AZMIN ALI

LATEST

Category: Pakatan Harapan

Kenyataan Akhbar Majlis Pimpinan

8 Febuari 2015

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah bermesyuarat hari ini di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut.

Ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat mengesahkan komitmen kepada perjuangan Pakatan Rakyat sebagaimana yang telah dipersetujui dalam Agenda Bersama Pakatan Rakyat.

Mesyuarat hari ini bersetuju bahawa semua keputusan yang dibuat oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dibuat berteraskan prinsip muafakat bersama. Atas semangat saling menghormati, keputusan yang dimuktamadkan sebegini menjadi asas keutuhan Pakatan Rakyat selama ini.

Pun begitu, Pakatan Rakyat juga akan terus meraikan perbezaan pendapat di antara parti-parti Pakatan Rakyat. Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan dan merangka penyelesaian menyentuh isu-isu Enakmen Jenayah Syariah 2 dan Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan. Bagi memperbaharui dokongan para penyokong, kita bersetuju agar Konvensyen Pakatan Rakyat dianjurkan pada 10 Mei 2015.

Pakatan Rakyat mendokong semua langkah mewujudkan permuafakatan membabitkan parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan bagi mencari penyelesaian berkaitan isu-isu semasa terutamanya ekonomi dan ketegangan hubungan kaum.

Menjelang hari keputusan Mahkamah Persekutuan dalam Kes Fitnah II, ketiga-tiga parti mengulangi tekad dan memberikan jaminan bahawa perjuangan bersama di dalam Pakatan Rakyat akan terus dipertahankan. Kami menegaskan bahawa perbicaraan ini adalah perbicaraan bermotifkan politik. Majlis Pimpinan juga bersetuju untuk bermesyuarat semula sejurus selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan pada 10 Februari 2015.

Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN

Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP

TG Hj Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Perbandingan prestasi antara kerajaan BN dengan PR

Oleh Merdeka Review

Selepas dekat tiga tahun berlakunya perubahan politik pada 8 Mac 2008, satu pengesahan kepada prestasi tadbir urus negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat telah disediakan oleh Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU).

Lima negeri dalam dua kategori berasingan, iaitu Johor, Pahang dengan Selangor; dan juga Melaka dengan Pulau Pinang, telah dipilih untuk membuat perbandingan dari tiga sudut: pengurusan kewangan, pentadbiran negeri dan pendemokrasian masing-masing.

PENGURUSAN KEWANGAN

Johor/Pahang dengan Selangor

Secara keseluruhannya, proses membaiki status kewangan negeri telah bermula di Kerajaan Negeri Selangor, namun langkah pemantapan prestasi kewangan Kerajaan Negeri Johor dan Pahang belum lagi mempamerkan perubahan positif. Tahap kemantapan pengurusan kewangan dapat dilihat daripada Laporan Ketua Audit Negara yang mengesyorkan supaya Selangor meneruskan perbelanjaan berhemat dan terus berusaha mengutip baki pinjaman boleh dituntut di samping usaha berterusan terhadap kutipan tunggakan bayaran pinjaman boleh dituntut, manakala Johor dan Pahang disyorkan perlu mempertingkat dan memperkukuhkan lagi prestasi kewangan (Johor), dan perlu mengamalkan perbelanjaan berhemat (Pahang).

Dari segi Nisbah Semasa, Kerajaan Negeri Selangor memperoleh nisbah lebih daripada 1, manakala Kerajaan Negeri Johor dan Pahang memperoleh nisbah kurang daripada 1. (Analisis Nisbah Semasa adalah untuk mengukur kedudukan kecairan tunai Kerajaan Negeri dalam membiayai jumlah Tanggungan Semasa. Sekiranya nisbah yang dihasilkan melebihi daripada 1, maka ini menunjukkan tanda yang positif dari segi kedudukan kecairan tunai.) Fakta ini menunjukkan bahawa kecairan tunai Kerajaan Negeri Johor dan Pahang adalah rendah untuk menampung jumlah tanggungan semasa.

Dari segi defisit, ketiga-tiga negeri mencatat defisit, iaitu Johor RM70.35 juta, Pahang RM42.27 juta dan Selangor RM65.96 juta. (Defisit dalam maksud ini mengambil kira perbandingan antara hasil dengan perbelanjaan mengurus Kerajaan Negeri bagi tempoh perakaunan semasa dan tahun sebelumnya untuk mengukur lebihan atau defisit bagi Akaun Hasil Disatukan.) Namun begitu, defisit Negeri Pahang dan Johor adalah lebih parah jika berbanding dengan Selangor apabila diambil kira faktor kutipan hasil. Read More

Ucapan Perbahasan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) – 15 Jun 2010

Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga, Parlimen Kedua Belas (2010) Ucapan Perbahasan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) Mohamed Azmin Ali Ahli Parlimen Gombak 15 Jun 2010

Tan Sri Yang Di-pertua

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)

1. Pakej stimulus pertama November 2008 yang berjumlah RM 7 bilion tidak berjaya mencapai high multiplier effect.

§  RM 500 juta diperuntukkan untuk penyelenggaraan dan menaik taraf Pengangkutan Awam. Namun, pengangkutan awam masih lagi tidak efisyen serta bukan menjadi pilihan utama pengangkutan untuk rakyat. Tiga jaringan (lines) pengangkutan awam LRT, Komuter dan Monorail masih belum disepadukan (integrated public transportation services) seperti di New York 80 tahun yang lalu.

§  RM 400 juta diperuntukkan untuk mempercepatkan pelaksanaan Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi. Kadar pengguna broadband hanya 7.7% daripada keseluruhan pengguna internet seramai 16.9 juta orang.

2. Pakej rangsangan kedua bernilai RM 60 bilion yang diumumkan pada 10 Mac 2009 pula hanya melibatkan RM 15 bilion untuk pembangunan fiskal. Jumlah yang besar diperuntukkan menerusi capital guarantee dan tax relief bagi syarikat-syarikat dan tidak mencapai kumpulan sasar iaitu rakyat terbanyak.

3. Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM 200 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang dibentangkan pada 31 Mac 2006. Jumlah untuk pembangunan infrastruktur seperti :

§  RM1 bilion untuk menaik taraf dan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebagai pusat penerbangan kos rendah kedua di Malaysia. Kos pembinaan LCCT Lapangan Terbang Kota Kinabalu hanya berjumlah RM 200 juta, dimanakah RM 800 juta selebihnya yang sepatutnya diperuntukkan untuk menaik taraf dan pembesaran lapangan terbang tersebut.

4. Pada 21 April 2010, Perdana Menteri berkata, sehingga Februari tahun ini, hanya 11 daripada 26,820 projek melibatkan peruntukan RM82 juta di bawah RMK-9 yang belum dimulakan.

5. Kerajaan wajib menjelaskan status 16,334 projek yang melibatkan peruntukan RM193.9 bilion dalam pelbagai peringkat pelaksanaan dan masih belum siap.

6. Jumlah keseluruhan projek di bawah RMK-9, 10,482 projek dengan peruntukan RM36 bilion sahaja yang telah disiapkan. Tidak sampai 16% projek daripada perancangan telah siap dan RMK-9 merupakan satu kegagalan.

7. Nilai pelaburan dan portfolio (capital flight) keluar negara berjumlah US $61 bilion dalam 2008 dan 2009; menunjukkan ketidakyakinan pelabur luar dengan pengurusan kewangan serta ekonomi negara.

8. Dalam membuat unjuran ekonomi termasuk RMK-10, Kerajaan menerima panduan siapa? BNM, MOF, Pemandu, EPU. Banyak pihak menyanggah angka dan statistik Pemandu selaku coordinating agency. Agensi-agensi Kerajaan tidak perlu bercanggah pendapat untuk membuat unjuran pertumbuhan ekonomi.

9. Menurut Pemandu, jumlah keseluruhan subsidi yang dibayar Kerajaan ialah RM74 bilion. Tetapi, Kementerian Kewangan pula menyatakan bahawa jumlah subsidi hanya RM18.6 bilion.

10. Menurut data Pemandu, hanya RM 1.9 bilion subsidi ditujukan khusus kepada rakyat miskin, petani dan nelayan. Sedangkan, RM 18 bilion subsidi diterima oleh syarikat-syarikat kroni.

Rasionalisasi subsidi

11. Kontrak berat sebelah Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) di antara Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) melibatkan pembayaran kepada IPP mencapai RM 12 bilion pada 2009 dan keuntungan yang diraih oleh IPP berjumlah RM 3.5 bilion (2008) mewakili 29.2% daripada kos yang yang dibayar oleh TNB. [sumber : Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)] (sumber : Malaysiakini, 8 Julai 2008)

12. Tan Sri Ani Arope mengesahkan bahawa Unit Perancang Ekonomi memaksa TNB membeli tanaga daripada IPP pada kadar 14 sen seunit kW berbanding dengan harga pasaran 12 sen seunit kW.

13. Lebihan capacity margin yang mencecah 50% mengakibatkan TNB terpaksa membayar IPP sebanyak RM 4 bilion setahun, sedangkan TNB dapat menjimatkan sebanyak RM 2.7 bilion setahun sekiranya spare capacity atau reserve margin dapat dikurangkan daripada 50% kepada 16%.

14. MEB dan RMK-10 berhasrat untuk memotong subsidi bagi mengurangkan perbelanjaan negara.

15. Tetapi pembayaran melampau kepada syarikat-syarikat IPP telah menyumbang kepada lonjakan jumlah subsidi sejumlah RM 74 bilion yang tidak memberi manfaat kepada rakyat tetapi untuk syarikat-syarikat kroni.

16. Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu, Datuk Seri Idris Jala menyatakan negara akan bangkrap pada tahun 2019 sekiranya subsidi tidak dipotong; manakala Dato’ Sri Najib pula berkata Malaysia akan mencapai status Negara Maju menjelang 2020.

17. Sebanyak 75% daripada isi rumah yang berpendapatan RM 2,000 ke bawah adalah daripada kaum Melayu dan Bumiputra. Ini membuktikan bahawa UMNO-BN telah gagal mengangkat bangsa Melayu dari lembah kemiskinan. (sumber : Datuk Dr Mohamed Ariff, bekas Pengarah Eksekutif MIER)

18. Dalam masa setahun sahaja, jumlah hutang negara naik sehingga 18.3% daripada RM 306 bilion (2008) ke RM 363 bilion (2009). Jumlah hutang negara meningkat 14.6% dalam tahun 2007 dan 10.3% dalam tahun 2006. Pertambagan jumlah hutang negara meningkat drastik sebanyak 50% dalam hanya 3 tahun semenjak 2006 daripada RM 242 bilion.

Middle income trap

19. Fenomena baru yang menghambat kemajuan negara hari ini di mana pacuan ekonomi selama dua dekad telah mula perlahan dan stagnant serta tiada upaya untuk terus melonjak dan sustain pertumbuhan ekonomi sepertimana yang melanda Brazil dan Mexico.

20. Fenomena middle income trap ini akibat daripada ketidakmampuan negara untuk melonjak daripada middle income country kepada high income country.

21. Negara yang setara dengan Malaysia pada tahun 1970’an seperti Singapura, Korea dan Taiwan telah mengorak langkah jauh meninggalkan Malaysia dalam hampir kesemua indikator ekonomi seperti pertumbuhan ekonomi, pendapatan per kapita, kualiti hidup rakyat dan sebagainya.

22. KDNK Korea Selatan per kapita adalah AS$16,450 (RM54,449), Singapura AS$34,346 (RM113,685) dan Hong Kong AS$29,559 (RM97,840). Sementara Malaysia masih lagi pada kadar AS$7,469 (RM24,722). 23.     Kebergantungan kepada sektor perkilangan menguncup tetapi sektor perkhidmatan juga tidak mampu menjadi sumber new growth area. Malaysia yang pada suatu ketika menerajui instrumen perkhidmatan kewangan Islam serta mempunyai competitive advantage kini sudah ketinggalan kepada London, Singapura dan Hong Kong.

PENGKALAN TUDM SUNGAI BESI

24. Dalam teras strategik kedua, ( TS 2.3 ), Perdana Menteri  menekankan soal perkongsian pintar dan berkesan antara sektor awam dan swasta untuk menjana transformasi ekonomi. Ini termasuk projek pembangunan strategik yang meliputi  kawasan Lapangan Terbang Sungai Besi yang kononnya dipimpin oleh syarikat berkaitan kerajaan.

25. YAB Perdana Menteri menggunakan Lembaga Tabung Amanah Tentera ( LTAT ) untuk dijadikan sandaran di dalam konsortium itu, sedangkan jelas ia adalah perancangan melelong harta rakyat kepada kroni pada harga yang tidak berpatutan.

26. Apakah kerajaan terlalu terdesak untuk memulihkan ekonomi sehingga sanggup mengorbankan keselamatan negara dan menggadai maruah dan kedaulatan negara?

27. Saya melihat hari ini wujud trend di bawah pentadbiran yang baru yang menggila untuk melenyapkan aset negara melalui penjualan tanah – tanah strategik kepada kroni dan keluarga.

28. Lapangan Terbang Sungai Besi  ( KL Base ) merupakan satu – satunya pengkalan dan lapangan terbang di dalam bandar ( the only frontier in the city ) yang merupakan satu elemen penting kepada pertahanan nasional dan sesuai dengan konsep HANRUH pertahanan menyeluruh dan memberi ruang kepada ketiadaan fasiliti back up yang penting untuk keselamatan negara.

29. Pusat Operasi Tentera Udara ( POTU ) merupakan pusat integrasi maklumat radar pertahanan udara di bawah tanah yang paling canggih dengan dilengkapi sistem radar yang disebut Malaysia Air Defence Ground Environment ( MADGE ). MADGE ini merupakan sistem satelite bersepadu ( integrated system ) yang mempunyai real time battle air picture dengan hubungan terus dari Butterworth di utara, Kuantan di timur dan Bukit Ibam.

30. Kepakaran teknologi dan keselamatan mengambil masa bertahun – tahun ( 10 tahun ) “ to perfect ” sistem radar bersepadu demi kedaulatan dan keselamatan negara.

31. Saya difahamkan kecanggihan teknologi ini sudah sampai ke tahap “ two seconds delay radar ”. Ini bermakna panglima tentera hanya perlu berada di POTU untuk memimpin perang atau serangan tanpa perlu berada di Butterworth atau Kuantan atau Bukit Ibam.

32. POTU merupakan pusat pertahanan negara bawah tanah ( war bunckers ) yang paling canggih dan moden. POTU juga menempatkan EWSC ( Electronic Warfare Support Center )

33. POTU juga merupakan lokasi untuk Regimen 31 Artillery Low Level Air Defence. Markaz HANDAU dan Markaz 1 Division Udara. POTU juga menempatkan Muzium Tentera Udara, Institut Perubatan Penerbangan dan Mes Wira Angkasa untuk kebajikan pegawai – pegawai dan anggota serta warga TUDM. Hari ini, POTU menjadi mangsa kerakusan nafsu serakah pemimpin elit UMNO.

34. Negara jiran akan gembira menonton gelagat pemimpin negara yang musnahkan kubu pertahanan negara di lokasi bandar yang cukup strategik jika diserang oleh musuh negara. Apakah kerajaan boleh memberi jaminan bahawa relocation dan perpindahan POTU ini tidak akan menjejaskan dan terputusnya sistem radar bersepadu yang dibangunkan puluhan tahun demi kedaulatan negara dan keselamatan ruang udara ( air sovereignity ).

35. Apakah jaminan tentang transfer gap time yang mana akan melibatkan beberapa tahun lagi untuk proofing dan commissioning.

36. Kos untuk memindahkan segala kemudahan keselamatan dan sistem radar bersepadu di POTU pastinya akan melonjakkan bajet Kem Pertahanan dan merupakan kos tersembunyi.

37. Mengapa kerajaan UMNO cepat bertindak untuk menjual aset – aset strategik negara khususnya hartanah dan kemudahan angkatan tentera. Kem Majidee dijual, Kem Transit Ampang diserah kepada kroni, Markaz 2 Division Pulau Pinang digadai, Kuarters Tentera Darat di Batu Uban dibangunkan secara komersil mewah. Apakah perwira –perwira negara kita serta keluarga mereka tidak layak berkhidmat dan menetap di bandar? Mengapa kerajaan dilihat cenderung menghalau mereka ke luar bandar semata – mata atas nama pembangunan ekonomi?

38. POTU mesti dipertahankan. Lapangan Terbang Sungai Besi telah banyak berjasa kepada negara. Ianya merupakan warisan dan sejarah penting negara yang tidak  boleh dipadamkan.

39. Penerbangan pergi dan balik menuntut dan mencapai kemerdekaan adalah melalui  Lapangan Terbang Sungai Besi.

40. Penerbangan ihsan untuk rakyat Malaysia juga menggunakan Lapangan Terbang Sungai Besi. Jika berlaku bencana negara, dan kecemasan, Lapangan Terbang Sungai Besi berperanan untuk menjadi pusat udara untuk bertindak segara membantu mangsa – mangsa bencana.

41. Apakah kerajaan telah menjalankan rundingan secara terperinci dengan pegawai – pegawai TUDM sebelum membuat keputusan ini?

42. Apakah ini adalah golden handshake untuk Panglima Tentera Udara yang akan bersara dalam masa terdekat?

43. Apakah kerajaan sudah mengenalpasti lokasi baru POTU? Apakah ciri – ciri yang digunapakai untuk menentukan lokasi baru ini?

44. Bilakah kerajaan bercadang untuk menjual aset negara seperti MINDEF, PULAPOL, Bukit Aman dan PUTRAJAYA?

45. Dari sudut pelaburan ekonomi, mengapa amalan tender terbuka tidak digunapakai dalam penjualan aset strategik negara yang dilaporkan seluas 400 ekar ini?

46. Kerajaan perlu belajar dan amalkan prinsip – prinsip ketelusan. Sekiranya hartanah ini ditenderkan, kerajaan akan mendapat ‘ real value for money ’.

47. Projek pembangunan semula kem tentera udara Sungai Besi kepada konsortium yang melibatkan 1Malaysia Development Berhad dan Malton Berhad. 1MDB ini terpalit dengan seorang bernama Jho Low yang dianggap sebagai “ lelaki misteri yang membelanjakan wang besar di kelab – kelab malam di New York ” seperti laporan New York Post. Malton Berhad adalah syarikat yang berkait dengan Datuk Desmond Lim.

48. What is the price and value they got apakah value ini fair untuk kerajaan?

49. Apakah peranan Datin Cindy dalam penganugerahan hartanah yang mewah ini?

50. Saya difahamkan Datin Cindy adalah shopping partner kepada isteri kepada pemimpin tertinggi negara.

Sekian Tan Sri Yang Di-pertua

Pesanan Tok Guru Buat Pengundi Dun Permatang Pasir

“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan
(mengikhlaskan) ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus.”
(Sebahagian dari Ayat 5 :Surah Al Bayyinah)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

Tuan/Puan bakal-bakal pengundi sekalian,

Alhamdulillah. Menjelang 1 Ramadhan 1430, genaplah 8 warkah rayuan pengundi yang telah
saya tulis dan tandatangani. Entah apalah rahsia yang tersimpan dalam lipatan perbendaharaan
ilmu Allah yang Maha Luas itu sehingga berlaku 8 pilihan raya kecil sejak Pilihan
Raya Umum Ke-12, tiada siapa jua yang mampu menekanya. Apa yang hanya boleh kita baca
dari 7 pilihan raya kecil yang telah berlalu, parti yang bertanding dari Pakatan Rakyat
(PR) telah menang sebanyak 6 kali berturut-turut. BN cuma menang 1 kali; itupun di
Batang Ai,Serawak. Ini realiti dan ini kenyataan.

Pada kali ini Kerusi Permatang Pasir menjemput kita sekali lagi untuk turun ke gelanggang.
Walaupun dengan penuh berat, kita terpaksa melepaskan Allahyarham Dato’ Hamdan kita
untuk kembali menemuiNya. Bagi kita yang hidup, tuntutan sambungan jihad demi sebuah
tanggungjawab wajib diteruskan. Sudah 3 penggal calon kita bersusah payah untuk mengangkat
Islam dan sudah 15 tahun rakyat di Permatang Pasir memperbaharui kepercayaan agar
PAS terus menerajui kerusi Dewan Undangan di Permatang Pasir ini.

Jika dibaca nilai istiqamah pengundi di sini di masa-masa lalu, ia jelas menunjukkan
betapa tingginya iltizam, kenyakinan dan komitmen mereka. Walaupun mereka tentu boleh
faham bahawa apalah sangat memberi kemenangan kepada PAS di kerusi ini dari segi memerintah
negeri, namun pada saya, majoriti yang diraih Allahyarham pada 8 Mac 2008, melebihi
5,000 undi adalah teramat mahal. Bagi pengundi Islam tanpa mengira bangsa, mereka
tentu ingin merakamkan sokongan mereka kepada sebuah gerakan Islam yang membawa perjuangan
Islam syamil yang sebenar. Mereka tidak sanggup memangkah parti Umno yang mengamalkan
Islam dari klon sekular; agama suku dan politik suku. Mana boleh diasingkan iman dengan
Islam dan Islam dengan politik? Islam jenis sekular yang diperjuangkan oleh Umno inilah
yang saya namakan sebagai Islam palsu. Sebagaimana adanya wang palsu, rambut palsu
atau kad pengenalan palsu; begitu jugalah dengan Islam palsu. Benda palsu; nampak
macam sebenar tetapi ia tetap tidak asli. Bagi yang ahli, dia akan tetap tahu membezakan
antara bunga hidup dengan bunga plastik. Dengan keadaan tidak tulin itulah timbulnya
keraguan. Soalnya bolehkah yang diragu-ragu (syak) itu dibawa untuk mendapatkan anugerah
Syurga Allah di akhirat kelak? Saya bercakap dari sudut aqidah dan kaedah. Jika buat
begini ia boleh jadi begini. Jika tidak sempurna wudhu’, amalan sembahyang tidak diterima.
Jika tolak Islam dari Allah, maka dengan apa nak digantikan? Ini bukan soal saya mendahului
Tuhan atau lebih tahu dari Tuhan. Ini soal kaedah. Saya percaya, para pengundi Islam
di DUN Permatang Pasir boleh dengan mudah memahami persoalan ini. Read More

Ribuan Ahli Pas, Umno Hadir Beri Sokongan

Pekan kecil Manek Urai pagi ini bertukar wajah apabila ribuan penyokong PAS dan Umno
mengiringi calon masing-masing ke pusat penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN
kawasan tersebut pagi ini.

Walaupun proses penamaan calon itu hanya bermula jam 9 pagi, tetapi penyokong kedua
belah pihak sudah mula berkumpul seawal jam 7 pagi sebelum berarak ke pusat penamaan
calon di SMK Sultan Yahya Petra 1.

Penyokong Umno berhimpun di ibu pejabat parti itu di Kuala Krai sambil memukul gendang
dan gong tradisional Kelantan mengikut rentak dikir barat, sementara menunggu ketibaan
pemimpin mereka.

Pertama tiba di situ ialah pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa
Mohamed. Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor turut hadir untuk memantau
persiapan untuk proses penamaan calon.

Pada jam 8.30 pagi, kira-kira 2,000 penyokong Umno sudah bersedia untuk
mula berarak ke pusat penamaan calon.

Hadir mengiringi calon Umno – Tuan Aziz Tuan Mat, 39 – ialah Timbalan Presiden Umno,
Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk
Mohd Shafie Apdal, serta Ketua Pemuda dan Wanita Umno – Khairy Jamaluddin dan Datuk
Shahrizat Abdul Jalil.

Sementara kira-kira 2,000 penyokong PAS pula mula berhimpun di persimpangan Jalan
Kuala Krai pada kira-kira jam 7 pagi.

Dan ketika parti itu mengadakan sembahyang hajat di Masjid Al-Jauhar, jumlah penyokong
PAS sudah bertambah kepada hampir 10,000 orang

Dengan diketuai oleh Mursyidul Am PAS yang juga menteri besar Kelantan, Datuk Nik
Aziz Nik Mat, mereka mula berarak mengiringi calon PAS – Mohd Fauzi Abdullah, 50 –
ke pusat penamaan calon pada kira-kira jam 8.10 pagi.

SMK Sultan Yahya Petra 1 terletak sejauh kira-kira 1.4 km.