AZMIN ALI

LATEST

Category: Kenyataan Media

Kenyataan MEDIA YB Mohamed Azmin Ali Mengenai Pemilihan KEPIMPINAN Parti Keadilan Rakyat

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) telah mengorak langkah memberi takrif baru demokrasi dalam usia yang begitu muda di persada politik negara.

Pemilihan Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat 2010 merupakan usaha pemerkasaan demokrasi dalam sejarah politik Malaysia melalui pemilihan langsung yang digalas oleh anggota-anggota parti dan sekaligus menjadikan KEADILAN sebuah parti yang paling demokratik di Malaysia.

Namun pembaharuan ini juga membuka cabaran-cabaran baru yang perlu dihadapi dengan bijaksana dan bertanggungjawab.

Selaku anggota muda parti yang jatuh dan bangun bersama perjuangan lebih sedekad yang lalu, dan menjunjung semangat berpasukan di dalam parti, saya mengambil maklum pengumuman Ketua Umum untuk tidak menerima pencalonan bagi jawatan parti untuk menumpukan tenaga beliau bagi memantapkan Pakatan Rakyat.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mengulangi ikrar sokongan padu kepada kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum dan Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Ismail selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Saya juga menghayati kenyataan Dr. Syed Husin Ali yang mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan Timbalan Presiden.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan penghargaan dan terima kasih serta rasa hormat saya kepada Dr. Syed Husin Ali di atas sumbangan dan perjuangan beliau yang berterusan dalam mempertahankan prinsip keadilan dan hak rakyat.

Dr. Syed Husin Ali beristiqamah dalam perjuangan. Sifat istiqamah beliau akan terus menjadi inspirasi kepada anggota-anggota parti dalam meneruskan perjuangan ini.

Teras prinsip perjuangan beliau yang menggariskan kriteria contoh pemimpin parti seperti kesetiaan kepada perjuangan, patuh pada disiplin parti, tuntas menentang rasuah serta menegakkan nilai-nilai moral yang tinggi seharusnya menjadi pegangan seluruh anggota parti.

Setelah mengambil kira pandangan pimpinan tertinggi parti dan anggota-anggota parti termasuk perbincangan terus dengan Dr. Syed Husin Ali; saya dengan penuh rasa tawadhu’ dan rendah hati ingin menawarkan khidmat saya sebagai Timbalan Presiden.

Saya bersama rakan-rakan pimpinan dan anggota-anggota parti akan berganding bahu untuk menggilap idealisme, memperkukuh kesetiaan dan memperkasa organisasi.

Saya turut berazam untuk memastikan Pemilihan Kepimpinan 2010 berlangsung dalam suasana sihat dan semangat kekeluargaan di sepanjang proses kempen dan pemilihan parti.

Bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia, saya berikrar untuk bersama-sama dengan anggota-anggota parti dan rakyat di Sabah dan Sarawak untuk menjana perubahan dalam Pilihanraya Umum Ke 13 demi kesejahteraan rakyat selaras dengan Permahsyuran Persekutuan Malaysia 47 tahun yang lalu, yang menjanjikan keadilan serta pembelaan maruah dan harga diri setiap warganegara tidak kira kaum mahupun agama.

MOHAMED AZMIN ALI

16 September 2010

Jadual Lawatan Kerja ke Sabah dan Sarawak

Berikut adalah jadual lawatan kerja saya ke Sabah dan Sarawak.

Rabu (15/9/10)           

 7.00 ptg           Pelancaran Pakatan Rakyat (Tetamu Khas : Dato’ Seri Anwar Ibrahim) bertempat di Putra Ballroom, Bukit Padang

8.30 mlm         Rumah Terbuka Aidil Fitri bertempat di Idaman Villa, Putatan

10.30 mlm       Perjumpaan dengan MPN Sabah bertempat di Idaman Villa, Putatan

Khamis (16/9/10)      

10.00 pg          Hari Terbuka Aidil Fitri dan Hari Malaysia bertempat di Pejabat Cabang Tuaran

4.30 ptg           Penerbangan ke Kuching

 7.00 mlm         Makan Malam Perpaduan bertempat di Hotel Grand Continental, Kuching

Aturcara:

Ucapan alu-aluan Sdra Granda Aing (Naib Pengerusi)

Ucapan Sdra Jimmy Donald (Naib Pengerusi)

Ucapan Hj Wan Zainal Abidin Wan Senusi (Timbalan Pengerusi)

Ucapan YB Dominique Ng Kim Ho (Penasihat)

Ucapan YB Dr Mansor Othman (Timb Ketua Menteri Pulau Pinang)

Ucapan YB Azmin Ali (Naib Presiden)

Jamuan Malam

10.30 mlm       Perjumpaan dengan MPN Sarawak bertempat di Pejabat Negeri Jalan Satok, Kuching

Jumaat (17/9/10)       

8.30 pg            Bertolak ke Sadong Jaya

10.00 pg          Ramah mesra di Kg Sadong

11.00 pg          Majlis Ramah Tamah Aidil Fitri bertempat di Kg Ensengei, Sadong Jaya

12.30 tghari     Solat Jumaat di Masjid Kg Semera

1.30 ptg           Bertolak ke Kuching

4.00 ptg           Bertolak ke Sibu

7.00 mlm         Makan Malam bersama AJK Cabang di Zon Tengah, termasuk Cabang Sibu, Lanang, Julau, Kanowit, Hulu Rejang, Kapit, Selangau, Tanjung Manis, Saratok,  Lubok Antu, Sarikei dan Mukah, anjuran Wanita Negeri Sarawak bertempat di Double Happiness Restaurant, Jalan Pedada, Sibu

Aturcara:

Ucapan oleh Beginda

Ucapan oleh pimpinan 11 Cabang 

Ucapan oleh YB Zuraidah, Ketua Wanita Pusat

Ucapan oleh Sdr Baru Bian, PPN Sarawak

Ucapan oleh YB Azmin Ali, Naib Presiden

Sabtu (18/9/10)          

8.00 pg            Bertolak ke Bintulu

10.00 pg          Majlis Mesra bersama anggota dari Cabang Miri, Sibuti, dan Bintulu bertempat di Rumah Ampau, Batu Niah.

2.00 ptg           Bertolak balik ke Bintulu

7.30 mlm         Bertolak ke Kuala Lumpur

Salam Eidul Fitr

Taqobalallahu minna wa minkum.

Minal’aidin wal faizin kullu ‘amin wa antum bi khoir.

Saya pohon Maaf Zahir dan Batin.

Kita kembali kepada khittah landasan perjuangan.

Menggilap idealisme, memperkukuh kesetiaan, menjana perubahan.

Daripada saya sekeluarga,

Mohamed Azmin Ali

1 Syawal 1431H

PRESS STATEMENT – 20 August 2010

Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) views with grave concern the continuing occurrence of incidents where racial hatred is incited,  the latest being the statement made by the Johor  school headmaster during a school assembly.

It is unacceptable to suggest, as stated by the Department of Education that it considers the matter closed and that the matter has been settled between the said principal and the students and/or their parents.

This incident has been widely publicized and is a matter that affects the whole nation. It is also irresponsible to suggest that it is merely a misunderstanding.

Keadilan demands that the said Principal be suspended pending an investigation and if found true that she did indeed make such remarks, she should be immediately removed.

These recurring incidents of incitement of racial hatred and racial insults are a manifestation of a bigger problem i.e the Barisan Nasional Government’s tacit encouragement of incitement of racism and lack of real  political will to curtail such behaviour.

As long as draconian laws such as the ISA and Sedition Act exists and used to stifle healthy discussions and openly allowing extremist groups  to continue inciting racism with impunity, this problem will fester.

Keadilan’s view is that statements such as that made by the Johor principal are not isolated incidents and must be dealt with a holistic and comprehensive approach.

Our answer is to provide a genuine multiracial political paradigm based on principles of fairness, respecting human rights, democracy and justice to all and to reject race based politics.

Further, we and Pakatan Rakyat are committed to the enactment of a Race Relations Act to deal with such instances of incitement of hatred, to provide mechanisms for resolution of such problems when they occur and to safeguard unity and harmony of the rakyat.

Mohamed Azmin Ali

Vice President

Parti Keadilan Rakyat

20 August 2010

Jadual Bulan Ramadhan 1431H

Ramadhan Kareem,

Berikut adalah jadual saya di sepanjang bulan Ramadhan 1431H. Semoga ibadah kita mendapat keberkatan dan keredhaanNya.

—————————————————————————————-

10 Ogos 2010 ( Selasa ) ~ 30 Sya’aban 1431H

  • 2040 – Solat Isyak dan Tarawikh Serta Penyerahan Cek – Masjid Al – Khairiah AU3

11 Ogos 2010 ( Rabu ) ~ 1 Ramadhan 1431H

  • 0552 – Solat Suboh – Masjid Jami’il Huda, Kg. Melayu Ampang
  • 1728 – Iftar bersama keluarga – Kampong Klang Gate
  • 2041 – Solat Isyak dan Tarawikh – Masjid Kampung Klang Gate

12 Ogos 2010 ( Khamis )  ~ 2 Ramadhan 1431H

  • 0551 – Solat Suboh – Surau Ubudiah, Pangsapuri PKNS, Jalan 4 M, Ampang Jaya
  • 1830 – Iftar, Solat Maghrib, Solat Isyak dan Tarawikh Bersama YAB Dato’ Menteri Besar Selangor – Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar Selangor Jalan Permata 7 / 1, Seksyen 7 Shah Alam

13 Ogos 2010 ( Jumaat ) ~ 3 Ramadhan 1431H

  • 0551 – Solat Suboh – Madrasah Ihsaniah, Jalan 14, Ampang Jaya
  • 1321 – Solat Jumaat – Masjid Taman Tun Dr. Ismail
  • 1800 – Iftar Bersama Tuanku Sultan dan Sumbangan Aidilfitri disusuli Solat Isyak dan Tarawikh – Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

14 Ogos 2010 ( Sabtu ) ~ 4 Ramadhan 1431H

  • 0553 – Solat Suboh – Masjid Al – Ridhuan, Batu 7 ½ , Hulu Kelang
  • 1927 – Iftar Bersama Keluarga – Taman TAR, Ampang
  • 2039 – Solat Isyak dan Tarawikh – Masjid Al – Ansar, Jalan Enggang Timur, Taman Keramat

15 Ogos 2010 ( Ahad )  ~ 5 Ramadhan 1431H

  • 0553 – Solat Suboh – Surau Al Muhajirin, Taman Sri Ukay / Hillview
  • 1730 – PROGRAM IHYA’ RAMADHAN PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG – Yayasan Aman, Permatang Pauh

16 Ogos 2010 ( Isnin )  ~ 6 Ramadhan 1431H

  • 1926 – Iftar dan Solat Maghrib – Madrasah Ihsaniah, Jalan 14, Ampang Jaya
  • 2038 – Solat Isyak dan Tarawikh – Madrasah Al – Huda, Lorong Enggang 6, Taman Keramat

17 Ogos 2010 (Selasa ) ~  7 Ramadhan 1431H

  • 1730 – Iftar Bersama Tuanku Sultan dan Sumbangan Aidilfitri disusuli Solat Isyak dan Tarawikh – Masjid Al – Faizin, Jalan Satu, Taman Desa Jaya, Kepong

18 Ogos 2010 ( Rabu ) ~  8 Ramadhan 1431H

  • 1700 – Iftar Bersama Tuanku Sultan disusuli Solat Isyak dan Tarawikh – Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, Kelana Jaya

19 Ogos 2010 ( Khamis ) ~  9 Ramadhan 1431H

  • 1925 – Iftar dan Solat Maghrib – Surau Nurul Hijrah Al – Khalidiah, Kg Melayu Sg Sering
  • 2036 – Solat Isyak dan Tarawikh – Surau Al – Falahiah, Lot 1097 Jalan Haji Mokhtar, Kampung Pasir, Hulu Kelang

20 Ogos 2010 ( Jumaat ) ~  10 Ramadhan 1431H

  • 1320 – Solat Jumaat – Masjid Kampong Nakhoda, Batu Caves
  • 1730 – PROGRAM IHYA’ RAMADHAN PERINGKAT NEGERI PAHANG – Temerloh, Pahang

21 Ogos 2010 ( Sabtu ) ~  11 Ramadhan 1431H

  • 1700 sehingga 2230 – MAJLIS JAMUAN BERBUKA PUASA JALINAN UKHWAH DI RAMADHAN AL-MUBARAK Anjuran YAYASAN SELANGOR – Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya

22 Ogos 2010 ( Ahad ) ~  12 Ramadhan 1431H

  • 1924 – Iftar dan Solat Maghrib – Surau Al-Ehsan Casmaria, Casmaria Apartment, Jalan Samudra Utama
  • 2035 – Solat Isyak dan Tarawikh – Surau Al-Kahfi, Pinggiran Batu Caves

23 Ogos 2010 ( Isnin ) ~  13 Ramadhan 1431H

  • 1924 – Iftar dan Solat Maghrib – Surau Taman Permata, Jalan Permata 4, Taman Permata
  • 2035 – Solat Isyak dan Tarawikh – Masjid Al Syakirin, Batu 5 ¾ Jalan Gombak

24 Ogos 2010 ( Selasa) ~  14 Ramadhan 1431H

  • 2034 – Solat Isyak dan Tarawikh – Masjid Jamek Al-Amaniah, (Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man)

25 Ogos 2010 ( Rabu ) ~  15 Ramadhan 1431H

  •  1923 – Iftar dan Solat Maghrib Bersama Anak Yatim – Surau At – Taqwa, Ukay Perdana
  • 2034 – Solat Isyak dan Tarawikh – Madrasahtul Islamiah, Rumah Pangsa Taman Keramat

26 Ogos 2010 ( Khamis ) ~  16 Ramadhan 1431

  • 2033 – Solat Isyak dan Tarawikh – Masjid Sungai Chinchin, Batu 7 Gombak

27 Ogos 2010 ( Jumaat ) ~  17 Ramadhan 1431H

  • 1730 – PROGRAM IHYA’ RAMADHAN PERINGKAT NEGERI KEDAH – Sungai Petani, Kedah

28 Ogos 2010 ( Sabtu ) ~  18 Ramadhan 1431H

  • 1922 – Program Remaja dan Sumbangan Zakat Untuk Anak-Anak Yatim dan Fakir Miskin Dan Iftar Serta Solat Maghrib – Surau Al-Izzah, Taman Samudera Selatan 10
  • 2032 – Solat Isyak dan Tarawikh – Surau Jabal Nur, Jalan SG 9/8, Taman Sri Gombak

29 Ogos 2010 ( Ahad ) ~  19 Ramadhan 1431H

  • 1922 – Iftar dan Solat Maghrib – Surau Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa
  • 2032 – Solat Isyak dan Tarawikh – Masjid Bukit Antarabangsa, (Ust Zulkarnain Hamzah)

31 Ogos 2010 ( Selasa ) ~  21 Ramadhan 1431H

  • 1921 – Iftar dan Solat Maghrib – Surau Al – Karimiah, Kampung Laksamana, Batu Caves
  • 2031 – Solat Isyak dan Tarawikh – Surau Al – Hijrah, Tanah Gantian, Kampung Sungai Tua
  • 2200 – Majlis Qatam Al Quran – Surau Taman Selayang

1 September  2010 ( Rabu ) ~  22 Ramadhan 1431H

  • 0551 – Solat Suboh – Surau Ar – Raudhah Islamiah, Jalan AU 3/29
  • 2030 – Solat Isyak dan Tarawikh – Madrasah Addinniah, Jalan Bukit Antarabangsa

2 September 2010 ( Khamis ) ~  23 Ramadhan 1431H

  • 1920 – Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya kepada Anak-Anak Yatim Disusuli Iftar dan Solat Maghrib – Surau Al – Hidayah Flat Taman Dato’ Ahmad Razali
     
  • 2030 – Solat Isyak dan Tarawikh – Surau Ubudiah, Pangsapuri PKNS, Jalan 4M, Ampang Jaya

3 September 2010 ( Jumaat ) ~  24 Ramadhan 1431H

  • 1700 – Majlis Penyampaian Manfaat Mesra Usia Emas dan Aidilfitri  DUN Permatang dan Iftar, Solat Maghrib, Solat Isyak dan Tarawikh – Dewan Orangramai Kampung Seri Tiram Jaya, Tanjung Karang

4 September 2010 ( Sabtu ) –  25 Ramadhan 1431H

  • 1800 – Penyampaian Sumbangan Hari Raya Dari Rumah ke Rumah, Ahli Parlimen Gombak Bersama ADN Batu Caves
  • 1900 – Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Beserta Iftar dan Solat Maghrib  – Surau Sirajul Huda, Taman Sri Batu Caves
  • 2029 – Solat Isyak dan Tarawikh – Surau An – Nur, Taman Jasa, Batu Caves

5 September 2010 ( Ahad ) ~  26 Ramadhan 1431H

  • 1919 – Iftar dan Solat Maghrib – Masjid Al Khairiah, AU 3
  • 2028 – Solat Isyak dan Tarawikh – Surau Darussa’adah, Jalan AU1C/2A, Taman Keramat Permai
  • 2230 – Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya – Masjid Al – Khairiyah AU3

6 September  2010 ( Isnin ) ~  27 Ramadhan 1431H

  • 1918 – Iftar dan Solat Maghrib – Hulu Langat
  • 2028 – Solat Isyak dan Tarawikh – Hulu Langat

7 September  2010 ( Selasa ) ~  28 Ramadhan 1431H

  • 1730 – PROGRAM IHYA’ RAMADHAN PERINGKAT NEGERI PERAK – Bukit Gantang, Perak

Mohamed Azmin Ali

 30 Sya’aban 1431H

Nota : Jadual tertakluk kepada pindaan


Suara Keadilan suspension: PKR demands that the Home Ministry respects democratic and opposition rights – 5 July 2010

Parti Keadilan Rakyat condemns the Home Ministry’s (KDN) suspension of Suara Keadilan newspaper as a clear violation of democratic freedoms including freedom of the press and the rights of the opposition.

Suara Keadilan received a letter dated 2 July 2010 from the Ministry stating that:-

  1. they were not satisfied with the explanation given concerning the Felda story;
  2. Suara Keadilan had not responded to their earlier “surat-surat teguran”;
  3. the permit has already expired (on 30 June 2010) and that a so called Panel 13 of the KDN  has not decided on the renewal;
  4. the alleged “surat-surat teguran” revolved around Suara Keadilan’s reports “UMNO-BN ketagih sedut hasil Petronas”, “BN Bolot, jual saham BERNAS” and “UMNO-BN rosakkan institusi perubatan”.

The Ministry therefore found the newspaper: “gagal mematuhi konsep sebenar yang telah diluluskan oleh pihak kementerian iaitu isi kandungan hanya terhad kepada berita, rencana yang berkaitan dengan PKR sahaja namun sebaliknya isi kandungan penerbitan ini menyentuh tentang rencana-rencana serta isu-isu semasa serta cenderung menyiarkan isu-isu untuk menjejaskan kredibiliti, imej serta reputasi kepimpinan kerajaan yang memerintah pada masa ini. Ini juga telah bercanggah dengan Syarat-Syarat Permit Penerbitan yang telah ditetapkan oleh Kementerian”.

Keadilan finds the KDN’s reason for suspending Suara Keadilan as absurd, ridiculous and filled with mala fide as surely it cannot expect an opposition newspaper to report only on party activities without any writings on current issues and the present government.

This action merely goes to show that the BN-UMNO government is insecure and unable to respond in a civilised manner to the issues and real concerns raised by the opposition but instead resorts to oppressive and outdated laws like the Printing Presses and Publication Act. It is of no concern to the Ministry what the opposition writes in its newspapers and the Ministry should only issue the licence annually without attempting to dictate what can or cannot be written.

There is no reason to take offense at the Felda bankruptcy story as Felda is open to respond to the allegations and in any event it has already initiated legal proceedings against the newspaper – which the party will defend.

Keadilan wishes to assert that the party has never received any letters from the KDN including any “surat teguran”. Suara Keadilan lawyers have written on 29 June 2010 informing that their client did not receive such letters and requested details and copies of the alleged letters but KDN failed to respond.

Further, Suara Keadilan has applied to renew its license on 11 March 2010 but did not receive any response and this clearly showed that the Felda story and the alleged surat-surat teguran were merely a pretext to suspend the newspaper.

Keadilan has filed an emergency motion in Parliament through YB Azmin Ali, MP for Gombak to demand an explanation from the Ministry of Home Affairs on the suspension of Suara Keadilan.

Mohamed Azmin Ali

Member of Parliament for Gombak

5 July 2010

Fitnah Barisan Nasional Semakin Kencang

KENYATAAN MEDIA

Kenyataan bekas ketua pemuda MIC, Vigneswaran yang mendakwa saya dan isteri memiliki saham bernilai RM 8.5 juta dari tahun 1992 sehingga tahun 1994 adalah tidak berasas sama sekali. Saya belum melihat dokumen yang didakwa oleh Vigneswaran tetapi saya percaya dokumen itu dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengaitkan dengan saya dan isteri saya. Semenjak tahun 1998, saya dan keluarga sering menjadi sasaran fitnah bertujuan untuk mengaibkan saya dan keluarga. Saya diburu oleh pihak berkuasa seperti polis, Badan Pencegah Rasuah dan juga Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menjalankan siasatan mengenai perolehan harta saya. Malahan, alasan yang sama digunakan untuk menangkap dan menahan saya pada 16 September 1998 sehingga 22 September 1998. Saya telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa termasuk butiran lengkap aset kami.

Saya merasa kesal kerana apa yang berlaku hari ini menunjukkan Barisan Nasional tidak akan berhenti dari melancarkan serangan fitnah yang jahat untuk mengganggu keamanan dan ketenteraman saya dan keluarga. Saya melihat tindakan jijik yang terancang ini adalah untuk mengaibkan dan mencemarkan nama saya dan isteri. Kenyataan berunsurkan fitnah dan berniat jahat itu jelas mempunyai motif politik bertujuan merosakkan reputasi saya selaku Ahli Parlimen Gombak serta Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dilemparkan oleh Vigneswaran. Saya telahpun mengarahkan peguam saya untuk bertindak segera prosiding perundangan yang sewajarnya terhadap pihak yang membuat kenyataan dan melaporkan kenyataan fitnah tersebut.

AZMIN ALI

Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Mengikut Kementerian

Kenyataan Akhbar

Pakatan Rakyat

2 Julai 2009

Senarai Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Mengikut Kementerian

Pada hari ini kami ingin mengumumkan Senarai Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat
mengikut Kementerian.

Matlamat Jawatankuasa ini adalah untuk menyediakan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat
bagi sesi perbahasan di Parlimen termasuk perbahasan Rang Undang-undang dan sesi soal
jawab. Ini adalah bagi meningkatkan kualiti perbahasan dengan bersandarkan rujukan
secara khusus berdasarkan kementerian masing-masing.

Jawatankuasa ini dibentuk mengikut 25 Kementerian dalam kerajaan Barisan Nasional
dan dipengerusikan secara bersama oleh seorang wakil dari setiap parti dalam Pakatan
Rakyat. Keanggotaan Jawatankuasa ini melibatkan beberapa Ahli Parlimen lain dan juga
boleh melibatkan pakar dari luar dalam bidang masing-masing bagi membantu Ahli Parlimen
Pakatan Rakyat.

YB Mohamed Azmin Ali

Ketua Whip

Ahli Parlimen PKR

YB Tan Seng Giaw

Ketua Whip Ahli Parlimen DAP

YB Salahuddin Ayub

Naib Presiden PAS

Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim