AZMIN ALI

Author: Azmin Ali

[ UCAPAN ] RAPAT RAMADHAN BERSAMA PENJAWAT AWAM NEGERI SELANGOR

Alhamdulillah pagi ini kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam bulan Ramadhan sempena program Rapat Ramadhan bersama penjawat awam Negeri Selangor.

Saya cuba memikirkan apakah pengisian ucapan saya pagi ini. Amat sukar kerana saya tahu, apa juga yang saya bahaskan pagi ini, saudara hanya ingin tahu satu perkara; ada bonus atau tidak ? Namun, izinkan saya memulakan dengan kembali kepada tema kita hari ini iaitu Rapat Ramadhan.

Beberapa bulan yang lalu, kita sering membaca doa :

 

Ya Allah, berkatkanlah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Sya’ban; dan temukanlah kami dengan bulan Ramadhan.

 

Alhamdulillah, doa kita dimakbulkan oleh Allah SWT dan hari ini, kita adalah di kalangan umat Muhammad yang terpilih untuk berada dalam bulan Ramadhan.

Ramadhan ini adalah bulan yang penuh barakah, satu-satunya bulan yang difardhukan ibadah puasa.

Apakah matlamat ibadah puasa ? Allah SWT menerangkan dalam firmanNya :

 

“Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”

 (Surah Al – Baqarah : 183)

 

Justeru, marilah kita menghayati Ramadhan dengan pelbagai usaha kebajikan (al-khairat) dan kebaikan (al-khair). Sesungguhnya, Ramadhan adalah Madrasah Ruhiyyah yang menawarkan tawbah dan ghufran (taubat dan keampunan).

Beberapa hari yang akan datang, InshaAllah, kita akan menyambut Nuzul Quran, yang mana Allah telah menurunkan Al Quran di bulan Ramadhan sebagai panduan mengatur cara hidup manusia demi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT :

 

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”

(Surah Al – Baqarah : 185)

 

Ramadhan sarat dengan ganjaran daripada Allah SWT dengan syarat kita melakukan ibadat dengan ikhlas untuk mendapat redha Allah SWT. Kita digalakkan untuk meningkatkan ibadah kita seperti solat tarawikh berjemaah, bertadarus, bertadabbur, qiam dan bersedekah. Ini lah amalan yang akan dikurniakan ganjaran pahala yang besar oleh Allah SWT.

Ramadhan juga adalah bulan untuk memupuk silaturrahmi dan ukhwah sesama Islam dan sesama umat manusia.

Pada bulan Ramadhan, kita juga dikurniakan oleh Allah SWT dengan malam Lailatul Qadar, satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Ini merupakan satu keistimewaan untuk umat Nabi Muhammad SAW yang senantiasa beribadat dan beramal secara ikhlas dan tuntas.

Sekiranya saya umumkan sesiapa yang bekerja hari Ahad akan mendapat bonus 3 bulan gaji, pastinya Bangunan SUK ini sesak dengan pegawai dan anggota perkhidmatan awam. Namun, pada hari Ahad semalam apabila saya datang bekerja di pejabat, hanya saya seorang di dalam bangunan ini.

Oleh itu, marilah kita menjadikan Ramadhan tahun ini sebagai peluang untuk kita beribadah dan meningkatkan amalan kita kepada Allah SWT.

Ramadhan ini bukan satu bulan yang melemahkan umat Islam.

Malahan, Ramadhan adalah satu bulan yang membentuk disiplin, menyuntik semangat perjuangan dan menjana kekuatan baru untuk beroleh kemenangan pada 1 Syawal. Ini lah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dalam Perang Badar. Ini membuktikan bahawa Ramadhan adalah peluang untuk kita menggilap semangat dan idealisme perjuangan serta memperkukuh perpaduan.

Maka, Ramadhan adalah satu bulan yang menuntut kita untuk cekal, gigih dan bersemangat untuk beramal bagi mendapat ganjaran daripada Allah SWT supaya kita keluar daripada Ramadhan ini sebagai manusia yang berjaya dan cemerlang dengan fitrah insani yang cintakan kebaikan, keadilan, kebenaran serta kasih dan hormat sesama manusia.

Selain dari perjuangan melawan hawa nafsu, ibadah puasa juga mempunyai dimensi pertanggungjawaban sosial. Ibadah puasa mempunyai makna yang amat mendalam kepada mereka yang memegang amanah sebagai penjaga dan pelindung harta dan khazanah negeri.

Satu lagi dimensi kemasyarakatan ibadah puasa adalah menyuntik sikap empathy, semangat merasai denyutan nadi kesusahan dan keperitan kehidupan orang lain. Sikap empathy atau saling merasai adalah asas kepada social solidarity.

Bagaimana mungkin kita dapat laksanakan keadilan sosial dalam masyarakat; kalau kita tidak mengerti apa itu kemiskinan. Saya bukan anak bangsawan. Saya adalah pengembala kambing tatkala berumur 15 tahun. Saya seorang pekebun tanaman kontan di Empangan Klang Gates. Saya juga pernah menternak ayam daging di kampung saya. Saya juga adalah buruh binaan dalam projek perumahan di Taman Melawati. Saya pernah bekerja di dapur Restoran Jepun ketika menunggu keputusan SPM.

Dalam  sebuah masyarakat majmuk dan rencam, dan Selangor adalah negeri yang paling majmuk penduduknya, kita perlu membina social solidarity. Semangat kesepaduan masyarakat ini telah kita terjemahkan dalam pelaksanaan program sosial seperti food stamp, mikrokredit HIJRAH, perkhidmatan bas percuma Smart Selangor, perumahan mampu milik dan lain-lain. Hasil dari segala program ini telah menjadikan Selangor semakin makmur dan rakyatnya bersatu padu.

Kejayaan pelaksanaan dasar Kerajaan Negeri yang peduli rakyat adalah hasil kesatuan antara eksekutif dan penjawat awam. Sejak saya mengambil alih kepimpinan selaku Dato’ Menteri Besar, saya bersyukur kerana dikurniakan sebuah pasukan penjawat awam yang berwibawa, produktif dan memiliki semangat untuk melaksanakan yang terbaik untuk Negeri Selangor.

Izinkan saya mencerakinkan beberapa kisah kejayaan Negeri Selangor.

Prestasi kutipan hasil negeri bagi tempoh 5 bulan 2 minggu telah mencatatkan RM 1.65 bilion iaitu 73.3% daripada RM 2.25 bilion yang diunjurkan dalam Belanjawan 2016. Pencapaian ini adalah yang tertinggi dalam sejarah kewangan Negeri Selangor.

Rezab Negeri pada 16 Jun 2016 mencatatkan jumlah sebanyak RM 4 bilion berbanding RM 3.23 bilion pada 31 Disember 2015.

Perbelanjaan mengurus sehingga 16 Jun 2016 mencatatkan 43.7% dan perbelanjaan pembangunan 28.3% dalam tempoh yang sama. Kerajaan Negeri akan terus memantau pelaksanaan perbelanjaan secara berhemah dan telus manakala pelaksanaan projek-projek pembangunan akan dilaksanakan mengikut jadual dan menjamin kualiti demi kesejahteraan rakyat.

Keyakinan pelabur asing dibuktikan dengan statistik MIDA yang melaporkan kejayaan Selangor mencatatkan kedudukan di tangga kedua dalam pelaburan sektor perkhidmatan dengan nilai pelaburan RM 2.36 bilion. Selangor juga berjaya menduduki tempat ketiga dalam pelaburan sektor pembuatan dengan jumlah pelaburan bernilai RM 7.96 bilion.

Lawatan kerja saya bersama Invest Selangor ke Negara Jepun bulan lalu telah menghasilkan kejayaan besar untuk menarik pelabur-pelabur Jepun mengekalkan Selangor sebagai destinasi pelaburan. Syarikat gergasi antarabangsa Toyota Motor Corp telah bersetuju membawa masuk pelaburan baru bernilai RM 2 bilion untuk membina kilang di Bukit Raja, Klang.

Ini merupakan pelaburan terbesar yang dibuat oleh pihak UMW Toyota Motor Sdn Bhd yang dijangka akan mengeluarkan 50 ribu unit kereta setahun bagi permintaan global.

Usaha ini akan dapat mewujudkan pekerjaan baru bagi rakyat Selangor khususnya graduan yang mempunyai kemahiran dalam sektor otomotif dan kejuruteraan.

Manakala, Yusen Logistics Co. Ltd. menerusi Tasco Berhad pula akan membangunkan kemudahan gudang bertingkat di Seksyen 22, Shah Alam dan di Westport, Pelabuhan Klang dengan pelaburan sebanyak RM 400 juta.

Sony Corporation akan membangunkan sebuah Pusat R&D di Bangi untuk menempatkan lebih 700 orang jurutera dan tenaga kerja profesional dengan jumlah pelaburan awal sebanyak RM 40 juta.

Ini lah kejayaan Selangor. Kita bersyukur, kita adalah sebahagian yang mencipta kegemilangan ini di Negeri Selangor.

Kegawatan politik dan kecurangan pengurusan ekonomi dan kewangan di Putrajaya memberikan imej yang sangat negatif di kalangan masyarakat antarabangsa.

Namun, alhamdulillah, Selangor terus muncul sebagai sebuah negeri yang menerima pelaburan dalam dan luar negara. Ini sudah pasti kerana Selangor memiliki kepimpinan (we provide a strong leadership) dan mempertahankan urus tadbir yang cemerlang dengan prinsip ketelusan, keterbukaan dan kebertanggungjawaban.

Sudah tentulah kejayaan dan kecemerlangan ini merupakan hasil kerja keras dan dedikasi yang ditunjukkan oleh setiap penjawat awam di Negeri Selangor. Ini termasuklah membudayakan nilai-nilai kerja yang baik seperti nilai integriti dalam profesionalisme perkhidmatan awam di Negeri Selangor.

Kita begitu berjaya sehingga ada yang cemburu dengan kejayaan kita bersama. Mereka melakukan fitnah dan tohmahan untuk menghakis keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Negeri dan melemahkan semangat bekerja. Jangan lemah semangat.

Saya bersyukur tuan-tuan sabar, tidak tergugat dan terus istiqamah. Kita tidak perlu gentar dengan tindakan mereka yang cemburu dan hasad. Kita harus bekerja, bekerja dan terus bekerja dengan ikhlas dan jujur untuk rakyat.

Akhirnya, sekali lagi saya mengulangi rasa terima kasih dan penghargaan kepada penjawat awam di Negeri Selangor. Tetapi, tidak wajarlah hanya mengungkap ucapan terima kasih tanpa insentif sebagai pengiktirafan.

Sebagai tanda terima kasih Kerajaan Negeri dan setelah berjaya meyakinkan Pegawai Kewangan Negeri selepas solat tarawikh malam tadi, maka saya dengan tawaduk mengumumkan tiga insentif untuk anggota perkhidmatan awam Negeri Selangor.

Pertama, mengambil kira prestasi kewangan negeri yang stabil dan kukuh, saya mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sempena Sambutan Eidul Fitr untuk seluruh anggota perkhidmatan awam Negeri Selangor sebanyak 1.5 bulan gaji.

Pemberian ini akan dibayar pada 1 Julai 2016 dan melibatkan pembayaran sebanyak RM 45.6 juta untuk menghargai khidmat 17,528 orang penjawat awam Negeri Selangor.

Kedua, Kerajaan Negeri amat prihatin di atas beban kos sara hidup yang semakin meningkat. Justeru itu, untuk meringankan beban kos sara hidup di kalangan anggota perkhidmatan awam, Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberi dua kenaikan gaji bagi tahun ini iaitu satu kenaikan biasa dan satu lagi kenaikan khas.

Kerajaan Negeri akan menyediakan peruntukan sebanyak RM 6.83 juta bagi satu kenaikan gaji mulai 1 Julai 2016.

Insentif yang ketiga. Kerajaan Negeri bersetuju memperuntukkan sebanyak RM 11.2 juta untuk kenaikan baru bayaran Imbuhan Tetap Perumahan bagi penjawat awam Gred 41 ke bawah daripada RM 180 kepada RM 300.

Saya ingin mengingatkan agar kita sentiasa bersederhana dan berjimat dalam perbelanjaan. Kerajaan Negeri mempunyai keupayaan untuk memberikan insentif ini kerana pengurusan kewangan yang telus, berhemah dan bertanggungjawab.

Akhirnya, marilah kita bersama-sama dibulan yang mulia ini menggilap semangat kerja dan etika profesionalisme untuk membangunkan Negeri Selangor sebagai sebuah negeri Baldatun Thoyyibatun Wa Rabbun Ghafur – Negara yang aman, makmur serta mendapat keampunan daripada Allah. Semoga Allah SWT menerima amalan kita semua, InshaAllah.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitr. Saya memohon ampun dan maaf sekiranya dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab ini, sekiranya ada kelemahan dan kesilapan dalam tindakan dan tutur kata. Semoga Eidul Fitr tahun ini akan memperkukuhkan ukhwah di kalangan kita.

Saya juga menjemput seluruh anggota perkhidmatan awam dan keluarga untuk bersama-sama meraikan Majlis Rumah Terbuka Sempena Sambutan Hari Raya Eidul Fitr Perdana Peringkat Negeri Selangor 2016 pada 9 Julai 2016 (Sabtu), 4 Syawal 1437H, bertempat di Padang MPAJ AU 2, Taman Sri Keramat, Hulu Kelang, Gombak.

 

Tiga berita gembira hargai komitmen penjawat awam

SHAH ALAM, 20 JUN: Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri sebanyak satu bulan setengah gaji kepada kakitangan Kerajaan Negeri.

Beliau berkata, seramai 17,528 penjawat awam Selangor bakal menerima bantuan itu pada 1 Julai ini melibatkan peruntukan RM45.6 juta.

“Tidak wajarlah sekadar ucapan terima kasih atas komitmen penjawat awam tanpa sebarang insentif.

“Maka, kita bersetuju memberikan tiga insentif termasuk bantuan kewangan aidilfitri, kenaikan gaji sebanyak dua kali bagi 2016 dan kenaikan imbuhan tetap perumahan,” katanya di hadapan lebih 1,000 penjawat awam.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Rapat Ramadan Bersama Perkhidmatan Awam Selangor di SUK hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad dan barisan Exco Negeri.

Himpunan Bulanan Penjawat Awam host MBSA MB Azmin Bonus (ASRI) (5)Mohamed Azmin berkata, penjawat awam bakal menerima dua kenaikan gaji iaitu kenaikan biasa dan kenaikan khas.

“Sejumlah RM6.38 juta sudah disediakan bagi kenaikan pertama bermula 1 Julai ini.

“Sementara itu, RM11.2 juta peruntukan untuk kenaikan baru imbuhan tetap perumahan bagi penjawat awam Gred 41 ke bawah, daripada RM180 kepada RM300,” katanya disambut sorakan hadirin.

Sumber : Selangorkini

[UCAPAN] Sambutan Hari Wesak 2016

Pada malam ini kita berhimpun dalam semangat yang penuh muhibbah untuk meraikan Hari Wesak 2016 bersama-sama seluruh masyarakat Buddha.

Sambutan Hari Wesak mempunyai nilai-nilai universal  yang mengajar erti kesederhanaan dan keharmonian dalam kehidupan berkomuniti.

Kita sedar, sejak kebelakangan ini, muncul kelompok kecil yang minoriti termasuk dari kalangan masyarakat Melayu Islam yang mempamerkan sikap tidak toleran sehingga masyarakat Islam itu dikaitkan dengan sikap sombong, arrogant dan keras.

Kerajaan Negeri mahu menegaskan bahawa pentadbiran ini sama sekali tidak mewakili suara mereka. Menjadi tanggungjawab kita menghormati hak agama lain tanpa sedikitpun mengurangkan keyakinan terhadap agama kita sendiri.

Ini yang dijelaskan oleh Al Quran melalui prinsip Li Taarafu ; kenal mengenal serta menghormati perbedaan kaum dan warna kulit. Ditegaskan dalam Islam bahawa Allah SWT tidak menilai seseorang itu melalui pangkat atau darjat. Pangkat dan darjat itu bukan ukurannya sebaliknya akhlak dan etika. Seseorang itu mungkin paling miskin atau tidak mempunyai apa-apa pangkat, tetapi lebih mulia di sisi tuhan.

Justeru itu, kita dituntut untuk memuliakan insan.

Perayaan ini juga menganjurkan sikap berbakti dengan tulus ikhlas kepada mereka yang kurang bernasib baik. Justeru, nilai ini menjadi inspirasi kepada pelbagai lapisan masyarakat Malaysia yang rencam untuk menganjurkan aktiviti kebajikan, bergotong royong dan membantu masyarakat yang menghadapi kesusahan.

Kesedaran tersebut adalah selaras dengan usaha Kerajaan Negeri untuk melaksanakan dasar dan program yang berlandaskan prinsip adil dan ihsan kepada rakyat tanpa mengira agama dan latar belakang.

Mendepani cabaran pada hari ini, Kerajaan Negeri tuntas untuk memastikan agar setiap rakyat di Negeri Selangor mengecapi nikmat daripada hasil kekayaan negeri.

Kita bersyukur, Rezab Negeri setakat 16 Mei 2016 sebanyak RM 4.034 bilion.

Prestasi kutipan hasil negeri pada tahun ini juga telah melonjak kepada RM 1.41 bilion berbanding dengan anggaran Belanjawan 2016 sebanyak RM 2.25 bilion. Hasil ini adalah sebanyak 62.5% berbanding 52% bagi tempoh yang sama pada tahun lalu.

Sudah tentulah kejayaan dan kecemerlangan pentadbiran ini merupakan hasil daripada sokongan dan dukungan rakyat kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang berterusan mempertahankan integriti dan urus tadbir yang baik.

Kita yakin toleransi kaum dan agama akan menjamin kemakmuran negeri dan memacu pertumbuhan sosio ekonomi di Negeri Selangor. Oleh itu, saya ingin memberi jaminan bahawa tidak akan ada satu pun kelompok masyarakat yang akan tersisih daripada hak mereka untuk mengamalkan kebebasan agama sepertimana yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Kita akan memastikan keamanan negara ini dipertahankan. Semangat untuk memastikan keadilan dan kasih sayang akan terus dipertahankan di negeri ini tidak kira kepada orang Islam, Kristian, Buddha dan Hindu.

Sebagaimana peringatan Quran menerusi ayat Khalimatun Sawa, yang juga ditegaskan dalam Bible, prinsip keadilan juga ditegaskan secara universal. Kita mungkin menganuti agama yang berbeza tetapi tujuan kita sama, demi kasih sayang, keadilan dan kemuliaan insan. Menjadi harapan Kerajaan Negeri agar setiap matlamat ini menjadi perjuangan kita bersama.

Akhirnya, saya ingin merakam rasa penghargaan dan berterima kasih kepada yang menjayakan majlis yanh penuh bermakna ini terutamanya kepada Selangor Buddhist Development Council yang begitu gigih menjaga kepentingan masyarakat Buddha di negeri ini.

 

 

 

 

Maka dengan penuh takzim dan muhibbah, marilah kita bersama-sama menyempurnakan Sambutan Hari Wesak 2016 Peringkat Negeri Selangor.

[PRESS RELEASE] Victory For A Democratic Malaysia.

PRESS STATEMENT

24 MAY 2016

I applaud the High Court decision yesterday dismissing the libel suit against Malaysiakini.

In accepting the defence of qualified privilege put forth by Malaysiakini, the decision sends a clear signal that justice will be on the side of bold, independent but responsible journalism.

Coming in the wake of the government’s crackdown on the voices of dissent with the unfettered use of archaic but draconian laws, it is therefore a victory for a democratic Malaysia.

I congratulate Malaysiakini for blazing the trail in investigative journalism and reporting without fear or favour and maintaining fairness and impartiality in its coverage.

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI

[SPEECH] SEMINAR ON SELANGOR THE ECONOMIC POWERHOUSE OF MALAYSIA

SPEECH AT SEMINAR ON SELANGOR THE ECONOMIC POWERHOUSE OF MALAYSIA

THE JAPAN SOFT LAUNCH OF  SELANGOR INTERNATIONAL EXPO 2016

 

MONDAY, 16 MAY 2016

TOKYO, JAPAN

 

 

 

  1. Thank you Mr Chairman. First and foremost, I would like to thank all the participants for signing up for this morning’s seminar and to grace our soft launch of the Selangor International Expo.
  1. I am grateful to be able to share with you some thoughts about how Japan and the State of Selangor can further build upon the solid and vibrant economic investment relationship currently existing.
  1. In 2014, the Japan External Trade Organisation indicated that the Japanese investments to Malaysia totalled USD972 million. That, by itself, was a sizeable amount. But in 2015, Japanese investments to Malaysia rose three-fold to USD2.8 billion. Now, that is a very remarkable increase.
  1. This is even more significant considering that during the same period, the GDP of Japan actually fell by more than US500 billion.
  1. As you know, Selangor is the most economically advanced state in Malaysia, being the largest contributor to the nation’s GDP, and that sets the dynamics for even greater expansion. This is also one overarching factor why Selangor remains the first destination for foreign investments.
  1. As between, Japan and Selangor, there is already a good and impressive investment relationship which goes back in history to the 1960s starting with two premium brand names before other well-known household names started to set up base on Malaysian shores, and more so in Selangor.
  1. Nevertheless, there are still vast resources not fully tapped which the state of Selangor can offer. So, my colleagues and I are here today to tell you a bit more about why Japan can further increase investments in ASEAN and, particularly, in Malaysia.
  2. As you can see, our tagline is “SELANGOR, THE GATEWAY TO ASEAN”. There are many reasons why we are saying this.
  1. First, in accordance with the standard set by international best practices, we adopt a strict policy of transparency and accountability in approval and regulatory processes.
  1. This is also called the “no-nonsense approach” to business. I daresay that this resonates well with established business cultures and in this regard, Japan is one of the leading examples of that culture.
  1. As you would have heard from your colleagues who have operated in Malaysia, and particularly, in the State of Selangor, in the last eight years, since the new State government came into office, many Japanese companies have benefited from our transparent administration and way of doing business vis-à-vis our foreign investors.
  1. Secondly, we are taking several key initiatives specifically to boost the investment potential of Selangor. What are these new initiatives?
  1. Building on our past business relationships, we want to strengthen that further by creating new partnerships as new opportunities arise across the wide spectrum of economic activities that may be explored.
  1. For example, there is so much potential for collaboration between Japanese businesses and Selangor in the areas of life sciences and halal products.
  1. We are home to one of Malaysia’s major life sciences clusters of which there are three growth areas – medical tourism, manufacture of medical devices and pharmaceuticals.
  1. With our excellent infrastructure as well as strategic location, Selangor is the best state in Malaysia to promote medical tourism which is slated as one of the top growth sectors in Asia.
  1. For the medical devices industry, Selangor is home to the rubber glove industry recognised for its global leading brands. But we are also gradually shifting towards the manufacture of non-rubber based medical devices made from plastics, silicone and metal alloys, which are higher in value and at the same time providing cost advantage for Malaysia healthcare providers.
  1. As for the pharmaceutical industry, it is currently in the early stage of development. About 75% of Malaysia’s pharmaceutical market relies on imported generic and patented drugs. But with the expiry soon of patents on several major drugs, we are poised to exploit the commercial and economic opportunity in generic drug manufacturing. So, here again are vast potentials for growth and investment.
  1. As the biotechnology sector gains momentum to being the upcoming growth engine for Malaysia, Selangor is preparing itself early for the next wave of growth. The state already has a substantial foundation including three out of the five top research universities in the nation are located in this state.

 

  1. Selangor intends to further develop and strengthen this particular biotechnology sector through international partnerships. It is here we believe that Japan, with its advances in this field, will have much to offer.
  1. In terms of the latest developments in the life sciences, we set up the Selangor Bio Council just last February and we also have the Selangor Bio Bay Development. These are very interesting topics for investment potential and my colleagues will talk more about this later.
  1. Selangor in turn has an urbanisation level of 91.4 per cent producing a vibrant and demanding consumer society and in this regard, there is much to offer to Japanese companies for growth and expansion.
  1. Thirdly, in the area of halal products, Selangor’s dedicated halal hub at an area known as Pulau Indah or “Beautiful Island” in the Malay language, provides a conducive halal ecosystem for companies to produce world-class halal products for the global market.
  1. The core activities of Selangor Halal Hub, measuring some 283 hectares, are in palm oil derivatives, additives, industrial chemicals, cosmetics and personal care, food and beverage, pharmaceuticals, and lifestyle and services.
  1. Selangor is home to Nestle Malaysia’s Global Halal Centre of Excellence, which is the biggest halal producer of the Nestle Group, one of the world’s largest food producers. Out of 150 halal Nestle factories worldwide, seven are located in Malaysia.
  1. That alone speaks volumes about Malaysia, and especially Selangor, as the ideal halal hub. The hassle-free procedures for obtaining licensing for the setting up of halal businesses makes the Selangor Halal Hub an ideal choice for companies intending to make serious inroads into the halal industry. This is because we have a company dedicated to assisting all investors in the halal hub.
  1. With an estimated Muslim population of 1.8 billion globally and annual market for halal food products at more than US$600 billion, Malaysia has positioned itself as one of the serious players in the halal market.
  1. In this regard, it should be noted that in August 2014, we established Halal International Selangor (HIS), primarily aimed at capitalising on the market capacities and the vast growth potential in the Global Halalan Thoyyiban Industries. My colleague will be addressing the subject in greater detail. Suffice it for me to just say that we in Selangor are aiming for a leadership position in the global market, catering to all corners of the world.
  1. The Selangor Halal Hub is certified as a HALMAS Halal Park Operator. This means that investors establishing factories there are eligible for special tax incentives from the government.

 

  1. They include 100 per cent income tax exemption for 10 years on qualifying capital expenditure or income tax exemption on export sales for five years, and exemption from import duty and sales tax on raw materials used for the production of halal promoted products and double deduction on expenses incurred.
  1. As you know, we are organising the Selangor International Expo 2016 from Oct 20 to 22 back in Malaysia.
  1. The Expo aims to showcase potential business opportunities and partnerships in Selangor’s three dedicated clusters, namely life sciences, halal and e-commerce.
  1. We want to encourage many of your esteemed companies to participate in this expo, to profile all your advancements and also undertake various business matching opportunities that can lead to various investments, collaboration and partnerships.
  1. Finally, Selangor, as Malaysia’s leading industrialised state with advanced transportation and industrial infrastructure in terms of international airports, seaports, rail links, highways and industrial clusters, has seen its GDP grow by 6.7 per cent to RM227 billion in 2014.
  1. Also known as the “Golden State”, Selangor through Invest Selangor has attracted investments valued at more than RM130 billion from all over the world to invest in the state in the last 16 years.
  1. I just want to assure you that we will remain consistent in doing things the way we have been doing with successful Japanese companies here. There will be no sudden change of policies that will create uncertainty.
  1. For those that had been successful, please continue your success with us. For those that have yet to taste success with us, we welcome you with open arms.
  1. On that positive note, I end once again with many thanks for giving me this opportunity to explain our investment mission, the strong ties and partnerships we want to forge ahead and attracting many of you to see the various investment opportunities in the state of Selangor, the Gateway to ASEAN !

 

Thank you once again.