MB lahirkan rasa sedih kematian 717 hujjaj di Mina

Sumber : Selangorku.com

SABAK BERNAM, 25 SEP: Sedih mendengar berita kematian ratusan hujjaj di Mina, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali merayu masyarakat Islam di Selangor berdoa agar kesemua jemaah haji di Mekah dapat mengerjakan rukun islam kelima itu dengan selamat.

Mohamed Azmin juga meminta masyarakat Islam mendoakan agar roh tragedi malang itu ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

MB Azmin“Sebelum ini kita dikejutkan dengan tragedi kren tumbang dan semalam pula rempuhan di mina yang menyebabkan 717 orang terbunuh dan 805 orang lagi tercedera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika program Qurban Perdana Dato’ Menteri Besar Selangor ke Sabak Bernam sempena Hari Raya Aidil Adha di Masjid Ubudiah, Sungai Air Tawar di sini, hari ini.

Ketika menyentuh sambutan hari raya Aidil Adha, Mohamed Azmin meminta umat Islam meneladani keyakinan Nabi Ibrahim a.s untuk berkorban demi kepercayaannya kepada Allah.

“Kalau kita masih mempertahankan pemimpin zalim, bagaimana pengorbanan kita boleh diterima,” katanya.