Persidangan IMT-GT 2018

Mesyuarat Ke-24 Peringkat Menteri Indonesia- Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan telah berlangsung pada 29 September hingga 1 Oktober 2018 di Bandaraya Melaka.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali membincangkan mengenai kaedah terbaik meningkatkan penyelarasan kerjasama serantau merangkumi pembangunan sosio-ekonomi, perkembangan perniagaan dan kesalinghubungan insan.

Ketiga-tiga negara anggota komited melaksanakan projek-projek infrastruktur mencecah USD47 bilion yang kebanyakannya dijangka siap menjelang 2021. Ia dijangka memberi kesan ekonomi kepada 82 juta orang meliputi 32 wilayah dengan jumlah tenaga buruh sebanyak 40 juta orang.

Selain itu, IMT-GT 2018 juga memberi penekanan kepada peningkatan modal insan dan latihan semula tenaga kerja untuk memenuhi permintaan buruh dalam menghadapi Revolusi Perindustrian Keempat.
Anggota IMT-GT bersetuju mengadakan kerjasama kerjasama erat dengan tumpuan kepada kapasiti dan modal insan berkemahiran tinggi terutamanya membabitkan bidang Big Data, robotik, Internet of Things, artificial intelligence dan teknologi blockchain.

Mesyuarat itu IMT-GT 2018 turut menyaksikan penganjuran Persidangan Bandar Hijau yang bertujuan menerapkan budaya inovasi hijau dan amalan terbaik melalui mekanisme kerjasama serantau.