[BERITA] DYMM Sultan rasmi istiadat pembukaan Sidang Dewan Negeri Selangor

IMG_6982 IMG_6974 IMG_6978 IMG_6975 IMG_6976 IMG_6977 IMG_6981 IMG_6980

Sumber : Selangorku.com

SHAH ALAM, 28 MAC : Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mencemar duli merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Istiadat dimulakan dengan Pemeriksaan Kawalan Kehormat Utama oleh DYMM Sultan diiringi Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Speaker DNS, Dewan Hannah Yeo seawal jam 9.30 pagi.

SultanSeramai 56 Adun Selangor dan Dif-Dif Kehormat hadir menyaksikan pemeriksaan kawalan kehormat utama dan Pancaragam Pusat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Sementara itu, Tuanku Sultan dalam Titah ucapan perasmiannya berharap pentadbiran negeri terus ditadbir secara bertangungjawab dengan prinsip ketelusan dan cekap.

Tuanku berharap DNS terus menjadi kebanggaan pentadbiran Selangor.

“Beta mahu negeri ini menjadi negeri Smart State di peringkat antarabangsa.

“Beta percaya rakyat Selangor amat teruja menuju ke arah gagasan Smart Selangor,” titah Baginda Sultan.