Kunjungan Hormat YB Azmin Ali ke Pejabat Gurbernur DKI Jakarta

photo

Selasa, 18 Jun 2013 – Timbalan Presiden KEADILAN, YB Mohamed Azmin Ali telah melakukan kunjungan hormat kepada Yth. Bapak Ir. H. Joko Widodo, Gubernur DKI Jakarta di Pejabat Gubernur, Jalan Merdeka Selatan.

Kunjungan hormat sempena Lawatan Kerja Timbalan Presiden KEADILAN ke Indonesia telah berlangsung kira – kira satu jam. YB Mohamed Azmin Ali hadir bersama – sama satu delegasi yang turut sama disertai oleh YB Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Angkatan Muda KEADILAN.

Perbincangan dua hala antara Azmin dan Jokowi turut menyentuh soal pembangunan fizikal dan kemanusiaan kedua – dua buah negara. Jokowi menegaskan bahawa pemerintah hari ini tidak lagi harus berfalsafah horizontal tetapi harus lebih ke bawah; vertikal. Menurutnya kerajaan yang efektif hanya memerlukan masa kira – kira 4 hingga 5 jam sehari di Pejabat dan selanjutnya kerja di lapangan.

Selain itu, perbincangan turut berkisar soal cabaran memerangi gejala rasuah di kedua buah negara. Kedua tokoh yakin dan percaya bahawa sistem tata kelola yang baik serta kerajaan yang efektif akan memastikan gejala rasuah dapat dikurangkan selain daripada iltizam politik yang jelas untuk perubahan.
Azmin dan Jokowi juga sempat berkongsi pandangan tentang isu pengangkutan awam dan rumah mampu milik selain isu pilihan raya dan kebebasan media di Malaysia dan Indonesia.