Perjanjian HSR Kuala Lumpur – Malaysia

Perjanjian HSR Kuala Lumpur – Malaysia

Malaysia dan Singapura telah mencapai persetujuan menangguhkan projek Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur – Singapura (HSR) selama dua tahun.

Projek HSR Kuala Lumpur – Singapura ditangguhkan memandangkan kos pembinaan menelan belanja terlalu tinggi sehingga mencecah lebih RM110 bilion sekaligus menjadi beban kepada Kerajaan Pakatan Harapan akibat hutang negara terlalu tinggi yang diwarisi daripada Kerajaan terdahulu.

Berikut adalah kronologi perjanjian Projek HSR Kuala Lumpur – Singapura:-

  1. 1990-an: Projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur – Singapura dicadangkan Kerajaan Barisan Nasional
  2. 2008: Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menangguhkan cadangan pelaksanaan HSR Kuala Lumpur – Singapura kerana kos terlalu tinggi
  3. 2010: Projek HSR Kuala Lumpur – Singapura sekali lagi diberi tumpuan sebagai projek berimpak tinggi dan menjadi sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi oleh pentadbiran Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak
  4. 19 Februari 2013: Malaysia dan Singapura bersetuju meneruskan projek HSR
  5. 19 Julai 2016: Malaysia dan Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Putrajaya bagi melaksanakan projek HSR
  6. 17 Oktober 2017: Kerajaan Barisan Nasional mengumumkan proses pengambilan tanah untuk pembinaan landasan dan pembinaan stesen dimulakan
  7. 10 Mei 2018: Perdana MenteriTun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan HSR Kuala Lumpur – Singapura disemak semula sebaik Pakatan Harapan menang ang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14
  8. 23 Julai 2018: Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan kepada pihak Kerajaan Republik Singapura bahawa Malaysia sedang mengkaji semula pelaksanaan projek HSR
  9. 11 Ogos 2018: Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan rundingan pertama dengan Singapura bagi penangguhan projek HSR
  10. 16 Ogos 2018: Rundingan kedua penangguhan projek HSR diadakan antara Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dengan Menteri Pengangkutan Singapura Khaw Boon Wan
  11. 5 September 2018: Perjanjian penangguhkan HSR selama dua tahun ditandatangani Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Pengangkutan Singapura Khaw Boon Wan