AZMIN ALI

Category: Kenyataan Media EN

[Kenyataan Media] Pembubaran Dewan Negeri Selangor

Saya telah mengambil maklum akan pengumuman pembubaran Parlimen oleh YAB Perdana Menteri berkuatkuasa 7 April 2018.

Selaras dengan Perkara LV Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 yang dibaca bersama dengan Perkara LXX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, saya akan menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bagi menyampaikan nasihat untuk mendapat perkenan Tuanku bagi pembubaran Dewan Negeri Selangor.

Saya akan menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada tarikh yang diperkenankan oleh Tuanku bagi mendapat perkenan Tuanku untuk pembubaran Dewan Negeri Selangor agar proses Pilihan Raya Negeri Selangor ke-14 dapat diadakan.

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI

Easter Message

On behalf of the Selangor State Government, I wish to extend my wishes to all Christians in Selangor and throughout Malaysia who are observing Good Friday and celebrating Easter this weekend.

Easter reminds us that hope must never be lost because it is based on the renewal of faith. We must have the courage of conviction to fight for a new hope in the weeks and months to come.

Our country is going through dark days, yet truth shall prevail. On this occasion I am reminded of TS Eliot’s words in Ash Wednesday, “Suffer us not to mock ourselves with falsehood”.

Selangor is a microcosm of Malaysia, multi-cultural and multi-religious, where harmony is cherished. I firmly believe that our diversity is our strength. The state government is committed to protecting and defending our precious diversity from all attempts to erect new boundaries between us.

I wish all who celebrate a blessed and joyous Easter.

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI

Speaker’s Embargo on EC Report a Betrayal of Malaysian Democracy

The Parliament Speaker’s decision to embargo the Election Commission’s report on the redelineation of electoral boundaries in Peninsular Malaysia is a gross betrayal of 25 million Malaysians and our parliamentary democracy. It deserves thunderous condemnation from all corners of our nation.

The EC’s proposals have been on public display in one form or another for over 18 months. There is no valid reason that the Speaker of Parliament should withhold the final report from the public since it directly affects their democratic right to elect representatives to Parliament. Withholding this is nothing more than an act of sheer arbitrariness.

As a member of Parliament my voters and all voters in Malaysia have a right to know if their voting district has been changed since it affects both their identity and their political destiny. Therefore it is a violation of their constitutional rights.

The recommendations put forward by the EC sharply increase the racial and ethnic character of our voting districts. This is a direct assault on the culture of multi-ethnic harmony that is an essential part of Malaysia’s identity. The EC should not be the tool of politics, let alone race-based politics, they have a solemn responsibility to uphold a harmonious and democratic Malaysia.

This is one of the stark failures of the EC that the Selangor State Government has tried to challenge in court. In fact, we are continuing to challenge the EC in court on this very day.
God Willing, we shall prevail.

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI
Menteri Besar Selangor

[Kenyataan Media] Pendirian Tegas Raja-Raja Melayu Berhubung Isu Perpaduan Dan Hubungan Harmoni Di Kalangan Rakyat Yang Berbilang Kaum Dan Agama

KENYATAAN MEDIA

11 OKTOBER 2017

Saya mendukung pendirian tegas Raja-Raja Melayu berhubung isu perpaduan dan hubungan harmoni di kalangan rakyat yang berbilang kaum dan agama serta penegasan mengenai keperluan memahami dan menghormati prinsip-prinsip murni yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutan.

Pendirian Raja-Raja Melayu adalah ibarat cahaya yang menyuluh – memimpin rakyat mendepani cabaran semasa termasuk menjawab tindakan melampau individu dan kumpulan yang mengugat kestabilan dan keharmonian masyarakat majmuk.

Umat Islam dan rakyat Malaysia perlu menjunjung pedoman Raja-Raja Melayu tentang sifat Islam yang toleran, sederhana dan inklusif.

Pedoman Raja-Raja Melayu menzahirkan keutuhan institusi Raja Berperlembagaan dan peranan signifikan Raja-Raja Melayu sebagai suara nurani dan aspirasi rakyat.

Justeru, dengan penuh rasa tawadhu, saya ingin menyatakan bahawa prinsip-prinsip toleransi, kesederhanaan dan keharmonian yang disegarkan dan ditegaskan semula oleh Raja-Raja Melayu akan terus menjadi tiang seri Kerajaan Negeri Selangor.

Atas prinsip ini, saya mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya Negeri Selangor untuk menolak gutter politics, budaya samseng dan fahaman rasis.

Marilah kita bersama membangunkan sebuah bangsa yang gagah, bermaruah, berwibawa dan menghormati nilai-nilai kemanusiaan sejagat.

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI

Kenyataan Media – Tindakan penguatkuasaan oleh Malaysian Airports Holdings Berhad (MAHB)

KENYATAAN MEDIA

4 OKTOBER 2017

Kerajaan Negeri mengambil maklum berhubung tindakan penguatkuasaan oleh Malaysian Airports Holdings Berhad (MAHB) terhadap tiga buah rumah dan dua buah kedai berhampiran Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang.

Saya telah mengadakan perbincangan segera dengan Sr. Nazmi Bin Osman, Pengurus Besar Perumahan & Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB) berhubung hal ini. Hasil daripada perbincangan tersebut, PHSSB telah bersetuju untuk membuat penawaran unit-unit kediaman di PPR Seksyen 8 Kota Damansara kepada dua buah keluarga yang terlibat.

Saya juga telah meminta Pegawai Daerah Petaling untuk bekerjasama dengan PHSSB bagi menguruskan perpindahan kedua-dua keluarga ini ke kediaman yang ditawarkan dengan segera.

Untuk maksud itu, Kerajaan Negeri bersetuju untuk membiayai kos sewa unit-unit kediaman tersebut bagi tempoh enam bulan sebelum unit-unit ini ditawarkan kepada dua keluarga berkenaan.

Usaha ini selaras dengan dasar Kerajaan Negeri yang peduli rakyat dan tuntas membela kebajikan rakyat. Kerajaan Negeri berharap kedua-dua keluarga yang terlibat mendapat kediaman yang selesa dan kondusif untuk kehidupan yang lebih sempurna.

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI

Menteri Besar Selangor Akan Mengambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Utusan Malaysia Berhubung Dakwaan Palsu Bahawa Beliau Membenarkan Festival Arak & Mengabaikan Nasihat Keselamatan

Adalah satu pembohongan nyata bahawa Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali membenarkan festival arak dan mengabaikan nasihat polis seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia pada muka hadapan akhbar terbabit.

Kami mencabar Utusan Malaysia mengemukakan bukti Menteri Besar Selangor pernah berkata demikian. Laporan palsu dan tidak jujur itu menunjukkan Utusan Malaysia terus menjadi lidah UMNO untuk berbohong dan mengelirukan rakyat.

Dato’ Seri Azmin yang kini dalam lawatan kerja di India, sudah mengarahkan peguamnya untuk mengeluarkan satu notis tuntutan terhadap Utusan Malaysia.

Beliau menuntut penarikan berita tanpa bersyarat, permohonan maaf secara terbuka dan ganti rugi daripada Utusan Malaysia.

Seperti yang dinyatakan Menteri Besar dalam kenyataan terdahulu, sebarang keputusan berhubung isu berkenaan adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan dan hendaklah mengikut undang-undang serta peraturan berkaitan yang ditetapkan. Beliau tidak akan mendahului Pihak Berkuasa Tempatan membabitkan perkara itu.

Sebagai Menteri Besar, memang menjadi tanggungjawabnya untuk menegak dan mematuhi undang-undang, undang-undang kecil dan prosedur Kerajaan Negeri.

Pendirian Kerajaan Negeri ialah sebagai sebuah kerajaan bertanggungjawab, bukan sahaja perlu menghormati hak dan agama masyarakat lain, tetapi juga perlu mempertahankan hak mereka dan itu adalah dasar Kerajaan Negeri.

Kejujuran, integriti dan keadilan menyokong pendekatan kami kepada kerajaan mesra rakyat di Selangor.

YIN SHAO LOONG
Pengarah Komunikasi Strategik
Pejabat Menteri Besar Selangor