Perhimpunan Bersih 4 tamat, peserta bersurai selepas laungan Merdeka

DSC_4318 DSC_4508 DSC_3966 DSC_4184

Perhimpunan Bersih 4, berakhir tengah malam tadi selepas lebih 34 jam berlangsung dan kesemua peserta bersurai secara aman seperti yang dijanjikan.

Nyanyian lagu ‘Negaraku’ dan laungan ‘Merdeka’ mengakhiri perhimpunan aman yang berjaya menghimpunkan kira-kira 300,000 rakyat dengan tekad untuk menyelamatkan negara.

Bersih 4 tampil sebagai referendum rakyat dengan lima tuntutan rakyat yang mendesak pilihanraya bersih, Kerajaan bersih, hak membantah, kukuhkan demokrasi berparlimen dan selamatkan ekonomi Malaysia.

Ini berikutan negara berada dalam krisis ekonomi dan kecelaruan politik hasil pentadbiran yang tidak mengamalkan prinsip tatakelola yang baik dan prinsip kebertanggungjawaban.