PERUTUSAN TAHUN BARU CINA 2014

PERUTUSAN TAHUN BARU CINA 2014

 

Tahun Baru Cina 2014 diraikan sebagai tahun kuda iaitu simbol ketujuh daripada 12 shio menurut zodiak cina. Dalam kebudayaan cina, kuda adalah lambang ketangkasan dan ketekunan dalam hidup yang membawa kepada kebahagiaan.

Kenaikan harga barang, kos sara hidup serta keadaan ekonomi yang lembap amat membebankan rakyat secara keseluruhannya. Shio kuda membawa mesej kepada daya tahan yang kuat, kerja keras serta kesepaduan rakyat untuk terus mara dan menjana perubahan demi kesejahteraan dan kemakmuran negara dan rakyat Malaysia.

Kesatuan hati dan kesepaduan rakyat ini perlu dijana sebagai Ren Quan atau kuasa rakyat bagi meneruskan agenda reformasi untuk Malaysia.

“In a country well governed, poverty is something to be ashamed of. In a country badly governed, wealth is something to be ashamed of.” – Confucius

Justeru tahun baru ini harus menjadi tahun referendum rakyat menolak sistem ekonomi yang tempang dan amalan rasuah yang membarah serta jurang pendapatan yang kian melebar. Yakin lah bahawa kesatuan hati rakyat dalam shio kuda ini mampu untuk memastikan agenda reformasi kekal terlaksana.

Selamat Tahun Baru Cina buat seluruh rakyat Malaysia.

Gong Xi Fa Chai. Xin Nian Jin Bu, Xin Nian Hao, Nian Nian Hao.

 

MOHAMED AZMIN ALI