delegates from Brunei Darussalam, Republic of Indonesia, Malaysia and the Philippines attended the series of meetings to discuss achievements of BIMP-EAGA cooperation, progress of current programmes and projects, as well as to identify effective implementation measures towards achieving the set goals of BIMP-EAGA Vision 2025. BIMP-EAGA, among others, aims to narrow the development gaps and accelerate socioeconomic development in the subregion.

In addition, meetings were also held with BIMP-EAGA development partners, the Northern Territory of Australia and the People’s Republic of China. This is the first BIMP-EAGA and China Ministerial Meeting – a monumental step in strengthening regional cooperation between countries in this sub-region and China. During the meeting, Malaysia expressed that close economic cooperation with China is an important driver to strengthen the economy in the BIMP-EAGA subregion. China has been Malaysia’s top trading partner for nine consecutive years since 2009 and Malaysia continues to see China as an important strategic partner. YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad during his first official visit to China in August 2018 welcomed China’s proposal for enhanced cooperation in the BIMP-EAGA subregion.

Moving forward, BIMP-EAGA signing ministers agreed on the need to develop a Plan of Action to clearly identify the main economic activities that can enhance and further promote cooperation with China, based on the subregion’s strengths and competitive advantage. The priority areas of cooperation include connectivity; agriculture, fishery processing and food industry; tourism and socio-cultural exchanges; trade and investment; digital economy; poverty alleviation and inclusive development; human resource development; environment and power and energy.

BIMP-EAGA comprises of the entire sultanate of Brunei Darussalam; provinces of Kalimantan, Sulawesi, Maluku and Papua in Indonesia; the states of Sabah and Sarawak as well as the Federal Territory of Labuan in Malaysia; the island of Mindanao and the province of Palawan in the Philippines. With a combined population of 75.8 million and 1.6 million square kilometres land area, BIMP-EAGA represent a significant market for a robust economic growth in ASEAN. Malaysia continues its commitment in the economic integration, among others by enhancing the connectivity through the construction of infrastructure projects such as the Pan Borneo Highway, Mukah Airport and the expansion of Sepanggar Bay container port.

The EAGA GDP at current prices registered at US$287.3 billion, with an improvement in trade balance which rose to 39.2% at US$54.7 billion. The BIMP- EAGA trade in goods stood at US$102.7 billion in terms of GDP at current prices and total EAGA exports is at US$79 billion. Realised and approved investments reached US$13.92 billion in FDI and US$6.98 billion in domestic investment.

The Minister expressed the importance of regional cooperation to boost the economy. BIMP-EAGA subregion has huge market potentials and through networking, it will create the synergy and complementarity in creating a more dynamic economic growth and can contribute to promote Malaysia to once again rise as an ‘Asian Tiger’.

The 23rd BIMP-EAGA Ministerial Meeting and Related Meetings will be held in Kuching, Sarawak in November 2019. BIMP-EAGA will also celebrate its 25th anniversary and in conjunction, the Budayaw Festival will be held as part of the celebration.

Ministry of Economic Affairs

Mesyuarat Ke-24 Peringkat Menteri Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT)

Mesyuarat Ke-24 Peringkat Menteri Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT)

1 OKTOBER 2018

Kementerian Hal Ehwal Ekonomi berjaya menganjurkan Mesyuarat Ke-24 Peringkat Menteri IMT-GT dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan yang berlangsung di Melaka dari 29 September hingga 1 Oktober 2018. Ia merupakan ulang tahun ke-25 penubuhan kerjasama IMT-GT.

Sebagai tuan rumah, saya telah mempengerusikan Pemukiman Ke-6 Menteri- Menteri IMT-GT dan Mesyuarat Ke-24 Peringkat Menteri. Lebih daripada 250 pegawai kanan Kerajaan dan delegasi dari Indonesia, Malaysia dan Thailand bertemu untuk membincangkan kaedah terbaik bagi meningkatkan penyelarasan kerjasama serantau antara negara anggota merangkumi pembangunan sosio-ekonomi, perkembangan perniagaan dan kesalinghubungan insan.

Dengan jumlah penduduk melebihi 82 juta orang meliputi 32 wilayah dengan jumlah tenaga buruh sebanyak 40 juta orang, ini melambangkan kekuatan ekonomi IMT-GT sebagai satu pasaran yang kukuh di rantau ini bagi pertumbuhan ekonomi dan perdagangan yang lebih rancak. IMT-GT juga telah memberi komitmen untuk melaksana dan menyiapkan projek-projek infrastruktur di ketiga-tiga negara anggota yang berjumlah USD47 bilion yang kebanyakannya dijangka siap menjelang 2021.

Negeri-negeri IMT-GT di Malaysia yang terdiri daripada 8 negeri iaitu Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor telah mendapat manfaat daripada program dan projek IMT-GT. Kesemua negeri ini telah mencatatkan peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dari USD283 bilion pada tahun 2011 kepada USD406 bilion pada 2016. Walau bagaimanapun, Menteri-Menteri secara amnya berpandangan bahawa pertumbuhan dari segi KDNK sahaja adalah tidak mencukupi sekiranya tidak dirasai rakyat.

Mesyuarat kali ini turut memberi penekanan kepada peningkatan modal insan dan latihan semula tenaga kerja untuk memenuhi permintaan buruh dalam menghadapi Revolusi Perindustrian Keempat. Para menteri bersetuju mekanisme kerjasama perlu mempercepatkan penggubalan Kerangka Revolusi Industri Keempat yang antara lainnya untuk menyediakan pembangunan kapasiti dan modal insan berkemahiran tinggi terutamanya dalam bidang Big Data, robotik, Internet of Things, artificial intelligence dan teknologi blockchain.

Menyedari hakikat ini, penglibatan sektor swasta adalah penting dalam menghadapi perubahan paradigma Revolusi Industri Keempat untuk membangunkan ekonomi sub-serantau termasuk penglibatan Perusahaan Kecil dan Sederhana dalam Majlis Perniagaan Bersama IMT-GT perlu ditingkatkan.

Mesyuarat ini juga turut menyaksikan penganjuran Persidangan Bandar Hijau yang bertujuan menerapkan budaya inovasi hijau dan amalan terbaik melalui mekanisme kerjasama serantau. Ini adalah lanjutan daripada usaha yang dilaksanakan oleh Malaysia dalam merintis Inisiatif Bandar Hijau melalui kerjasama IMT-GT.

Menyedari potensi yang wujud daripada sektor-sektor baharu, lapan negeri- negeri IMT-GT di Malaysia digalakkan untuk mewujudkan strategi dan langkah- langkah yang selari dengan keperluan sektor-sektor pertumbuhan hijau yang baharu.

Mesyuarat Ke-25 Peringkat Menteri IMT-GT dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan akan diadakan di Krabi, Thailand pada September 2019.

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI

1 OCTOBER 2018

24TH MINISTERIAL MEETING OF INDONESIA-MALAYSIA-THAILAND GROWTH TRIANGLE (IMT-GT)

The Ministry of Economic Affairs successfully organised the 24th IMT-GT Ministerial Meeting and Related Meetings from 29 September to 1 October 2018 in Malacca. This year also marks the 25th anniversary of the IMT-GT cooperation. As the host country, I chaired the 6th Ministerial Retreat as well as the 24th Ministerial Meeting. Over 250 senior government officials and delegates from the Republic of Indonesia, Malaysia and the Kingdom of Thailand met to discuss how best to further consolidate subregional cooperation among the member countries in terms of socioeconomic development, business growth and people-to-people engagement.

With 32 provinces and a combined population of 82 million in the subregion, and with a labour force of 40 million, IMT-GT’s economic strength represents a formidable market for robust economic and trade growth in the region. IMT- GT is committed to construct USD47 billion worth of infrastructure projects involving the three countries, mostly to be completed by 2021.

In Malaysia, the eight participating states (Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Pulau Pinang and Selangor) have benefited from IMT- GT’s programmes and projects, charting an increase in GDP from US$283 billion in 2011 to US$406 billion in 2016. Nevertheless, the general consensus of the Ministers is that growth in terms of GDP alone could not be considered successful, if it is not translated into real benefits for the people.

The meetings also highlighted the enhancement of human capital and reskilling of the current workforce to meet the future demand of the Fourth Industrial Revolution. In this regard, the Ministers agreed that the mutual collaboration mechanism should expedite the formulation of an IMT-GT Industrial Revolution 4.0 Framework that would among other things prepare for capacity building and development of highly skilled human resource so as
to harness new opportunities, especially in the area of big data, robotics, the Internet of Things, artificial intelligence and blockchain technology.

While coping with this paradigm change is important, in the various sessions the consensus was that the role of the private sector in driving the economy of the subregion cannot be overstressed particularly the importance of increasing participation from small-medium enterprises in the Joint Business Council.

In conjunction with the 24th Ministerial Meeting, the Green Cities Conference was held to serve as a platform for the wider adoption of green innovations and replication of best practices through regional cooperation mechanisms. This is an extension of Malaysia’s effort in pioneering Green Cities Initiative through IMT-GT. Recognising the potential of new sectors, participating states in Malaysia are encouraged to establish appropriate green growth strategies and measures.

The 25th IMT-GT Ministerial Meeting and Related Meetings will be held in Krabi, Thailand in September 2019.

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI

Tindakan Guaman Ke Atas Blogger Toyol of Selangor

Kenyataan Media
26 Jun 2018

Tindakan Guaman Ke Atas Blogger Toyol of Selangor

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali telah meminta pihak guaman yang mewakilinya untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pemilik blog Toyol of Selangor dan mana-mana paparan yang mengulangi fitnah dalam blog tersebut di media sosial dan portal.

Tindakan undang-undang dibuat susulan fitnah kononnya Dato’ Seri Mohamed Azmin mempunyai sejumlah wang RM300 juta yang disimpan di luar negara.

Susulan itu, Dato’ Seri Mohamed Azmin telah meminta pasukan guaman menfailkan permohonan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenal pasti identiti pemilik blog tersebut untuk tindakan susulan.

Tindakan undang-undang ini bertujuan menghentikan penyebaran fitnah yang secara sengaja berniat jahat untuk menggugat kewibawaan dan integriti Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Dato’ Seri Mohamed Azmin sangat kecewa dengan sikap media yang melaporkan fitnah jahat tersebut daripada sumber yang sama sekali tidak berwibawa justeru terperangkap di dalam gejala ‘gutter politics’.

Mohd Hassanal Bolqiah Bin Mohd Yusoff
Setiausaha Akhbar kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi

[Press Statement] Hari Raya Incentive For Felda Settlers

Cabinet has agreed to provide a RM450 incentive to each FELDA settler in conjunction with the upcoming Hari Raya celebration.

112,725 Felda settlers will enjoy the incentives, along with 7,431 other non-members.

This incentive is geared towards reducing the financial burden of these settlers to allow them to celebrate Hari Raya Aidilfitri with their family and friends.

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI
Minister of Economic Affairs

[Kenyataan Media] Insentif Hari Raya Eidul Fitr Untuk Warga Felda

Jemaah Menteri telah bersetuju untuk memberikan insentif berjumlah RM450 kepada setiap ahli Felda bersempena Hari Raya Eidul Fitr tahun ini.

Seramai 112, 725 peneroka Felda akan menikmati pemberian insentif tersebut. Turut akan menerima insentif tersebut adalah seramai 7, 431 peneroka bukan ahli.

Pemberian insentif ini adalah untuk meringankan beban kewangan dan kos sara hidup rakyat menjelang sambutan Hari Raya Eidul Fitr.

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI
Menteri  Hal Ehwal Ekonomi

[Ucapan] Rapat Ramadhan 2018 Bersama Penjawat Awam Negeri Selangor

Alhamdulillah, pagi ini kita dapat bertemu dalam Rapat Ramadhan 1439H bersama anggota perkhidmatan awam Negeri Selangor.

Kita bersyukur kerana diberikan nikmat oleh Allah SWT untuk berada di hari yang ke 19 dalam bulan Ramadhan.

Para sahabat dan Salafus Soleh sering menangis menjelang hujung Ramadhan memandangkan akan berlalunya satu bulan yang sarat dengan barakah dan ganjaran daripada Allah SWT.

Maka, Ramadhan ini bukanlah alasan untuk kita mengurangkan produktiviti sebaliknya Ramadhan adalah satu bulan yang cergas dan lasak dengan kegiatan yang dapat mendekatkan kita kepada Allah SWT serta menunaikan tanggungjawab sebagai anggota perkhidmatan awam.

Dalam konteks ini, umat Islam sering diingatkan bagaimana daya tahan dan kecekalan Baginda Rasulullah SAW dan para sahabat tatkala bertempur dengan golongan Musyrikin dalam Perang Badar Al-Kubra yang berlaku dalam bulan Ramadhan tahun kedua Hijriah.

Justeru itu, saya mengajak anggota perkhidmatan awam untuk terus berdaya maju dan membulatkan tekad untuk berkhidmat dengan tekun dan berintegriti.

Failure is not an option dalam melaksanakan tugas kita untuk membangunkan negeri Selangor dan menjamin kesejahteraan rakyat.

Saya amat gembira dengan prestasi kewangan Negeri Selangor yang telah mencatatkan kedudukan kewangan yang kukuh.

Alhamdulillah, pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, kita telah berjaya melepasi sasaran kutipan hasil negeri. Daripada anggaran sebanyak RM 2.55 bilion, berkat kerja kuat tuan-tuan dan puan-puan dengan kecekapan dan integriti, kita berjaya mencatatkan kutipan sebanyak RM 2.81 bilion atau 110%. Syabas !

Saya juga mengucapkan tahniah kepada tuan-tuan dan puan-puan kerana kita telah berjaya mengurangkan defisit daripada anggaran sebanyak RM 900 juta kepada hanya RM 408 juta. Ini membuktikan Kerajaan Negeri tuntas berpegang kepada prinsip belanja secara berhemah dan mengelakkan ketirisan dan kecuaian.

Satu lagi bukti kecekapan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor adalah kejayaan mengurangkan tunggakan hasil negeri pada tahun 2017 sebanyak 13.36% iaitu sebanyak RM 43.83 juta menjadikan jumlah tunggakan hasil negeri sebanyak RM 284 juta.

Kecemerlangan dan kecekapan dalam pengurusan kewangan terus diterjemahkan dalam prestasi kewangan tahun ini di mana Kerajaan Negeri telah berjaya mengutip hasil hampir RM 1 bilion berbanding anggaran hasil sebanyak RM 2.25 bilion untuk tahun 2018. Ini bermakna dalam lima bulan pertama, kita telah berjaya mengutip hampir 45% daripada sasaran.

Kedudukan kewangan Kerajaan Negeri akan terus diperkukuhkan dan berdaya tahan agar ia dapat memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang menjamin kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat Selangor.

Kerajaan Negeri telah membuktikan bahawa kita dapat melaksanakan perbelanjaan berhemah, memperkukuh budaya kerja cekap dan berintegriti serta menutup ruang-ruang pembaziran dan ketirisan dengan jayanya.

Saya pernah melontarkan Gagasan Selangor Masa Depan Malaysia. Alhamdulillah, harapan saya telah menjadi kenyataan dalam PRU Ke-14. Rakyat Selangor telah memberikan sokongan super majority dan memperkukuhkan kedudukan Kerajaan Pakatan Harapan di Negeri Selangor. Malahan, gelombang kebangkitan rakyat telah mematahkan rekayasa yang ingin membungkam suara rakyat sekaligus membawa perubahan besar di Putrajaya.

Setelah lebih 60 tahun negara ini terbina, rakyat sekali lagi bangkit mencipta sejarah dan membuka lembaran baru dalam kehidupan kita sebagai sebuah bangsa yang berdaulat dan merdeka !

Saya tidak boleh menafikan sumbangan besar anggota perkhidmatan awam Selangor dalam menentukan masa depan negara. Tahniah kepada tuan-tuan dan puan-puan yang mendukung aspirasi rakyat.

Saya mengulangi tekad untuk bersama-sama dengan saudara saudari, anggota perkhidmatan awam untuk berlumba-lumba melakukan kebaikan – fastabiqul khairat demi membina sebuah negara yang wibawa, gagah dan bermaruah.

Tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum bahawa saya telah diberikan amanah untuk menerajui sebuah kementerian baharu yang penting yang bertanggungjawab memacu pertumbuhan ekonomi negara dan mengangkat martabat dan kualiti hidup rakyat Malaysia. Saya amat insaf dengan kepercayaan yang diberikan oleh YAB Perdana Menteri untuk saya menggalas satu tanggungjawab besar dalam suasana yang amat mencabar.

Namun, saya yakin dengan pengalaman di Selangor dan juga pengalaman saya di Kementerian Pendidikan, Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri sebelum ini, Insha Allah, saya mampu mengemudi Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk muncul sebagai kementerian yang cemerlang.

Sebagai memenuhi aspirasi rakyat, saya komited kepada dasar membangun sebuah ekonomi yang kuat dan rancak, mencipta nilai, menjana peluang pekerjaan serta meningkatkan Foreign Direct Investments (FDI).

Pelabur domestik dan pelabur asing akan diberikan jaminan bahawa kerajaan baharu ini adalah business friendly dan mesra pelabur dengan berpegang kepada prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban.

Saya akan merumuskan hala tuju strategik baharu yang bakal memacu daya saing ekonomi negara demi meletakkan kembali Malaysia di kedudukan utama dalam kepimpinan ekonomi rantau ini. Saya juga bertekad untuk memastikan keadilan sosial terlaksana di mana kekayaan negara akan diagihkan secara adil dan saksama.

Kementerian ini sedang dalam persiapan terakhir untuk membentangkan Kajian Separuh Penggal (RMKe-11) di Parlimen pada bulan Oktober 2018 yang bukan sahaja meneliti prestasi dua tahun lalu tetapi akan memuatkan hala tuju baharu ekonomi Malaysia berdasarkan Manifesto Pakatan Harapan.

Saya amat terharu dengan dukungan dan sokongan gemuruh daripada seluruh anggota perkhidmatan awam. Hubungan saya dengan penjawat awam bukan sekadar dalam urusan rasmi tetapi merupakan tautan kasih sayang seperti yang diungkapkan oleh pujangga Shakespeare dalam drama berjudul Julius Caesar, “you are as dear to me as the ruddy drops, that visit my sad heart.”

Beruntunglah Negeri Selangor mempunyai Pegawai Kewangan Negeri yang bukan sahaja tekun bersengkang mata memungut hasil dan menghitung wang, bahkan pagi ini kita terpukau dengan kepetahan Pegawai Kewangan Negeri laksana pujangga yang pandai berpantun.

Maka, pantun yang dijual wajiblah saya membelinya;

Lancang Kuning Lancang Pusaka,
Nampak Dari Tanjung Tuan,
Kalau Kering Laut Melaka,
Barulah Saya Lupakan Tuan.

Mana mungkin saya lupakan hubungan kerja yang cukup akrab dengan YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri yang memimpin pasukan penjawat awam yang terbaik di Malaysia.

Mana mungkin saya lupakan pengalaman empat tahun menggubal belanjawan bersama Pegawai Kewangan Negeri yang teliti dan inovatif dalam merangka belanjawan negeri.

Mana mungkin saya tidak merindui anggota perkhidmatan awam Negeri Selangor yang belum dipanggil sudah datang, belum disuruh sudah dibuat, belum ditanya sudah dijawab.

Saya tahu ayat-ayat rindu dan kata-kata kasih sayang sahaja tidak mencukupi. Maka, sebagai persediaan menghadapi Eid Mubarak, saya dengan sukacitanya mengumumkan Bantuan Khas Kewangan kepada 17,109 orang pegawai dan anggota perkhidmatan awam.

Setelah Pegawai Kewangan Negeri mengira siang dan malam, maka diberi ketahui bahawa anggota perkhidmatan awam negeri Selangor akan dianugerahkan satu bulan gaji yang akan diberikan pada 25 Jun 2018.

Saya turut mendengar rintihan daripada pegawai-pegawai Persekutuan yang merasa mereka dianaktirikan sedang mereka bertungkus lumus untuk membangunkan Selangor dengan dedikasi dan kesetiaan.

Jabatan-jabatan tersebut adalah Jabatan Perhutanan Selangor, Jabatan Kerja Raya Selangor, Pejabat Undang-undang Negeri Selangor, Jabatan Pertanian Negeri Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor dengan bilangan kakitangan keseluruhan sebanyak 755 orang.

Untuk warga ini, Bantuan Khas Kewangan akan turut diberikan sebanyak RM1,000 setiap seorang.

Sayugia, dalam kegembiraan mendapat sagu hati, berbelanjalah dengan berhemah. Jangan sesekali membazir kerana seperti firman Allah SWT dalam Surah al-Israa, ayat 27:

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ
“Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan”

Saya yakin penjawat awam Selangor yang makmur juga sangat patriotik. Mereka turut terpanggil untuk bersama dalam usaha murni mengurangkan bebanan hutang negara yang ditinggalkan oleh pentadbiran lama.

Maka, atas semangat cintakan tanah air, penjawat awam Selangor terdorong untuk menyumbang sebanyak 10% daripada Bantuan Khas Kewangan kepada Tabung Harapan Malaysia. Namun, sumbangan patriotik ini hanya dikenakan kepada Pegawai Gred 44 dan ke atas.

Sudah tiba saat dan detik ketikanya untuk saya mengucapkan selamat tinggal kepada anda semua. Bagaimana pedih dan berat sekalipun, hakikat perpisahan ini perlu saya tempuhi. Berat kaki melangkah, sayu di hati siapa yang tahu, rindu hatiku tidak terkira.

Namun, yakinlah Selangor dan kalian semua tetap di hati.

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Kullu Am Wa Antum Bi Khair,
Maaf Zahir dan Batin.