Siaran Media – Perbincangan mengenai projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur – Singapore (KL-SG HSR) disambung semula

1. Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Singapura telah bersetuju untuk menyambung semula perbincangan mengenai projek infrastruktur kereta api laju KL- Singapura dalam masa terdekat.

2. Perbincangan ini akan merangkumi beberapa cadangan perubahan dalam aspek komersial dan teknikal.

3. Keputusan ini dicapai setelah kedua-dua belah pihak bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan keputusan mengenai projek kereta api laju Kuala Lumpur- Singapura sehingga 31 Disember 2020.

4. Saya telah diminta oleh Jemaah Menteri untuk mengetuai pasukan Malaysia dalam perbincangan dengan Kerajaan Singapura mengenai projek ini.

-TAMAT-

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI
MENTERI KANAN
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

31 MEI 2020

Article by Azmin Ali

Leave a comment