Kenyataan Media – Pakej Rangsangan Ekonomi 2020

KENYATAAN MEDIA

27 FEBRUARI 2020

Kami mendukung sepenuhnya Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini.

Kami yakin pakej rangsangan yang bernilai RM20 bilion ini akan dapat menangani kemuraman ekonomi global dan cabaran ekonomi yang terkesan akibat dari wabak Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19).

Ketiga-tiga strategi yang menunjangi pakej rangsangan ini bukan sahaja dapat menangani impak COVID-19 ke atas perniagaan dan isi rumah yang terjejas, malah mempunyai peranan yang penting bagi memangkin pertumbuhan berteraskan rakyat dan menggalakkan pelaburan berkualiti.

Pendekatan yang bakal diambil menerusi pakej rangsangan ini akan memudahkan aliran tunai bagi perniagaan dan individu yang terkesan, terutamanya dalam sektor pelancongan dan pengeksportan. Langkah seperti penundaan ansuran cukai, penyediaan diskaun sementara, bantuan pinjaman dan pemberian bayaran one-off serta elaun khas sudah tentu dapat meringankan beban bagi mereka yang memerlukan.

Selain itu, pelaksanaan oleh Kerajaan serta institusi kewangan secara proaktif dan berterusan bukan sahaja dapat menjamin bantuan yang disampaikan kepada perniagaan dan isi rumah yang terbabit adalah efektif dan berkesan, malah pakej rangsangan ini juga akan mengukuhkan asas ekonomi negara bagi menggalakkan pelaburan yang berkualiti.

Kami yakin usaha Kerajaan ini bakal mengembalikan keyakinan masyarakat perniagaan dan pelabur terhadap ekonomi negara serta mencetuskan pertumbuhan baharu dalam menghadapi cabaran genting daripada senario ekonomi global dan impak COVID-19.

Justeru itu, kami komited kepada agenda Kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyat dan kami mengajak semua untuk terus mengutamakan kesejahteraan rakyat.

  1. YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali
    Ahli Parlimen Gombak
  2. YB Puan Hajjah Zuraida Kamaruddin
    Ahli Parlimen Ampang
  3. YB Dato’ Saifuddin Abdullah
    Ahli Parlimen Indera Mahkota
  4. YB Baru Bian
    Ahli Parlimen Selangau
  5. YB Dato’ Kamaruddin Jaffar
    Ahli Parlimen Bandar Tun Razak
  6. YB Dato’ Mansor Othman
    Ahli Parlimen Nibong Tebal
  7. YB Dato’ Rashid Hasnon
    Ahli Parlimen Batu Pahat
  8. YB Dato’ Seri Dr. Santhara Kumar
    Ahli Parlimen Segamat
  9. YB Ali Biju
    Ahli Parlimen Saratok
  10. YB Willie Mongin
    Ahli Parlimen Puncak Borneo
  11. YB Jonathan Yasin
    Ahli Parlimen Ranau

Article by Azmin Ali

Leave a comment