AZMIN ALI

LATEST

Tag: Reformasi

Merdeka, Merdeka, Merdeka [Video & Gambar didalam]

[nggallery id=66]

Laungan keramat ‘Merdeka’ sekali lagi menggegarkan Stadium Merdeka pada 12 Januari 2013. Sementara laungan ‘Merdeka’ yang dilaungkan 55 tahun lalu dipimpin Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, kali ini laungan “Merdeka” yang bergema tepat jam 4.37 petang dipimpin oleh YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan disambut oleh lebih 300,000 ribu rakyat Malaysia pelbagai kaum di dalam dan di luar stadium.

Peristiwa bersejarah ini turut disaksikan oleh pimpinan Pakatan Rakyat seperti YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang, Tuan Guru Haji Salleh selaku Mudir Madrasah Ar – Rahmaniah, Sik, Kedah dan wakil – wakil Lembaga Suadaya Masyarakat seperti BERSIH, ANAK, ROYALTI dan PAHLAWAN.

Kita berhimpun semalam untuk mengulangi tekad rakyat Malaysia sebagaimana yang terkandung dalam Pemasyhuran Kemerdekaan 1957. Cita-cita kita untuk membangunkan Malaysia yang berteraskan Demokrasi Berparlimen, Bebas dan Adil. Kita telah mencipta sejarah dengan menuntut kemerdekaan dari kezaliman dan kemungkaran ekonomi yang diterajui oleh UMNO. Rakyat Malaysia menuntut kebebasan, hak asasi manusia dipertahankan dan pengagihan ekonomi yang adil. Rakyat Malaysia juga menuntut Sabah – Sarawak diiktiraf adil setara dengan Semenanjung Malaysia selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963.

Saya mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia yang telah berhimpun dengan aman dan teratur di sepanjang tempoh berlangsungnya Himpunan Kebangkitan Rakyat dan berani tampil untuk meruntuhkan tembok ketakutan yang dipasak selama 5 dekad.

Rakyat Malaysia juga menyambut baik usaha Ketua Polis Negara dan pimpinan PDRM yang mempamerkan kewibawaan institusi polis untuk menjamin hak asasi, kebebasan serta keselamatan rakyat seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kebangkitan rakyat hari ini memaknai erti perjuangan rakyat yang sebenar dan kembali menghayati fitrah manusia yang sentiasa mendambakan keadilan dan keharmonian masyarakat.

Insha Allah, obor reformasi akan memberi sinar baru demi membela nasib rakyat. Stadium Merdeka adalah lambang gelora kebangkitan rakyat dan Putrajaya adalah lambang kemenangan rakyat melaksanakan cita – cita dan hasrat murni untuk membangun sebuah negara yang bebas dan demokratik.

Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden
13 Januari 2013

KEADILAN Selangor Siap Sedia Hadapi PRU 13

[nggallery id=32]

20 MEI 2012 – Lebih 1000 orang penggerak Parti Keadilan Rakyat Negeri Selangor hadir ke Majlis Pelancaran SISMEP 3.0 dan Penyerahan Bahan Kempen Pilihan Raya yang dilancarkan oleh Timbalan Presiden merangkap Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, YB Mohamed Azmin Bin Ali. Acara yang berlangsung di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya petang ini menandakan KEADILAN Negeri Selangor siap sedia mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke 13 tidak lama lagi.

YB Mohamed Azmin sekali lagi hadir bersama ‘Winning Team’ dengan kekuatan daripada kepimpinan daripada setiap sayap parti. Taklimat yang disampaikan oleh Saudara Shamsul Iskandar dan YB Zuraida selaku kepimpinan Angkatan Muda dan Wanita telah menyuntik semangat anggota yang hadir dengan memberi fokus kepada usaha meraih undi golongan muda dan wanita dalam masyarakat.

Saudara Rafizi selaku Pengarah Strategi memberi garis panduan kaedah kempen yang strategik menggunakan bahan kempen pilihan raya yang telah dibekalkan khususnya risalah-risalah yang memuatkan isu-isu semasa. Risalah yang telah dicetak sebanyak 13 juta adalah selaras dengan kempen KEADILAN untuk 1 risalah untuk 1 pengundi.

Terakhir adalah taklimat YB Mohamed Azmin berkenaan Pilihan Raya dan perisian SISMEP 3.0. Beliau menegaskan bahawa SISMEP akan membantu memudahkan kerja-kerja lapangan petugas dalam pilihan raya. SISMEP tuntas perlu dimanfaatkan dengan baik dan berkesan.

Program diakhiri dengan konvoi perlepasan bahan-bahan pilihan raya ke Cabang masing-masing yang membawa pulang barangan pilihan raya untuk 32 kawasan yang akan ditandingi KEADILAN dalam PRU 13.

Nik Aziz: Umno terdesak siar foto aksi lucah

Dato Nik Abdul Aziz

Dari Malaysiakini
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengutuk keras laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang menyiarkan gambar aksi lucah didakwa memaparkan seorang lelaki mirip Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

“Apa yang mereka lakukan ini menjerumuskan generasi muda kepada keruntuhan akhlak dan budaya seks songsang.

“Kenapa isu-isu seperti ini yang diangkat untuk mendapat keuntungan politik?

“Saya lihat Umno sudah sangat terdesak sehingga tindakan menyiarkan gambar-gambar seperti ini pun sudah menjadi halal,” katanya di Facebook.

Keterangan untuk gambar disiarkan di muka depan itu antara lainnya disebut akhbar milik Umno itu sebagai “aksi panas dengan seorang wanita di dalam tandas.”

Laporan itu juga menyebut, gambar berkenaan merupakan sebahagian daripada sejumlah foto yang dikutip daripada blog pro-Umno

The truth will prevail, says Azmin

From: The Star
KUALA LUMPUR: PKR believes the truth will prevail in the prosecution’s appeal against the High Court’s decision to acquit Datuk Seri Anwar Ibrahim for a sodomy charge.

Its deputy president Azmin Ali said the party was not surprised by the appeal but claimed it was done following “pressure” from certain groups.

“It is regrettable. We are ready to face the appeal and Anwar is also ready.

“We are confident as we are convinced that Anwar is innocent,” he said after distributing Chinese New Year goodies to the poor here.

Prosecutors had filed the notice of appeal at the High Court criminal registry on Friday.

The High Court had acquitted and discharged Anwar on Jan 9 due to lack of corroborative evidence.

He had been charged with sodomising his former aide Mohd Saiful Bukhari Azlan in 2008.

The A-G’s Chambers had said that the decision to appeal was not influenced by any party or emotion, but based on evidence and law.

The decision, it added, would enable the department to obtain the full written judgment and the record of proceedings.

On another matter, Azmin said Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim’s decision to hold the state’s Islamic Affairs portfolio was mutually agreed upon by Pakatan Rakyat leaders, including PAS president Datuk Seri Hadi Awang.

Muslihat UMNO-BN Tidak Akan Menggelincirkan KEADILAN dan Pakatan Rakyat Dari Perjuangan Melaksanakan Perubahan.


Video ehsan Malaysiakini

Reformasi 98 tercetus apabila rakyat bangkit meluahkan rasa marah dan tidak puas hati mereka terhadap kezaliman UMNO. Berhadapan dengan krisis kewangan 97/98, pentadbiran Dr Mahathir mulai dipertikaikan rakyat. UMNO terburu – buru untuk menyelamatkan elit korporat dan kaum keluarga yang dekat dengan pemerintah. Menjadi halangan kepada cita cita mereka adalah Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan tuntutan rakyat. Mantan Menteri Kewangan yang kini Ketua Umum KEADILAN itu tuntas mahu menyelamatkan negara dan rakyat. Dato’ Seri Anwar tidak bertolak ansur dengan hasrat menggunakan dana awam demi menyelamatkan kroni pemerintah. Maka sebagaimana yang dirakamkan oleh sejarah, Dato’ Seri Anwar dihumban ke penjara dan diaibkan dengan fitnah melampau yang direkayasa UMNO.

Selepas meringkuk selama 6 tahun beliau pun dibebaskan. Bersama – sama pimpinan KEADILAN dan kerjasama PAS serta DAP maka kita berjaya mengecapi keputusan yang memberangsangkan pada tahun 2008. Sejarah pun tercipta. Permuafakatan Pakatan Rakyat kian hari semakin kukuh didasari cita-cita membangunkan Malaysia yang lebih gagah, A Mighty Malaysia. Menyedari rakyat Malaysia bersama-sama dengan Pakatan Rakyat, UMNO terus menganyam muslihat baru yang dicedok dari skrip usang. Sekali lagi DSAI ditohmah dengan fitnah keji. Makanya pada 9hb Januari 2012 adalah tarikh genting. Ianya bukan sahaja mengenai batang tubuh Dato’ Seri Anwar dan keluarga beliau. Akan tetapi keputusan mahkamah pada hari itu pastinya melibatkan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Adalah jelas kes ini bermotifkan politik dan berniat jahat. Pimpinan UMNO-BN mahu memastikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak menjadi Perdana Menteri seperti yang dipersetujui Permuafakatan Pakatan Rakyat.

UMNO menyangka rekayasa jelik itu akan memecah-belah dan menjejaskan usaha Pakatan Rakyat dari memenangi Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Akan tetapi itu merupakan angan-angan mereka semata-mata. Kami bertegas muslihat ini tidak akan menggelincirkan Pakatan Rakyat dari tekad untuk menubuhkan kerajaan persekutuan. Peringatan keras untuk UMNO, apa pun konspirasi untuk memenjarakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, kami pasti akan bangkit meruntuhkan tembok kezaliman. Pakatan Rakyat telah sepakat bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke 7.

Walau apapun keputusan pada 9hb Januari nanti, pimpinan KEADILAN bersama-sama Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia keseluruhannya telahpun bersedia menggalas amanah memimpin negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan yang tepat. Justeru saya memberi jaminan bahawa kepimpinan KEADILAN akan terus menerajui agenda rakyat. Persoalan kepimpinan sememangnya diputuskan melalui permuafakatan dalam parti. Semenjak dari penubuhannya kepimpinan parti merupakan suatu “evolutionary process,” dan bukannya suatu “revolutionary process.”

Yakinlah bahawa kita akan terus istiqamah meneruskan perjuangan murni ini. Adalah menjadi tanggunggjawab kita semua untuk melaksanakan segala kebijakan, dasar dan agenda yang telah digarap sepertimana yang terkandung dalam Agenda Ekonomi Malaysia, Dasar Bersama PR, Buku Jingga dan Belanjawan PR.

Justeru saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar kekal menjana kekuatan dan memperkukuh usaha untuk memenangi Piliharaya Umum ke 13. Kemenangan tersebut adalah Demi Malaysia yang demokratik, Malaysia yang makmur, Malaysia yang aman dan harmoni, Malaysia yang bebas serta Demi Malaysia baru milik rakyat.

Inshaallah, saya, seluruh pimpinan dan seluruh rakyat Malaysia akan hadir menyatakan sokongan dan bersama-sama Dato’ Seri Anwar pada hari tersebut, 9hb Januari 2012.

Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat

———————————————————————————

—PRESS RELEASE FOR IMMEDIATE CIRCULATION— Read More

KEADILAN sedia terajui Malaysia tanpa UMNO

Dari Merdeka Review


Video ihsan Malaysiakini
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berikrar, KEADILAN bersedia untuk menerajui gerakan rakyat untuk memecahkan mitos bahawa hanya UMNO yang boleh membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat.

“Sudah tiada lagi harapan rakyat yang boleh disandarkan kepada UMNO. Tidak ada lagi alasan rasional yang boleh mempertahankan kerakusan serta pengkhianatan UMNO kepada rakyat. UMNO bukan sahaja sudah hilang idealisme perjuangan, tetapi juga sudah muflis nilai serta bankrup moral untuk mempertahankan hak dan kepentingan rakyat,” kata Azmin Ali

Azmin Ali

Memilih Johor, negeri di mana lahirnya UMNO, PKR menganjurkan Kongres Nasional Tahunannya di Pulai Springs Resort, Johor Bahru mulai hari ini hingga 27 November. Azmin Ali menegaskan, “UMNO lahir di Johor, maka di negeri inilah saya ingin berikrar di depan pimpinan Angkatan Muda, Wanita dan Srikandi, bahawa KEADILAN akan menerajui Malaysia tanpa UMNO.”

“Apakah perjuangan UMNO yang dibawa untuk membela nasib masyarakat Melayu dan rakyat pada hari ini? UMNO yang dikenal khususnya oleh generasi muda hari ini adalah sebuah parti tua yang anti demokrasi, anti intelektual, anti hak asasi manusia, anti pekerja, sarat dengan politik fitnah dan membudayakan rasuah. Malah UMNO pada hari ini juga anti Melayu.” Read More

Isu Hudud: Penjelasan Lengkap Ucapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim

24hb September 2011

Saya tegaskan bahawa Pakatan Rakyat merupakan suatu muafakat utuh dan berlandaskan kejujuran mahukan Perubahan buat rakyat negara Malaysia. Oleh kerana itu, isu yang menyentuh kepentingan rakyat pastinya dibincangkan bersama kesemua wakil dari parti komponen serta keputusan yang dibuat merupakan pendirian bersama. Pun demikian Pakatan Rakyat berpendirian, setiap dari parti komponen sewajarnya mempunyai ruang untuk mengungkapkan keyakinan, faham serta ideologi terutamanya kepada pendokong mereka. Saya sendiri telah merujuk ke mahkamah syariah berkaitan tuntutan qazaf, dan pimpinan Pakatan Rakyat tidak pernah pula menghalang. Hakikatnya hanya Menteri Hal Ehwal Agama Umno yang bertindak menghalang saya dari meneruskan tuntutan qazaf tersebut. Selain itu Dato’ Jamil Khir terpalit dengan tuduhan bahawa beliau menggunakan dana zakat bagi membiayai kos guaman kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam tuntutan Qazaf saya. Permuafakatan Pakatan Rakyat bukanlah suatu bentuk usahama seperti Umno-BN yang sekadar mahu mendapat laba politik sehingga menafikan hak serta suara mereka yang tidak sehaluan.

Berkaitan hasrat Negeri Kelantan mahu melaksanakan hudud, saya berpandangan kita sewajarnya menghormati keputusan tersebut, namun pastinya ia tertakluk kepada beberapa perkara. Pertamanya persoalan Maqasid al Syariah, Matlamat Utama Syariah, iaitu menjamin keadilan untuk semua. Malah dalam karya saya yang berjudul Gelombang Kebangkitan Asia, tuntas saya ungkapkan keutamaan Maqasid al Shariah demi menjamin keadilan untuk semua. Justeru adalah baik untuk kita merenung beberapa aspek perundangan syariah yang berjaya dilaksanakan di Kelantan, maka tidak wajar buat saya menempelak atau meremehkan langkah tersebut.

Sebagai seorang Muslim, pastinya saya menjunjung tinggi perintah Allah SWT serta pesan-pesan Nya yang terkandung di dalam Al Quran. Apabila ditanya, apakah pandangan saya mengenai hudud di Malaysia dan isu berkaitan undang-undang syariah serta perlaksanaannya oleh mahkamah syariah di negara ini, jawab saya, dalam konteks masyarakat Malaysia, kita semua tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana itu perlaksanaan hukum Islam sewajarnya mengambil kira keberkesanan pentadbiran mahkamah syariah negara ini memastikan keadilan untuk semua. Menyentuh persoalan keadilan untuk semua, perlaksanaan undang-undang syariah semestinya menjamin hak bukan Islam tidak dicerobohi serta dizalimi. Saya menasihati rakan-rakan untuk meneliti kenyataan saya ini berasaskan muafakat yang tertera dalam Buku Jingga:

“Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.”

Namun apa yang saya kesalkan adalah hipokrisi Umno-BN memperalatkan isu hudud ini sebagai permainan politik. Pimpinan Umno-BN tidak pernah berhasrat membincangkan isu ini secara tuntas dan serius. Mantan perdana menteri, Dr Mahathir menolak bulat-bulat malah mempersendakan peranan undang-undang syariah serta beberapa pesan yang dianggap sebahagian dari sunnah Rasulullah SAW. Media yang dikuasai pemerintah pula mencanangkan kononnya undang-undang syariah sebagai suatu warisan zaman primitif. Harus diingat, pandangan beberapa kerat pimpinan Umno yang mempersenda hukum Islam ini sesungguhnya tidaklah mewakili umat. Waima mutakhir ini beberapa pimpinan Umno memperlihatkan diri sebagai jagoan memperjuangkan Islam, manakala seringkali pula mereka menuduh pimpinan Pakatan Rakyat sebagai pengkhianat agama dan bangsa, sedangkan yang sering dilaung-laungkan oleh pimpinan Umno-BN sekadar retorika membakar sentimen serta sering tersasar dari kehendak syariah yang mahukan kemaslahatan untuk rakyat.

ANWAR IBRAHIM

Shorter version in English of the statement above hereby attached. Read More