[BERITA] Perkukuh Perpaduan Hadapi Cabaran Ekonomi

CGM CGM2

 

Sumber : Selangorku.com

KLANG, 20 FEB: Kerajaan Negeri Selangor masih berdiri kukuh walaupun dijangka menghadapi cabaran ekonomi pada tahun ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata hal itu didorong daripada kepelbagaian kaum yang merupakan aset kekuatan negeri untuk terus mencapai status negeri maju yang berdiri kukuh.

Beliau turut mengajak semua kaum untuk terus membangun bersama supaya ia menjadi kekuatan dalam masyarakat setiap lapisan.

“Ini bukan paksaan. Tapi ia pilihan daripada hati yang mahu hidup dalam suasana aman damai.

“Walaupun tahun ini dijangka hadapi banyak cabaran dari segi politik, ekonomi dan kejatuhan mata wang, namun perlu siap sedia hadapi cabaran.

“Kita perlu bersiap sedia untuk bersama-sama hadapi cabaran ini. Di Selangor kita bertuah kerana ia masih kukuh,” katanya ketika merasmikan Sambutan Perayaan Chap Goh Mei, di Bangunan Persatuan Hokkien, di sini.

Mohamed Azmin berkata semua pihak termasuk pemimpin perlu memastikan diri tidak terbabit dengan penyelewangan.

“Jika ada, kita hadapi masalah besar. Ini cabaran kita sama ada di peringkat negeri mahupun pusat.

“Amalkan sifat integriti, ketelusan dan kebertanggungjawab untuk kita bawa perubahan bukan untuk diri sendiri,” katanya.

Article by Azmin Ali