[BERITA] Lebih 1,500 hadiri Sambutan Tahun Baru Cina Parlimen Gombak

rsz_cny1 rsz_cny2 rsz_cny3 rsz_cny4

Sumber : Selangorku.com

GOMBAK, 15 FEB: Hujan lebat tidak menghalang kira-kira lebih 1,500 tetamu hadir ke Majlis Rumah Terbuka Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina peringkat DUN Gombak Setia dan Parlimen Gombak malam tadi.

Majlis yang turut dihadiri Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali itu berlangsung meriah dengan dihadiri masyarakat pelbagai kaum kawasan itu.

Adun Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzwan, berkata keadaan ini membuktikan kesepakatan masyarakat berbilang bangsa di negeri termaju itu.

“Pihak kami menyediakan meja makan untuk seribu orang dengan pada kesemua tempat sudah dipenuhkan sejak awal tadi,” kata Hasbullah ketika menyampaikan ucapan alu-aluannya di sini, malam tadi.

Pada majlis rumah terbuka itu turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa pemimpin peringkat negeri dan nasional seperti Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan & Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen dan ramai lagi.

Para hadirin turut dihiburkan dengan beberapa persembahan kebudayaan masyarakat Cina seperti Tarian Singa, Tarian Naga dan paluan gendang Cina.

Article by Azmin Ali