AZMIN ALI

LATEST

Category: Berita

Raja Berjiwa Rakyat

Iftar bersama DYMM Sultan Selangor

klik sini untuk galeri gambar

Tuanku Sultan Selangor baru sahaja berangkat balik dari Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya untuk fakir miskin dan anak-anak yatim dalam Parlimen Gombak. Atas sifat Ahli Parlimen Gombak, saya turut menyambut keberangkatan Tuanku dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ke majlis ini yang disempurnakan di Masjid Al Syakirin, Batu 6 Jalan Gombak. Turut hadir ialah YAB Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, pemimpin-pemimpin masyarakat, pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan ketua-ketua jabatan serta lebih 1,000 rakyat Gombak. Tuanku Sultan bersama-sama umat Islam menyempurnakan 20 rakaat Solat Tarawikh dan disusuli dengan Solat Witir dan kemudian berangkat ke majlis morei.

Tuanku Sultan sempat bertitah kepada saya sejurus sebelum Solat Isya’ tentang pembangunan umat Islam di daerah Gombak. Saya turut memaklumkan kepada Tuanku Sultan tentang perbincangan saya baru-baru ini dengan Persatuan Kebajikan Gombak Setia ( PKGS ) untuk memelihara kepentingan dan masa depan hartanah orang-orang Melayu dan umat Islam di Gombak Setia.

Pada majlis ini, Tuanku telah berkenan untuk menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada lebih 200 penerima di kalangan fakir miskin dan anak-anak yatim dalam Parlimen Gombak. Sesungguhnya zakat itu adalah tuntutan Allah SWT ke atas umat Islam demi kepatuhan dan ketaqwaan kita kepadaNya.

Pada kesempatan ini, saya ingin menyeru kepada mereka yang berkemampuan untuk membayar zakat dan menyumbang kepada yang memerlukan pembelaan. Semoga Allah SWT akan terus menyuburkan perniagaan mereka dan semoga dimurahkan rezeki para dermawan dan pembayar zakat.

Bagi pihak seluruh rakyat Gombak, saya menjunjung kasih di atas limpah perkenan Tuanku untuk mencemar duli dan berangkat ke majlis yang murni ini untuk bersama-sama dengan rakyat dalam Parlimen Gombak.

AZMIN ALI

Jadual aktiviti YB Azmin

1 September 2009 ( Selasa )

Iftar dan Solat Maghrib
Tempat : Surau Al – Falahiah, Lot 1097 Jalan Haji Mokhtar, Kampung Pasir, Hulu Kelang
Masa : 7.21 pm

Solat Isya’ dan Solat Tarawikh
Tempat : Surau Sri Baiduri, Ukay Perdana
Masa : 8.30 pm

2 September 2009 ( Rabu )

Solat Isya’ dan Solat Tarawikh
Tempat : Surau Al – Islamiah, Jalan Nirwana 43, Taman Nirwana Fasa II
Masa : 8.30 pm

Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan majlis.

PEJABAT YB AZMIN ALI

Jadual aktiviti YB Azmin

Jadual program YB Azmin Ali pada 31 Ogos 2008.

Solat Isya’ dan Solat Tarawikh
Tempat : Masjid Al – Ittifaqiyah Jalan SG 1 / 26, Taman Seri Gombak
Masa : 8.30 Malam

Orang ramai khususnya penduduk di kawasan Taman Seri Gombak dijemput hadir. Bersama kita tingkatkan amalan pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

PEJABAT YB AZMIN ALI

*Pembetulan : Program hari ini di Masjid Al – Ittifaqiyah dan bukan di Surau Al Taqwa. Maaf atas kesilapan yang berlaku

Ceramah Perdana “Kembalikan Negara Hukum dan Hak Rakyat

Ceramah Perdana “Kembalikan Negara Hukum dan Hak Rakyat.

Penceramah : Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Azmin Ali, YB Sivarasa Rasiah dan YB Zuraidah
kamaruddin.

Tarikh : 8 Julai 2009 (Rabu)

Masa : 8.30 Malam

Tempat : Dewan Dato’ Ahmad Razali, Jalan Ampang.

Sila datang beramai-ramai dan sebar kepada sahabat handai dan penyokong juga pendokong
Keadilan.

Azmin Ali

PEGUAM: TIADA BUKTI ANWAR LIWAT SAIFUL

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa kebanyakan bukti penting
– yang diperlukan untuk mensabitkan ketua pembangkang itu dengan tuduhan liwat – tidak
ada dalam laporan perubatan yang disediakan oleh Hospital Kuala Lumpur.

Menurut mereka, laporan perubatan itu yang dikeluarkan oleh hospital tersebut, mendedahkan
bahawa tiada bukti yang menunjukkan berlaku tusukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari
Azlan – pengadu di mana kes jenayah itu diasaskan.

Satu salinan laporan perubatan itu disertakan bersama afidavit yang difailkan oleh
Anwar semalam untuk mengetepikan tuduhan liwat terhadapnya. Kes itu akan didengar
mulai 1 Julai ini.

Laporan perubatan itu bertaikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital
kerajaan tersebut.

Sebahagian daripada laporan tersebut, yang diedarkan kepada pihak media oleh peguam
Anwar hari ini menyebut, tiada bukti klinikal yang konklusif yang menunjukkan berlaku
tusukan di dubur dan tiada luka yang signikan pada tubuh pesakit (Mohd Saiful).

Bukti terpenting dalam tuduhan rogol atau liwat ialah menunjukkan bukti berlakunya
tusukan, kata peguam Amer Hamzah Arshad.

Dan ianya tidak ada dalam kes ini, tambahnya.

Calon Minah Ronggeng

Calon bebas, Aminah Abdullah layak digelar ‘Minah Ronggeng’ berdasarkan dakwaan yang
dikeluarkanya terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) membabitkan tawaran ganjaran jawatan
dan wang seperti yang dicanangkan dalam kempenya sebelum ini.

saya memberi gelaran ‘minah Ronggeng’ kepada calon bebas itu kerana sikap Aminah yang
tidak berfikir dahulu sebelum membuat tuduhan melulu dan tidak berasas kepada rakan-rakan
beliau dalam PKR. Mengapa PKR mahu menawarkan kepada seorang seperti Minah Ronggeng
jawatan TKM? Mengapa kita nak tawarkan kepadanya sedangkan kita ada seorang bekas
profesor sebagai calon kita.

Ini juga ada persamaan isu tawar jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 kepada aminah dengan
isu tawaran Timbalan Perdana Menteri kepada Menteri Luar, Datuk Anifah Aman dan saya
menganggap kedua-dua individu terbabit suka mrncari publisiti murahan.

Azmin Ali