Perutusan Hari Malaysia

Tarikh keramat 16 September 1963 telah memperkukuh cita – cita bersama untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat, makmur dan sejahtera.

Bersama – sama Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi Persekutuan Malaysia, kita telah melafazkan ikrar dan janji dengan penuh kesedaran bahawa pembentukan ini didasari dengan semangat perjanjian Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963.

Sesungguhnya, inilah hasrat pendiri negara dan bangsa serta pengasas Perlembagaan Persekutuan. Malaysia dibentuk berasaskan prinsip perlembagaan bagi menjamin pengagihan kuasa dan ekonomi yang saksama, adil serta membebaskan rakyat dari penjajahan minda dan jiwa demi mengangkat harga diri rakyat Malaysia.

Kerajaan Negeri tuntas untuk melaksanakan kerjasama bersekutu demi memperkasakan kedudukan setiap negeri sejajar dengan semangat federalisme. Justeru, saya menyeru seluruh rakyat untuk memaknai erti dan makna sebenar Perjanjian Malaysia 1963.

Semoga hasrat murni ini merealisasikan impian dan harapan rakyat untuk memiliki sebuah Kerajaan yang melaksanakan keadilan kepada rakyatnya demi kemaslahatan semua.

Selamat Hari Malaysia.

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI