1. Kerajaan memandang serius terhadap situasi pandemik COVID-19. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membentangkan laporan semasa yang menunjukkan kes-kes positif semakin melonjak dan kapasiti sistem kesihatan awam semakin tertekan. Kerajaan senantiasa mengambil langkah-langkah untuk melindungi kesihatan dan menyelamatkan nyawa rakyat. Maka atas penilaian risiko yang dilakukan oleh KKM, Kerajaan telah mengambil keputusan untuk melaksanakan PKP 3.0, bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.

2. Menyedari hakikat ini Majlis Keselamatan Negara telah membincangkan dengan semua kementerian dan agensi yang berkaitan mengenai sektor-sektor ekonomi dalam usaha Kerajaan melandaikan keluk pandemik COVID-19, dan pada masa yang memberi ruang kepada KKM sebagai circuit breaker untuk tempoh dua minggu.

3. Maka pada 30 Mei 2021, Menteri Kanan, Pertahanan telah mengumumkan pelaksanaan total lockdown atau penutupan penuh melainkan sektor ekonomi perkhidmatan perlu, dilaksanakan susulan kenaikan mendadak kes harian COVID-19 sejak mutakhir ini. Dengan pelaksanaan PKP yang diumumkan ini, semua aktiviti ekonomi dan sosial adalah TIDAK DIBENARKAN kecuali bagi 17 senarai perkhidmatan perlu dengan kapasiti tenaga kerja dihadkan kepada 60%. Sektor-sektor yang dibenarkan untuk beroperasi oleh MKN meliputi sektor Pembuatan; Pertanian, Perikanan, Penternakan, Perladangan dan Komoditi; Pembinaan; dan Perdagangan Pengedaran.

4. Ini bermakna pelbagai sektor ekonomi di bawah seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MAFI), Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), Kementerian Kerja Raya (KKR) dibenarkan beroperasi dalam tempoh perlaksanaan PKP 3.0 ini.

5. Menurut perangkaan dari Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) jumlah tenaga kerja di Malaysia pada hujung Februari 2021 berjumlah
16.05 juta pekerja. Daripada jumlah ini hanya seramai 2.26 juta pekerja (14.13 peratus) yang bekerja di dalam sektor pembuatan, bahkan jumlah pekerja yang bekerja dalam sektor perkhidmatan adalah hampir dua kali ganda daripada jumlah pekerja sektor pembuatan iaitu 4.38 juta pekerja (27.38 peratus).

6. Sidang khas MKN pada 31 Mei 2021 telah mengeluarkan kenyataan media bahawa permohonan baharu bagi kebenaran perjalanan untuk bekerja perlu dikemukakan semula melalui portal CIMS 3.0 yang diselaraskan oleh MITI dan melibatkan semua Kementerian yang mengawal selia 17 sektor perkhidmatan perlu yang telah dibenarkan beroperasi.

7. Maka, soalan seterusnya adalah mengenai kebenaran perjalanan untuk bekerja yang perlu dikemukakan semula melalui portal COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 yang diselaraskan oleh MITI. MKN dalam satu kenyataan media pada 31 Mei 2021, memaklumkan surat kebenaran beroperasi bagi sektor perkhidmatan perlu dikeluarkan setelah mendapat pengesahan daripada kementerian-kementerian yang mengawal selia sektor berkenaan. Ini membuktikan bahawa surat kebenaran beroperasi hanya akan dikeluarkan oleh CIMS 3.0 setelah kementerian-kementerian yang mengawal selia sektor yang dibenarkan beroperasi memberi pengesahan kepada MITI.

8. Seperti kenyataan media MITI bertarikh 31 Mei 2021, beberapa sesi libat urus dengan pelbagai Kementerian dan agensi telah diadakan bagi menyelaras dan melicinkan lagi proses pengesahan Kementerian masing-masing ke atas syarikat-syarikat yang dikawal selia oleh kementerian-kementerian berkenaan yang boleh diberikan kebenaran untuk beroperasi.

9. Sehingga kini, 15 Kementerian telah menggunakan sistem CIMS
3.0 bagi memudahkan proses penilaian permohonan kebenaran untuk beroperasi di bawah sektor masing-masing. Setelah kementerian- kementerian mengesahkan permohonan-permohonan berkenaan, syarikat yang berkenaan boleh terus mencetak surat kebenaran beroperasi melalui CIMS 3.0.

10. Namun, terdapat juga beberapa Kementerian seperti MAFI dan yang menggunakan sistem kelulusan kebenaran bekerja yang diselaras oleh MAFI. Kementerian Pengangkutan turut menggunakan sistem dalaman Sistem SMILE (Sistem Maklumat Industri Logistik) bagi tujuan yang sama. Maka, surat kelulusan untuk beroperasi bukan sahaja dikeluarkan oleh MITI setelah mendapat pengesahan daripada kementerian-kementerian yang menggunakan CIMS 3.0, tetapi ada juga yang dikeluarkan oleh Kementerian lain yang pada masa ini dan terbukti sistem yang telah diwujudkan adalah berkesan untuk kumpulan sasaran mereka.

11. Bank Negara Malaysia juga bertanggungjawab di atas surat kebenaran beroperasi untuk institusi kewangan dan perbankan. MITI bukan penentu tunggal dalam memutuskan samada sesuatu sektor peniagaan dianggap sebagai perkhidmatan penting atau sebaliknya.

12. Sehingga jam 7.30 pagi ini (3 Jun 2021), 586,308 dengan 10.2 juta pekerja telah berdaftar dengan CIMS. Daripada jumlah ini surat kebenaran beroperasi yang telah dicetak melalui CIMS hanya 128,150 yang melibatkan 1.57 juta pekerja di seluruh Malaysia.

13. MITI juga ambil maklum tentang aduan beberapa pihak yang mendakwa bahawa CIMS 3.0 telah dibolosi dan mendapat kelulusan walaupun berada di bawah sektor yang tidak dibenarkan beroperasi. MITI terbuka kepada sebarang bentuk aduan mahupun kritikan mengenai sistem CIMS 3.0 demi menjamin ketelusan dan keberkesanan pelaksanaan sistem ini. MITI melalui unit penguatkuasaan bersama dengan kerjasama agensi penguatkuasa yang lain akan terus memantau dan mengawal pelaksanaan SOP PKP 3.0.

13. Kita harus jelas dan memiliki keyakinan untuk mendepani apa jua rintangan. Kita semua kini berada di medan perang untuk berhadapan dengan musuh yang tidak kelihatan.

14. This is not a zero-sum game. Kita bertanggungjawab untuk melindungi nyawa dan membela nafkah kehidupan. Nyawa dan kehidupan adalah keutamaan yang tiada tara bandingnya.

15. We need a whole of nation approach. As the Government plans and implements this circuit breaker, to make it happen, we need the whole of society – the people, the workers, the industries – to come aboard, to do their part to make this a success.

16. Kita semua harus bersatu dan berpadu tenaga untuk bersama dalam peperangan ini sebagai satu pasukan yang padu dan utuh. Laksanakan peranan dan InShaa Allah kita akan menang !

Kenyataan Media YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali_3 Jun 2021_FINAL (1)

16 MEI 2021 

Perikatan Nasional (PN) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam Zionis Israel yang menyerang kota suci Palestin sehingga menyebabkan kerosakan dan pembunuhan rakyat Palestin di tanah air sendiri. 

Israel menjajah negara Palestin sedikit demi sedikit sejak 15 Mei 1948 melalui Peristiwa Nakbah yang merupakan suatu tragedi hitam yang telah membunuh ratusan ribu nyawa dan pengusiran rakyat Palestin secara besar-besaran. 

Israel tidak boleh dibiarkan berterusan dengan kerakusan mereka. Rakyat Palestin telah terlalu lama ditindas oleh rejim ganas Zionis Israel. Masyarakat dunia tidak boleh berdiam diri lagi. 

Kami menyeru dan mendesak pemimpin-pemimpin negara seluruh dunia segera mengutuk kezaliman dan keganasan yang dilakukan ke atas rakyat Palestin. 

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu jangan membisu mengenai hal ini tetapi mestilah mengambil tindakan serta merta dan melaksanakan sekatan yang wajar ke atas Israel. 

Pembunuhan dan pembersihan etnik yang dilakukan oleh Zionis Israel adalah satu jenayah perang (war crime) dan jenayah terhadap kemanusiaan (crime against humanity). Kami menuntut agar mereka yang bertanggungjawab diseret ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa supaya rakyat Palestin mendapat hak keadilan. 

Kami teguh bersolidariti dengan rakyat Palestin yang terus menerus dizalimi dan diusir dari tanah air mereka sendiri. Pembersihan etnik dan sistem apartheid amalan rejim Zionis Israel mesti dihentikan segera. 

Kami menyokong usaha Kerajaan Malaysia membantu rakyat Palestin dan memobilisasi sokongan antarabangsa untuk Palestin. Pengumuman YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pelbagai bantuan dan usaha serantau yang dijalankan oleh Kerajaan Malaysia adalah bukti kesungguhan kita yang mahukan penyelesaian tuntas dan keadilan untuk rakyat Palestin. 

Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersolidariti bersama rakyat Palestin dan kami berdoa agar rakyat Palestin diberikan kesabaran, pertolongan serta kemenangan dalam usaha mereka memelihara maruah dan hak mereka. 

Kami juga mengajak semua rakyat memberikan sumbangan kepada warga Palestin sebagai tanda tanggungjawab membantu mereka yang dizalimi melalui kempen #Aid4Palestine atau melalui saluran – saluran lain yang sah. 

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI 

Ketua Penerangan Perikatan Nasional 

DATUK WAN SAIFUL WAN JAN 

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia 

KAMARUZAMAN MOHAMAD 

Ketua Penerangan Parti Islam Se-Malaysia 

KOO SHIAW LEE 

Ketua Penerangan Parti Gerakan Rakyat Malaysia 

CHIN VUI KAI 

Ketua Penerangan Parti Maju Sabah 

JEFFREY KUMIN 

Ketua Penerangan Parti Solidariti Tanah Airku 

 

KM Penerangan Kecam Zionis final

Alhamdulillah, setelah sebulan kita menjalani latihan ruhiyyah dalam bulan Ramadhan, hari ini kita bersama merayakan Hari Kemenangan sempena Syawal yang mulia.

Marilah kita memperkukuh ukhuwwah dan silaturahim, membulatkan semangat persaudaraan di antara umat. Meraya fitrah, mengikat ukhuwwah.

Lebih setahun kita berdepan dengan penularan wabak COVID-19 yang memberikan dampak kepada rakyat dan ekonomi negara. Pandemik ini bukan sahaja mengancam kesihatan rakyat, tetapi ianya menggugat tunjang ekonomi yang kita telah bina selama ini. Maka, selaras dengan prinsip maqasid al-shariah, kita tuntas melaksanakan pelbagai ikhtiyar untuk mengimbangi tuntutan di antara melindungi nyawa dan keselamatan rakyat dengan tuntutan untuk memelihara ekonomi demi membela kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Bersabarlah menghadapi ujian ini. Kita yakin usaha bersama akan berjaya melandaikan keluk penularan COVID-19 di bumi Malaysia. Pendekatan whole of society approach akan memperkasa diri, masyarakat dan negara dalam usaha untuk melindungi nyawa rakyat, dan melangkah maju ke hadapan untuk kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Kita boleh dan pasti berjaya.

Kepada seluruh barisan hadapan, doktor dan jururawat, pakar kesihatan dan pasukan keselamatan, kalian adalah wira negara. Saya menghargai setiap detik pengorbanan saudara, yang cekal dan tabah mengharungi gelombang yang tidak berkesudahan demi keselamatan diri, keluarga tercinta dan rakyat keseluruhannya. Tahniah dan syabas.

Meskipun kita beraya dalam suasana yang sederhana tetapi saya yakin akan ketabahan rakyat Malaysia bersama memerangi penularan wabak COVID-19. Kata kunci di musim perayaan ini adalah ‘pematuhan’. Kita mesti melindungi kesihatan diri kita, keluarga tersayang dan kita semua. Patuhi undang-undang, patuhi SOP dan amalkan tertib penjagaan kesihatan yang berkesan.

Perayaan Aidil Fitri juga mengingatkan akan pentingnya mengangkat harakat kemuliaan insan. Justeru, di hari yang mulia, ayuh kita bersatu dalam semangat persaudaraan dan berdiri sebahu dengan kekuatan dan keyakinan sebagai umat yang diberkati oleh Allah SWT agar kita dapat menghadapi cabaran yang mendatang dengan tekun, tekad dan keinginan untuk berjaya.

Hanya melalui kesatuan dan perpaduan serta perkongsian satu matlamat sebagai sebuah negara, kita dapat mendaulatkan kemelut menjadi peluang, dan kegagalan menghasilkan kejayaan.

Akhirul kalam, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh umat Islam dari seluruh lapisan masyarakat. Menjadi doa dan harapan kita agar seluruh rakyat bersatu hati, membulatkan tekad dan membingkai muafakat agar cahaya kejayaan menyinar di Aidil Fitri.

Minal A’idin Wal Faizin, Kullu ‘Am Wa Antum Bi Khair,

Maaf Zahir dan Batin

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI

12 Mei 2021
30 Ramadhan 1442H

MENGIMBANGI PERLINDUNGAN KESELAMATAN DAN NYAWA DENGAN KELANGSUNGAN EKONOMI

Semalam YAB Perdana Menteri telah mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dalam merancakkan ekonomi negara yang kini berada di tahap kelima Strategi 6R Pelan Komprehensif Pemulihan Ekonomi. Dalam memastikan sektor industri dan perusahaan komersil terus kekal berdaya saing dan mampan untuk menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara, perlindungan keselamatan dan kesihatan pekerja adalah merupakan keutamaan.

Berdasarkan data oleh Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, MITI memandang serius situasi penularan wabak COVID-19 di premis-premis sektor perkilangan dan perkhidmatan yang berkaitan. Setakat 16 Mac 2021, sektor perkilangan menyumbang sebanyak 58.1 peratus atau 194 kluster daripada kes-kes COVID-19 di negara ini.

Justeru, MITI telah mengambil langkah proaktif dan responsif dengan memperkenalkan satu inisiatif yang komprehensif dalam mengimbangi kelangsungan operasi sektor perkilangan dengan pengawalan penularan pandemik di kalangan pekerja yang dinamakan [email protected]

[email protected] adalah Prosedur Operasi Standard (SOP) yang boleh dilaksanakan oleh syarikat-syarikat di sektor perkilangan yang merangkumi tanggungjawab majikan menyediakan penginapan pekerja yang selamat serta mematuhi piawaian di bawah Akta Standard Minimum Penginapan dan Perumahan Pekerja 1990 (Akta 446), pengurusan kes-kes pekerja positif dan kontak rapat, saringan kesihatan serta langkah-langkah pencegahan penularan pandemik COVID-19 di kalangan pekerja.

Inisiatif ini berupaya mengelakkan gangguan operasi syarikat dan mengurangkan impak terhadap produktiviti apabila terdapat kes positif COVID-19 di premis perniagaan. Kerajaan berpandangan bahawa komitmen dan sokongan daripada majikan adalah penting untuk memastikan keselamatan dan kesihatan para pekerja terjamin. Usaha ini amat penting demi menyumbang kepada kelangsungan aktiviti ekonomi.

[email protected] telah dirangka berdasarkan kepada sesi libat urus dan rundingan dengan pihak-pihak berkepentingan sektor awam dan swasta merangkumi Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Tenaga Kerja, Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM), persatuan-persatuan industri serta dewan-dewan perniagaan tempatan dan antarabangsa.

Berdasarkan amalan semasa, pekerja kontak rapat wajib dikuarantin dan tidak dibenarkan bekerja sehingga kesemua pekerja kontak rapat disahkan bebas COVID-19 selepas menjalani ujian saringan kesihatan. Kini, inisiatif [email protected] akan membolehkan pekerja-pekerja kontak rapat untuk terus bekerja dalam situasi protokol baharu yang dinamakan Safe Work Bubble. Pekerja-pekerja kontak rapat diasingkan daripada komuniti setempat dan pekerja-pekerja lain sehingga kesemua pekerja kontak rapat disahkan selamat daripada COVID-19 berdasarkan keputusan ujian saringan.
Beberapa aspek utama yang diberikan penekanan di bawah “Safe Work Bubble” adalah seperti berikut:

  1. Pewujudan Safe Work Bubble bagi pekerja kontak rapat di kawasan kilang dan premis penginapan pekerja;
  2. Penubuhan Pasukan Persediaan dan Tindakbalas Kecemasan COVID-19 (PERT) oleh pihak syarikat bagi penyediaan dan pelaksanaan tatacara mengurus kes-kes kecemasan;
  3. Proses sanitasi berterusan di premis perkilangan;
  4. Kebenaran penggunaan kenderaan pekerja dengan kapasiti penuh;
  5. Penyediaan dan pengurusan penginapan pekerja yang kondusif;
  6. Pelaksanaan saringan bersasar untuk pekerja sektor perkilangan dan perkhidmatan yang berkaitan; dan
  7. Penyediaan saluran maklumat berkaitan tatacara kawalan pandemik daripada majikan kepada pekerja.

Sebagai galakan kepada syarikat-syarikat yang melaksanakan [email protected], Kerajaan akan memberikan potongan cukai tambahan kepada syarikat di bawah sektor perkilangan dan perkhidmatan yang berkaitan ke atas perbelanjaan sewaan premis asrama pekerja dan penyediaan kelengkapan berkaitan seperti CCTV, wearable tracking devices dan keperluan-keperluan asas lain selaras dengan SOP [email protected] Perbelanjaan yang layak mendapat potongan cukai tambahan ini dihadkan kepada RM50,000 bagi setiap syarikat. Syarikat boleh membuat pendaftaran di COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) mulai 1 April 2021.

MITI berharap dengan adanya [email protected] ini, syarikat-syarikat di dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan yang berkaitan akan mempertingkatkan tahap pematuhan SOP masing-masing bagi memastikan syarikat dapat terus beroperasi seperti biasa.

Ini adalah selari dengan Whole-Of-Society Approach untuk memupuk sikap self-reliance dan semangat kebertanggungjawaban dalam masyarakat. Dalam konteks ini, peranan dan tanggungjawab industri lebih mendesak untuk bersama-sama merealisasikan hasrat Kerajaan mengimbangi tuntutan melindungi keselamatan dan nyawa dengan kelangsungan ekonomi.

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI
18 MAC 2021

KM YBMK MITI - [email protected] - 18.3.2021

KENYATAAN MEDIA

Pengisytiharan oleh tiga Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai Ahli Parlimen bebas untuk menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan langkah berani dan senada dengan aspirasi rakyat yang mahukan sebuah Kerajaan yang berfungsi sepenuhnya dan stabil .

Kami sebulat suara mengalu-alukan anjakan politik yang dinamik dilakukan oleh YB Larry Sng (Julau), YB Steven Choong (Tebrau) dan YB Dato’ Dr. Xavier Jayakumar (Kuala Langat). Ini merupakan perkembangan progresif yang terbit dari keyakinan mereka terhadap pengendalian Kerajaan Perikatan Nasional menangani pandemi COVID-19 dan langkah-langkah proaktif, tegas dan tepat untuk melaksanakan usaha mencerdaskan ekonomi dan memastikan pemulihan yang berterusan.

Keputusan mereka untuk meninggalkan PKR juga didorong oleh rasa kecewa yang mendalam terhadap kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang membawa amalan politik pecah-belah, nepotisme dan kronisme hingga menjerumuskan parti itu ke jurang kehancuran.

Datuk Seri Saifuddin Nasution, Setiausaha Agong PKR, yang begitu keras memimpin serangan ganas terhadap ketiga-tiga anggota Parlimen itu, tidak memiliki kedudukan moral untuk menjuarai hujah berhubung melompat parti. Beliau telah beberapa kali menjadi juara melompat dari UMNO ke PKR, kemudian dari PKR ke PAS dan seterusnya, dari PAS kembali ke PKR.

Berbanding dengan YB Dato’ Dr. Xavier yang merupakan Naib Presiden PKR yang terpilih, kedudukan Saifuddin dalam parti adalah lemah kerana hanya sebagai seorang yang dilantik. Saifuddin tidak mempunyai legitimasi dan keabsahan dan kita fahami dia bersuara bagi pihak Anwar dalam situasi begini.

Sekiranya Saifuddin jujur dan ikhlas tentang kedaulatan undang-undang dan perjuangan melawan rasuah, mengapa dia terus menerus diam membisu tentang kes rasuah yang melibatkan seorang tokoh ternama kepimpinan PH yang tiba-tiba digugurkan tatkala perbicaraan sedang berjalan lancar? Suatu yang amat mengecewakan dan menggusarkan SPRM dan masyarakat awam.

Tuduhan bahawa PN menggunakan sogokan dan intimidasi untuk meraih sokongan Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan adalah tidak berasas sama sekali. Ahli-Ahli Parlimen ini melakukan penilaian objektif dan menyedari bahawa Kerajaan PN telah mengambil tindakan yang bertanggungjawab dalam menangani wabak tersebut dengan menyalurkan sejumlah RM320 bilion untuk kepentingan rakyat dan mencerdaskan ekonomi.

Tuduhan-tuduhan ini merupakan serangan terhadap integriti SPRM dan polis. Kami memandang serius tuduhan menghasut secara terang-terang ini yang boleh menjejaskan kredibiliti institusi penguatkuasaan dan meminta tindakan undang-undang segera terhadap mereka.

Para pemimpin dan anggota PKR harus merenungkan bukan hanya keputusan terbaru yang diambil oleh ketiga-tiga anggota Parlimen itu, tetapi isu yang lebih serius mengapa begitu ramai pemimpin tertinggi PKR dan anggota yang lama berkhidmat telah keluar parti.

PKR, di bawah pimpinan dan kerangka sekarang, tidak lagi mampu memperjuangkan prinsip keadilan dan kesejahteraan bagi rakyat. PKR telah tercabut dari prinsip dan tidak lagi berada di landasan moral untuk memimpin.

Biar pun pahit, tetapi hakikatnya adalah kepimpinan Anwar Ibrahim ditolak oleh sebahagian besar anggota partinya sendiri kerana PKR telah kehilangan idealisme dan tergelincir dari landasan perjuangan. Ini sangat malang kerana kita tahu bahawa ada pemimpin dan anggota PKR yang berpegang teguh pada prinsip dan idealisme disisihkan dan bahkan menjadi mangsa kuasa di tangan presiden. Sepatutnya mereka perlu tabah dalam perjuangan untuk terus mencapai cita-cita murni, tetapi perakus dan pengkianat telah merampas agenda reformasi untuk kepentingan diri, keluarga dan kroni mereka.

Sekarang adalah masanya untuk bertindak tegas. Marilah kita bersama sama menggerakkan dan maju dengan PN di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan terus maju dalam kekuatan, perpaduan dan keyakinan untuk kesejahteraan dan kejayaan rakyat dan negara.

YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali
YB Datuk Zuraida Kamaruddin
YB Dato’ Saifuddin Abdullah
YB Dato’ Mohd Rashid Hasnon
YB Dato’ Kamarudin Jaffar
YB Dato’ Dr. Mansor Othman
YB Datuk Seri Dr. Santhara Kumar
YB Datuk Ali Biju
YB Datuk Willie Mongin
YB Jonathan Yasin

14 Mac 2021

Kenyataan Media

Esok, 24 Februari program imunisasi nasional terbesar yang pernah disaksikan sejarah Malaysia menjadi gamechanger kepada perjuangan kita memerangi pandemik COVID-19.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan merupakan langkah proaktif, tegas dan tuntas Kerajaan Perikatan Nasional dibawah kepimpinan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin. Program ini merupakan ikhtiyar Kerajaan dalam menjamin penjagaan serta perlindungan kesihatan awam, prihatin dan peduli terhadap kesejahteraan rakyat serta berazam menjana semula kemakmuran negara.

Fokus utama program ini adalah untuk melindungi anggota barisan hadapan bagi memastikan sistem perkhidmatan kesihatan dioptimumkan, melindungi warga berisiko tinggi, membina immuniti kelompok (herd immunity) bagi membuka semula semua sektor ekonomi. Vaksinasi juga berperanan mengawal wabak di kawasan berisiko tinggi sekaligus mengurangkan kadar transmisi COVID-19.

Tidak dapat dinafikan vaksinasi raya (mass vaccination) adalah satu kemestian bagi mempercepatkan dan memastikan pemulihan ekonomi yang mampan, efektif dan lestari. Langkah ini akan merancakkan semula usaha dan aktiviti barisan hadapan ekonomi negara. Ekonomi yang cergas terbit dari badan yang sihat – a healthy economy in a healthy body.

Bank Dunia mengunjurkan bahawa dengan kejayaan pelaksanaan program vaksinasi, ekonomi Malaysia akan berkembang pada kadar 6.7% bagi tahun 2021. Kami yakin usaha ini adalah ‘suntikan booster’ yang akan merangsang pengaliran pelaburan langsung asing (foreign direct investment) ke Malaysia dan memacu pemulihan ekonomi. Apabila immuniti kelompok dicapai dan semua sektor ekonomi kembali dibuka, kita dapat mencerdaskan semula sektor pelancongan yang menyediakan 3.56 juta pekerjaan, salah satu sektor penyumbang pekerjaan terbesar negara.

Hari esok adalah fajar harapan buat Malaysia. Perikatan Nasional menyeru seluruh rakyat untuk memberi dukungan penuh terhadap usaha imunisasi nasional dan memastikan kejayaan milik kita bersama. Teguh kita, menang bersama !

MOHAMED AZMIN ALI

23 FEBRUARI 2021

KM KP Program Vaksinasi Final BM.pdf

KENYATAAN MEDIA

22 FEBRUARI 2021

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) secara rasminya menyertai Mesyuarat Badan Perhubungan Negeri Perikatan Nasional Selangor semalam. Ini merupakan penglibatan sulung GERAKAN di peringkat negeri selepas pengumuman YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Perikatan Nasional berhubung penyertaan GERAKAN sebagai parti anggota Perikatan Nasional pada 11 Februari 2021.

Mesyuarat Badan Perhubungan Negeri Selangor juga sebulat suara melantik Datuk Ang Chin Tat, Pengerusi GERAKAN Selangor sebagai Naib Pengerusi Perikatan Nasional Selangor selain YB Dato’ Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi, Pesuruhjaya PAS Selangor dan YB Dato’ Abdul Rashid Bin Asari, Pengerusi Badan Pimpinan BERSATU Selangor.

Penyertaan GERAKAN ke dalam Perikatan Nasional adalah amat signifikan untuk memperkukuh citra Perikatan Nasional dan membuktikan dasar Perikatan Nasional yang inklusif dan meraikan kepelbagaian. Saya yakin dasar ini akan memperkukuh usaha Perikatan Nasional untuk menggembleng penyertaan dan dukungan rakyat khususnya generasi milenial. Perikatan Nasional juga beriltizam untuk mendakap paradigma baru dalam perjuangan rakyat dan menyuntik dinamisme baru kepada politik yang berteraskan nilai.

Perikatan Nasional Negeri Selangor akan memberikan fokus kepada usaha merencana dan melaksanakan dasar dan kebijakan demi menghasilkan kemakmuran serta keadilan sosial. Sebagai sebuah kerjasama politik, Perikatan Nasional bertekad untuk memartabatkan jati diri bangsa Malaysia sekaligus meraikan kepelbagaian bahasa, kaum dan agama sebagai kesatuan yang utuh dan dinamik.

Justeru, Badan Perhubungan Negeri Selangor mengambil ketetapan untuk memperkukuhkan kerjasama yang sedia ada dan melangkah maju sebagai satu kekuatan dalam PRU-15 dan pasca pilihan raya untuk membentuk Kerajaan yang utuh dan stabil dengan penyertaan parti-parti anggota yang lebih unggul dan peranan yang dinamik.

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI

Pengerusi

Badan Perhubungan Negeri

Perikatan Nasional Selangor

Saya ingin menzahirkan rasa prihatin terhadap kesihatan YB Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang, Presiden PAS yang sedang menjalani rawatan di hospital. Walau bagaimanapun, saya bersyukur mendapat perkhabaran bahawa Tuan Guru berada dalam keadaan stabil dan mendapat perkhidmatan rawatan yang terbaik.

Saya mendoakan Tuan Guru senantiasa berada dalam lindungan Allah SWT dan dikurniakan kesembuhan yang secepatnya dan diberikan kesihatan untuk memimpin umat.

“Ya Allah, Rabb manusia, hilangkanlah kesusahan dan berilah dia kesembuhan, Engkau Zat Yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain”. 

Secara peribadi, saya mengenali Tuan Guru sebagai seorang pejuang yang tabah dan murabbi ummah yang tuntas dalam pembangunan umat demi menyemarakkan syiar Islam. Peranan beliau dalam pembentukan Perikatan Nasional adalah amat signikan khususnya untuk menggembleng persefahaman bagi menjamin kestabilan politik demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Saya menyeru semua pihak untuk bersama-sama mendoakan kesihatan Tuan Guru agar kembali pulih untuk meneruskan perjuangan demi kemaslahatan umat.

Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali

16 Februari 2021

Kenyataan Media – 16 Februari 2021.pdf

Saya telah mengadakan pertemuan bersama YB Dato’ Abdul Rashid Asari, Pengerusi Badan Pimpinan BERSATU Selangor dan YB Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi, Pesuruhjaya PAS Selangor pada 5 Februari 2021 untuk membincangkan pembentukan Badan Perhubungan Negeri (BPN) Perikatan Nasional Selangor. Perbincangan yang berlangsung dengan penuh semangat musyawarah memberi fokus kepada pembentukan struktur organisasi yang strategik, wibawa dan dinamik untuk menjana kekuatan baru demi memperkukuh keyakinan rakyat.

Lanskap politik Negeri Selangor serta cabaran-cabaran semasa menuntut supaya Perikatan Nasional menampilkan politik progresif dan berpencerahan dengan fokus memperkukuh perpaduan, prihatin kebajikan, menjana pembangunan dan pertumbuhan ekonomi mampan.

Justeru, Perikatan Nasional Selangor komited menggembleng kekuatan setiap parti anggota untuk mewakili kerencaman masyarakat dan kepelbagaian budaya di Negeri Selangor. Kita akan terus memperkukuh dan memberdaya kepimpinan sehingga ke peringkat akar umbi untuk menjamin kestabilan negeri dan kesejahteraan rakyat Selangor secara keseluruhannya.

Pengalaman bekerja bersama BERSATU dan PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor pasti akan memperkukuh kekuatan dasar dan pelaksanaan gerak kerja demi masa depan Negeri Selangor yang lebih gemilang.

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI

Pengerusi

Badan Perhubungan

Perikatan Nasional Negeri Selangor

210211 – Badan Perhubungan Negeri Selangor – Kenyataan Media 2.pdf

Sempena Year of the Ox pada tahun ini, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat Tionghua dengan harapan dan doa agar kita semua bahagia, sejahtera dan berjaya.

Year of the Ox merupakan tahun bertuah yang membawa makna kerajinan, ketekunan, ketabahan, kekuatan dan kekayaan. Kita menyambut Tahun Baru Cina ini dengan tekad dan iltizam untuk bekerja lebih keras dan cekal tabah untuk mendepani cabaran pandemik COVID-19 dan ekonomi. Saya yakin, berbekal tekad yang jitu, kita pasti akan dapat mengatasinya. Justeru, marilah kita bersama-sama mengambil inspirasi daripada nilai-nilai Year of the Ox untuk mencipta kegemilangan baharu untuk Malaysia.

Walaupun Tahun Baru Cina merupakan perayaan masyarakat Tionghua, namun seluruh warga yang majmuk dan berbilang kaum turut sama meraikannya dengan penuh semangat muhibah, harmoni dan perpaduan yang utuh.

Ayuh, kita bersama memperkukuh keazaman untuk bersatu padu demi pemulihan dan pencerdasan ekonomi yang mampan ke arah masa depan yang gemilang. Teguh kita, menang bersama.

Xīn Nián Kuài Lè, Wan Shì Rú Yì, Gōng Xǐ Fā Cái!

Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali

11 Februari 2021

FINAL KM – UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU CINA – 11.2.2021 v3.pdf