AZMIN ALI

Day: May 27, 2020

Lawatan kerja Menteri Kanan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ke Kedah

YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kanan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan mengadakan lawatan kerja sehari ke negeri Kedah Darul Aman esok, 28 Mei 2020.

YB Menteri dijadualkan mengadakan kunjungan hormat dengan Menteri Kedah YAB Muhammad Sanusi Md Nor di Wisma Darul Aman pada 2 petang. Pertemuan bagi kedua pemimpin ini adalah yang pertama sejak YAB Muhammad Sanusi dilantik sebagai Menteri Besar Kedah pada 17 Mei 2020.

Dalam kunjungan hormat ini YB Dato’ Seri Azmin dijangka akan berbincang dengan YAB Menteri Besar berhubung kedudukan peluang pelaburan di negeri itu dan bagaimana negeri Kedah mampu terus menjadi tarikan pelabur asing pasca COVID-19 selain menjadi hab pembuatan bagi sektor-sektor terpilih.

Di samping itu YB Dato’ Seri Azmin juga dijangka mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua perniagaan setempat serta pemimpin komuniti tempatan.

-TAMAT-

YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali
Menteri Kanan
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
27 Mei 2020