MAJLIS PELANCARAN AGENDA MAKMUR SELANGOR & DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG)

1. Hari ini, Kerajaan Negeri Selangor tampil untuk mendepani cabaran ekonomi global dengan melakar satu lagi kejayaan melalui pelancaran Agenda Makmur Selangor dan Darul Ehsan Investment Group (DEIG). Ikhtiyar ini merupakan hasil rasionalisasi semula aset dan perubahan strategik perniagaan anak-anak syarikat milik Kerajaan Negeri Selangor.

2. Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI telah ditubuhkan di bawah Enakmen Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) Tahun 1994. Ia berperanan sebagai sebuah Badan Pemegang Hartanah dan amanah Kerajaan Negeri. Pada 1 Januari 2010, Kerajaan Negeri telah memutuskan supaya aktiviti-aktiviti serta kakitangan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (PSKS) diambil alih oleh MBI kerana fungsi kedua-dua organisasi yang bertindih.

3. Sejak beberapa bulan lalu, MBI telah melaksanakan penstrukturan semula aset-aset syarikat milik negeri (GLC) dan menyelaraskan strategi perniagaan anak syarikat untuk penciptaan nilai yang mampan (sustainable value creation).

4. Nilai tinggi yang bakal diperolehi melalui proses rasionalisasi ini akan membangun Negeri Selangor sebagai sebuah social state, seperti yang diungkap oleh Thomas Picketty tentang negeri yang melaksanakan keadilan dan pengagihan yang saksama.

5. Agenda Makmur Selangor yang menjadi teras rasionalisasi GLC Selangor mempunyai empat matlamat, iaitu :
· Menjana hasil yang tinggi untuk Negeri
· Mempastikan pertumbuhan lestari dan keadilan dalam pengagihan (distributive justice) ;
· Menjamin kehidupan berkualiti untuk rakyat ; dan
· Mencipta Pekerjaan Bernilai Tinggi.

6. Syarikat milik negeri melabur secara berhemah menurut amalan terbaik industri berpandu kepada cost benefit analysis serta risk management. Justeru itu, setiap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) perlu melunaskan tanggungjawab mereka dengan penuh amanah dan berintegriti agar syarikat memberikan pulangan yang tinggi kepada Negeri.

7. Pelaburan syarikat-syarikat swasta yang berorientasikan keuntungan semata-mata berbeda dengan syarikat milik negeri yang berpaksikan prinsip menjamin keuntungan syarikat demi tujuan keadilan sosial. Ini adalah kerana pemegang saham dan juga stakeholder kepada syarikat-syarikat ini adalah seluruh rakyat Negeri Selangor.

8. Keuntungan dalam kerangka keadilan sosial adalah tonggak kepada falsafah Negeri Pembangunan atau developmental state. Tanpa kerangka keadilan sosial, kesenjangan ekonomi akan semakin melebar dan mampu menggugat kestabilan dan menggugat demokrasi.

9. Pembangunan berkualiti yang kita gagaskan adalah bersifat inklusif, merangkumi semua golongan, lokaliti dan gender. Tidak ada kaum atau daerah yang akan terpinggir dalam gagasan pembangunan ini. Sustainable development menjadi paksi kepada aktiviti-aktiviti ekonomi syarikat milik negeri berlandaskan Agenda Makmur Selangor.

10. Sebagai jaminan, Kerajaan Negeri tuntas melaksanakan kebijakan yang peduli rakyat berasaskan prinsip profitability with social responsibility. Pelbagai inisiatif dan program telah dijalankan, antaranya seperti Program Air Percuma yang melibatkan subsidi berjumlah RM 150 juta setahun, RM 80 juta untuk pemulihan projek rumah terbengkalai Bukit Botak, penambahbaikan infrastruktur UNISEL berjumlah RM 60 juta dan Program Pembiayaan Mikrokredit di bawah inisiatif HIJRAH dengan peruntukan RM 100 juta. Kesemua ini hanyalah sebahagian daripada usaha distributive justice.

11. Dalam usaha kita untuk mendakap kecanggihan teknologi dan inovasi pada hari ini, Kerajaan Negeri mahu turut serta dalam memenuhi permintaan industri yang mula beralih dari labour intensive kepada high technology and capital intensive industry. Kerajaan Negeri berhasrat untuk meneroka dan membiayai start up dan bidang–bidang baru yang socially productive seperti latihan vokasional dan kemahiran untuk membangunkan talent bank.

12. It’s not the business of government to be in business but it’s the government’s business to ensure strategic, effective and productive use as well as management of all its vital assets and resources including its corporate and business entities.

13. Syarikat-syarikat milik negeri harus bersifat dinamik seiring arus modenisasi abad ini. Selangor must be constantly exciting for investors. We must be in a state of permanent motion, with new things and novel ideas.

14. Harus ada anjakan paradigma dalam pemikiran pengurusan syarikat milik negeri. Sebagai penyumbang terbesar KDNK negara, tidak lagi mencabar untuk Selangor sekadar bersaing dengan negeri-negeri lain. Mulai dari sekarang, Selangor perlu tampil sebagai negeri global (global state) atau sekurang-kurangnya sebagai negeri serantau, a regional state. Harus ada imaginasi Selangor laksana sebuah negara. Aset Negeri Selangor yang unggul adalah jumlah rakyat terbesar yang diupayakan kemahiran serta digilap bakat mereka demi peningkatan produktiviti negeri.

15. ASEAN Economic Community menuntut Negeri Selangor untuk menyahut cabaran global supaya connectivity perdagangan dapat menjana pertumbuhan dan memakmurkan masyarakat ASEAN termasuk Selangor.

16. Syarikat milik negeri perlu mengemudi teknologi baru dalam mencipta connectivity dengan rakan-rakan perniagaan di negara-negara serantau dan terlibat secara aktif dalam bidang e-commerce yang meledak pada hari ini. E-learning, e-sports, e-fitness, e-fashion dan sebagainya adalah antara bidang-bidang e-commerce yang perlu kita ceburi secara lebih agresif.

17. Sejajar dengan hasrat menjadikan Selangor sebagai global state, Kerajaan Negeri sedang merangka satu ‘blueprint’ untuk menjadikan Negeri Selangor sebagai negeri pintar atau ‘Smart State’.

18. Antara inisiatif-inisiatif yang akan dibangunkan ialah sistem pengurusan air pintar, sistem pengawasan dan keselamatan, sistem pemantauan produk negeri seperti hasil perkilangan dan pertanian. Kita juga akan mewujudkan satu prasarana untuk berinteraksi dengan rakyat secara real-time yang dipanggil Citizen Pulse, yang antara manfaat utamanya adalah supaya setiap permasalahan di Negeri Selangor akan ditangani secara efisyen dan pantas. Dengan Blueprint Smart State ini sebagai landasan utama dalam Agenda Makmur Selangor, kita mampu menjadikan Selangor as the preferred state di rantau ini.

19. Bahkan, kita kini merancang agar institusi pendidikan tinggi seperti UNISEL berkembang menjadi sebuah universiti serantau dengan menubuhkan kampus-kampus di negara jiran dan mengadakan kerjasama konstruktif dengan universiti-universiti terkemuka dunia. Untuk mencapai hasrat membina talent bank, Selangor harus mengorak langkah untuk menjadi Hab Pendidikan (Education Hub).

20. Meskipun pendidikan adalah bidang kuasa Persekutuan, namun Negeri Selangor akan mengambil langkah pro-aktif untuk mempelopori latihan kepakaran dan kemahiran. Harus ada reformasi terhadap sistem pendidikan negara agar tidak hanya memberi tumpuan kepada kecemerlangan akademik, tetapi juga memiliki ketrampilan teknikal dan profesional.

21. Kita harus belajar dari Negara Jerman yang menjalankan sistem dua serampang dan menjadi teras kepada kejayaan perindustriannya. Justeru, kita sedang meneroka peluang kerjasama dengan institusi-institusi teknikal Jerman untuk mempercepatkan pengeluaran tenaga mahir dan berpengetahuan di Negeri Selangor.

22. As you know, just two days ago we launched the new brand for Selangor State Investment Centre (SSIC) – Invest Selangor Berhad, and in my speech I conveyed several key messages to the audience, a big segment of which are potential foreign investors – besides those from Asia, we also had business people and diplomats from the Middle East, Europe and America.

23. I want to reiterate two key points and I want all of us, and I mean everyone who has a stake in seeing the growth and prosperity of the State of Selangor – whether we are looking at it ‘bottom-up’ from the smallest subsidiary upwards or ‘top-down’ from the Parent Investment Holding company downwards. So, we are in this together – all of us – you and I.

24. The first point is about a change in mind-set about our state. For the purposes of economic expansion and advancement, I want you to shift from the current mind-set of Selangor Darul Ehsan as a geographically defined State in the country to Selangor as a global entity.

25. Taking Selangor Darul Ehsan global is not a pipe dream. It is a clear vision grounded on reality. But mere talk and no action will not take us there. Moving into this league requires clear vision, sustained commitment and a passion for success.

26. This leads me to my second point that is absolutely crucial if we want to make this paradigm shift to the global stage.

27. It concerns what has been called the silo-mentality syndrome. We must discard this silo-mentality or else risk being handicapped. People normally think of information silo and rivalry among departments but I am not talking about that.

28. We are a huge group of companies. We are therefore a massive extended corporate family. So, a silo mentality can happen not just at the departmental level but at inter-company level as well. This is not the best corporate culture for success. On the contrary, silo culture can lead to great wastage of resources and that is bound to negatively affect our corporate goals.

29. So, we must therefore tear down these walls or else we will miss the forest for the trees. Think not in terms of silos but in terms of systems. Look at the big picture by synthesizing all the different parts into a unified whole.

30. Now, coming back to my main point. We must row our boat in the same direction. The CEO and his or her teams cannot just grab a loudhailer and bark out orders on dry land. They must get their feet wet too. Hop on the boat and steer it in the right direction.

31. As the saying goes, “the devil is in the details”, it is crucial that we execute and measure. That’s why we need the Key Performance Index (KPI) because once we know where we want to go, we must reach there and we need accurate measurements for that.

32. Akhir kata, marilah kita sama-sama merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri “Pembangunan Berkualiti, Rakyat Dipeduli” untuk kesejahteraan rakyat. Semoga usaha kita mendapat berkat daripada Ilahi.

33. Maka dengan lafaz , marilah kita sama-sama menyempurnakan Pelancaran Agenda Makmur Selangor & Darul Ehsan Investment Group (DEIG).