Kongres Masa Depan Bumiputera & Negara 2018

Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 atau dikenali sebagai KBN 2018 telah dianjurkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi pada 1 September 2018 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Kongres dihadiri YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekaligus menyampaikan ucaptama selain berdialog dengan para perwakilan. Sesi dialog pula dimudahcarakan oleh YB Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Datuk Seri Anwar Ibrahim juga turut hadir bagi menyempurnakan sesi penggulungan dan penutup kongres ini.

Para peserta terdiri daripada kaum Melayu termasuk Bumiputera Sabah dan Sarawak dengan kepelbagaian latar belakang kerjaya.

Sumber: Astro AWANI

Sumber: Astro AWANI

Sumber: Astro AWANI