Gong Xi Fa Cai

Tahun Baru Cina memberi maksud yang mendalam kepada masyarakat Tionghua. Ucapan “Gong Xi Fa Cai” yang bermaksud “Tahniah dan semoga mendapat rezeki” memberi peringatan untuk berusaha dengan lebih gigih bagi meningkatkan tahap ekonomi keluarga, masyarakat dan negara. Ia juga membawa harapan agar pengurusan ekonomi lebih cekap, telus dan adil agar pengagihan kekayaan itu dapat dinikmati rakyat terbanyak.

Untuk mencapai keadilan sosial negara memerlukan suatu anjakan baru serta dasar ekonomi yang jelas dan saksama untuk mengupas dan menyelesaikan permasalahan ekonomi yang semakin menghimpit mutu penghidupan rakyat.

Saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat Tionghua. Semoga kemunculan Tahun Arnab kali ini akan membawa tekad baru untuk bersama-sama melakukan perubahan demi kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat dan negara Malaysia yang tercinta.

Gong Xi Fa Cai – Tahniah, Semoga mendapat rezeki.

Mohamed Azmin Ali
Ahli Parlimen Gombak / Ahli Dewan Negeri Bukit Antarabangsa / Timbalan Presiden KEADILAN
2 Februari 2011

One comment

Comments are closed.