Pembentangan KSP
RMKe-11

Dokumen Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (KSP RMKe-11) disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomidan telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Dewan Rakyat pada 18 Oktober 2018.

KSP RMKe-11 menggariskan beberapa keutamaan dengan penekanan kepada falsafah, dasar serta strategi pembangunan agar bergerak seiring dengan aspirasi rakyat di dalam era ‘Malaysia Baru’.

KSP RMKe-11 menggalakan pertumbuhan ekonomi bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat selain menumpukan kepada reformasi tadbir urus Kerajaan termasuk memerangi gejala rasuah serta membasmi salah guna kuasa.

Dokumen setebal 400 halaman ini turut memberi fokus kepada usaha pembangunan modal insan di seluruh negara dengan tumpuan utama bagi negeri Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

KSP RMK-11 adalah dokumen reformasi yang komprehensif dalam usaha mereformasikan negara yang memperlihatkan anjakan pemikiran berkaitan pembangunan agar ia dapat dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat tanpa jurang pendapatan yang terlalu melebar antara miskin dan kaya.