PEGUAM: TIADA BUKTI ANWAR LIWAT SAIFUL

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa kebanyakan bukti penting
– yang diperlukan untuk mensabitkan ketua pembangkang itu dengan tuduhan liwat – tidak
ada dalam laporan perubatan yang disediakan oleh Hospital Kuala Lumpur.

Menurut mereka, laporan perubatan itu yang dikeluarkan oleh hospital tersebut, mendedahkan
bahawa tiada bukti yang menunjukkan berlaku tusukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari
Azlan – pengadu di mana kes jenayah itu diasaskan.

Satu salinan laporan perubatan itu disertakan bersama afidavit yang difailkan oleh
Anwar semalam untuk mengetepikan tuduhan liwat terhadapnya. Kes itu akan didengar
mulai 1 Julai ini.

Laporan perubatan itu bertaikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital
kerajaan tersebut.

Sebahagian daripada laporan tersebut, yang diedarkan kepada pihak media oleh peguam
Anwar hari ini menyebut, tiada bukti klinikal yang konklusif yang menunjukkan berlaku
tusukan di dubur dan tiada luka yang signikan pada tubuh pesakit (Mohd Saiful).

Bukti terpenting dalam tuduhan rogol atau liwat ialah menunjukkan bukti berlakunya
tusukan, kata peguam Amer Hamzah Arshad.

Dan ianya tidak ada dalam kes ini, tambahnya.