AZMIN ALI

LATEST

Category: Uncategorized @ms

Kenyataan Media – FAS

KENYATAAN MEDIA

30 DISEMBER 2016
Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) melalui Kongres Luar Biasa pada Disember 2014 telah bersetuju dan meluluskan sebulat suara untuk memilih saya sebagai Presiden FAS yang baru.

Saya menyambut baik perlantikan ini dengan harapan untuk melakukan perubahan dalam pengurusan FAS dan juga pembangunan sukan bolasepak Negeri Selangor.

YB Amirudin Shari atas kapasiti sebagai EXCO Pembangunan Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor telah dilantik sebagai Pengurus Pasukan untuk memperkukuh mutu dan kualiti sukan bolasepak termasuk program pembangunan Akademi Merah Kuning. Akademi ini ditubuhkan untuk menggilap bakat pemain-pemain muda Selangor seawal usia 16 tahun. Kami juga berusaha gigih untuk menyediakan dana yang besar bagi menjayakan usaha ini termasuk menjaga kebajikan pemain-pemain bolasepak Selangor melalui pengurusan kewangan yang telus dan berhemah.

Kerjasama erat kepimpinan baru dengan para pemain telah berjaya membawa pasukan bolasepak Negeri Selangor menamatkan kemarau 10 tahun kejuaraan Piala Malaysia selain berjaya ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia dua tahun berturut-turut pada 2015 dan 2016.

Malangnya, setelah hampir 2 tahun kami bersama FAS, kami tidak melihat kesediaan EXCO FAS untuk mendukung perubahan. Barisan EXCO FAS sedia ada masih kekal dengan sikap dan budaya lama – “excessive politics, old-fashioned way of doing things, over dependency on subsidy mentality”. Malah, sehingga kini, barisan EXCO FAS gagal mengemukakan pelan strategik untuk pengurusan bolasepak Negeri Selangor termasuk organisasi pentadbiran yang profesional sebagaimana yang disarankan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelang 2018. EXCO FAS terus bergelumang dengan budaya politik yang tidak bertanggungjawab serta mengecewakan penyokong dan rakyat Negeri Selangor.

Sehubungan dengan itu, saya dan YB Amirudin Shari mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama dengan sebuah organisasi dan pengurusan yang tidak berwibawa dan tidak komited dengan agenda perubahan demi menjamin kegemilangan bolasepak Negeri Selangor.

Sukan bolasepak merupakan sukan rakyat yang dapat memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian rakyat Negeri Selangor. Justeru, Kerajaan Negeri akan memberikan sokongan dan dukungan kepada kemajuan sukan bolasepak Negeri Selangor melalui kaedah baru yang akan diputuskan kelak. Kami memberi jaminan kepada penyokong bolasepak Selangor bahawa kegemilangan sukan bolasepak akan dijulang melalui pengurusan yang bersih dan berintegriti.

YAB DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI

YB AMIRUDIN BIN SHARI

[UCAPAN] MAJLIS PERASMIAN JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT

Alhamdulillah, kita memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana diberikan kekuatan untuk bersama mendukung satu usaha yang murni dalam program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit.

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor di atas pelaksanaan program ini yang dilaksanakan secara serentak di seluruh negara.

Membaca adalah langkah mencipta kesempurnaan manusia. Filasuf Zaman Pencerahan, Roger Bacon berkata : “Reading maketh a full man; conference a ready man; and writing, an exact man.” Sudah tentu apa yang dimaksudkan oleh Bacon bukan sekadar pembacaan yang sembarangan, pembacaan karya picisan atau sekadar untuk mencari fakta dan maklumat tetapi pembacaan untuk pencerahan.

Justeru itu, Bacon menambah: “Read not to contradict or confute; nor to believe and take for granted; nor to find talk and discourse; but to weigh and consider.” Membaca bukan untuk menelan bulat-bulat apa yang dibaca, tetapi membaca dengan menggunakan akal kritis.

Hasil pembacaan dikongsi dalam wacana, forum dan perdebatan. Manusia yang tepat dan lengkap, menghasilkan ilmu melalui penulisan setelah melalui pembudayaan pembacaan dan wacana.

Dalam mana-mana tamadun, kita akan mendapati wujudnya institusi perpustakaan, awam dan peribadi untuk menyuburkan kegiatan membaca, wacana kritis dan penulisan.

Ibnu Sina boleh menggarap segala ilmu warisan tamadun Greek dan Parsi di zamannya kerana beliau memperoleh akses kepada Perpustakaan Di Raja Empayar Samaniyan yang rancak menaungi kegiatan ilmu.

Kehebatan dan kegemilangan zaman khalifah dan kesultanan Islam adalah kerana memberikan keutamaan kepada pembinaan tradisi keilmuan di mana salah satu prasarana utama adalah pembangunan perpustakaan awam.

Rakyat Selangor perlu mengambil iktibar dan pengalaman Baitul Hikmah atau House of Wisdom yang diasaskan oleh Khalifah Harun Al Rashid di era Abbasiyyah yang merupakan hub intelektual pada zaman keemasan tamadun Islam.

Baitul Hikmah menjadi pusat pembangunan budaya intelektual kosmopolitan yang kemudiannya mempengaruhi sejarah dunia barat dan menjadi asas kepada kemunculan zaman Renaissance dan pencerahan.

Baitul Hikmah dan karya-karya yang muncul darinya mencetuskan wacana intelektual di Baghdad, dipertingkatkan di Andalusia dengan kemuncaknya pada Ibnu Rusyd yang mempengaruhi pemikir-pemikir besar barat seperti Thomas Aquinas yang meletakkan unsur rasionalisme dalam tamadun barat.

Sejarah telah membuktikan bahawa kemusnahan perpustakaan adalah salah satu punca kejatuhan dan kehancuran sesebuah tamadun. Sejarah menegaskan bahawa kejatuhan zaman keemasan Islam berpunca daripada pencerobohan Mongol dan tentera salib yang memusnahkan perpustakaan dan madrasah.

Maharaja Shih Huang Ti juga telah membunuh para ilmuan dan sarjana serta membakar buku-buku bagi memasung pemikiran rakyatnya untuk menerima pemerintahan beliau yang autokratik. Justeru, tidak ada keraguan bahawa kongkongan terhadap akal dan pemikiran adalah salah satu faktor utama kejatuhan sesebuah empayar dan tamadun.

Dalam sejarah lampau, pustakawan juga adalah seorang ilmuan dan filasuf. Ahli falsafah Laozi adalah seorang pustakawan maharaja di perpustakaan yang tertua di China. Justeru itu, peranan pustakawan tidak boleh diremehkan. Adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk mahir dan mengikuti segala perkembangan dan kemajuan dunia ilmu.

Perpustakaan juga mempunyai peranan dalam pembangunan demokrasi. The Library of Congress yang diasaskan dalam tahun 1800 oleh Presiden Kedua Amerika, John Adams, kini menjadi perpustakaan terbesar di dunia dari segi koleksi untuk membantu ahli-ahli kongres dalam perdebatan kongres dan penggubalan undang-undang.

Dengan mengambil contoh dari The Library of Congress, PPAS perlu menyediakan sumber rujukan dan pencetus pemikiran bagi Ahli-Ahli Dewan Negeri untuk dibahaskan dalam dewan, agar perdebatan lebih substantif. Inilah jalan yang perlu ditempuh untuk mencapai demokrasi berpencerahan.

Dengan mengambil iktibar dari langkah Thomas Jefferson yang menghadiahkan koleksi perpustakaan peribadi yang dikumpul selama 50 tahun kepada The Library of Congress, PPAS perlu merangka program bagi ilmuan yang memiliki perpustakaan peribadi mendermakan koleksi mereka kepada perpustakaan Negeri. Kita berbangga kerana langkah ini telah dimulakan oleh Tuanku Sultan Selangor.

Sebagai salah satu langkah inovatif dalam pengurusan perpustakaan, saya mencadangkan penerapan falsafah Blue Ocean Strategy. Strategi ini tidak boleh hanya dihadkan kepada dunia pasaran korporat dan perindustrian. Kita juga boleh melaksanakannya dalam dunia pendidikan, pengetahuan dan konsep perpustakaan awam.

Kita perlu mewujudkan lautan biru untuk pembelajaran, keluar daripada pemikiran ‘structuralist’ mengenai peranan perpustakaan, dan mengambil langkah jangka panjang yang holistik bagi memperkasa institusi perpustakaan dan memenuhi expectations masyarakat.

Saya mengalu-alukan program ini yang sangat penting dan tepat pada masanya selaras dengan dasar Kerajaan Negeri untuk membina Smart Selangor berteraskan  modal insan berilmu dan berkemahiran bagi memenuhi tuntutan knowledge and progressive economy.

Maka, program membaca selama 10 minit ini adalah usaha yang baik untuk menerapkan nilai-nilai dan budaya cinta buku dan cinta ilmu.

Program yang telah berlangsung selama 6 tahun ini perlu dipertingkat dan diperluaskan agar lebih menyeluruh dan mendalam supaya kita dapat memupuk budaya membaca yang boleh membina sebuah tamadun. Justeru, kita perlu menggalakkan budaya membaca secara kritis, terpilih dan bijaksana.

Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan syabas dan tahniah di atas penganjuran ini. Maka dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim, marilah kita bersama-sama menyempurnakan Program Jom Membaca Selama 10 Minit Peringkat Negeri Selangor 2016.

Nulla Magna

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Morbi vitae dui et nunc ornare vulputate non fringilla massa. Praesent sit amet erat sapien, auctor consectetur ligula. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Sed non ligula augue. Integer justo arcu, tempor eu venenatis non, sagittis nec lacus. Morbi vitae dui et nunc ornare vulputate non fringilla massa. Praesent sit amet erat sapien, auctor consectetur ligula.

Quisque et sapien

Sed sit amet sem dignissim, sollicitudin ante vel, consequat neque. Nunc justo lacus, rhoncus ut interdum nec, iaculis mattis orci. Donec at blandit augue, nec tristique ligula. Donec euismod nulla at erat fringilla, a porttitor lorem condimentum. Aliquam ut interdum libero, at pharetra orci. Quisque fermentum, felis ut gravida ornare, eros neque egestas dui, quis sollicitudin sem sem non ante. Fusce metus lorem, scelerisque ut diam non, vehicula dapibus sapien. Sed sagittis, ante at ornare pellentesque, sem justo consequat enim, quis adipiscing quam enim ac velit. Vestibulum condimentum tempus sapien eu porttitor. Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Pellentesque interdum odio vel consectetur dignissim. Fusce eget tristique nulla.

Duis at purus ut est cursus imperdiet. Sed condimentum massa in enim cursus, sed mattis elit malesuada. Nunc tincidunt magna sit amet metus sagittis tempor. Maecenas lacinia condimentum ultricies. Sed et lacus nec augue venenatis interdum. Fusce sit amet luctus augue. Aenean scelerisque porttitor ultrices. Nulla dui tellus, egestas sit amet posuere sit amet, dictum tristique mauris. Praesent sed elementum mauris. Nullam et enim eget nisl eleifend auctor lobortis et dui. Curabitur at malesuada magna. Nunc nec tincidunt mauris, vitae tincidunt enim. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Suspendisse ante leo, bibendum at metus in, dignissim sodales nisi. Curabitur id augue iaculis, elementum diam eget, ultrices massa. Fusce eleifend tincidunt neque, a porta nibh faucibus non.