Krisis Pakatan Rakyat Kedah Tidak Jejas Sokongan

Krisis yang melanda dua negeri Pakatan Rakyat di Kedah dan Pulau Pinang tidak akan
menjejaskan sokongan kepada calon Pas dalam pilihan raya kecil Manek Urai 14 Julai
ini. Saya menjangkakan isu tersebut akan digunakan Umno sebagai bahan kempen menerusi
bantuan media yang tidak menyebelahi PR.

saya percaya, krisis yang melanda dua negeri tersebut hanya melibatkan soal pentadbiran
yang boleh diselesaikan melalui pemuafakatan, saya yakin kepimpinan DAP, Pas dan PKR
akan menyelesaikan isu ini dalam masa terdekat. Dalam pada itu PKR telah diberi kepercayaan
untuk menjaga tiga kawasan di bawah DUN Manek Urai yang mana Pas hanya menang dengan
jumlah yang tipis sebelum ini.

Selain itu, PKR juga akan membantu jentera Pas membawa pulang sejumlah 1,000 pengundi
luar kawasan khususnya di Kuala Lumpur. Kita sedaar rakyat Manek Urai bahawa suara
mereka cukup kuat memberikan isyarat kepada UMNO dan BN bahawa mereka perlu mengotakan
apa yang mereka ikrarkan termasuk konsep 1 Malaysia yang dilaungkan.

PR juga akan membangkitkan isu royalti minyak di mana komitmen Perdana Menteri dituntut,
rakyat Kelantan tidak pernah dibayar walaupun mempunyai hak. Jika dapat royalti ini
saya percaya Kelantan dapat dibangunkan dengan lebih pesat lagi.

Saya juga percaya kerusi ini akan kekal milik Pakatan Rakyat setelah melihat sokongan
padu yang luar biasa daripada penduduk Manek Urai.

Sekian jumpa di lain masa.

Azmin Ali