Program Sumbangan Ramadhan Untuk Masjid dan Surau

Semalam jam 8.30 malam, saya bersama Yb Shaari Sungib didalam program sumbangan ramadhan
di masjid as-sobirin AU 5C. Sumbangan Yang tidak seberapa diberi kepada masjid dan
surau yang berada didalam daerah Hulu Kelang ini, supaya mereka dapat meringankan
sedikit beban yang ditanggung oleh masjid dan surau.

Saya sempat memberi sedikit ucapan yang mana saya berpesan kepada Masjid dan surau
agar merangka gerak kerja mengimarahkan masjid dan surau didalam bulan ramadhan ini.
saya juga merasa terharu dan mengingatkan diri saya sendiri betapa bertuahnya kita
kerana insyaallah pada hari sabtu ini (22 Ogos 2009) kita dapat lagi bertemu dengan
bulan Ramadhan.

Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak,
semoga kita sama-sama dapat menghayati dan berbanyak beribadat didalam bulan Yang
mulia ini agar kita sama-sama mendapat pahala dari Allah. Sekian.

Azmin Ali