AZMIN ALI

LATEST

Tag: Salah

KES DATO’ SERI SHARIZAT JALIL-NFC DAN DAKWAAN TERHADAP AZMIN ALI: KEPUTUSAN SPRM MENIMBULKAN LEBIH BANYAK TANDA TANYA

Kami berasa kesal dengan dua keputusan penting yang dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada hari ini berhubung kes NFC/penglibatan Dato’ Seri Shahrizat Jalil serta tuduhan terhadap Saudara Azmin Ali.

Sungguh pun rata-rata rakyat Malaysia sudah menjangkakan bahawa SPRM akan melepaskan Dato’ Seri Shahrizat Jalil dari tuduhan rasuah bersabit NFC, keputusan SPRM membuka siasatan terhadap Saudara Azmin Ali benar-benar mendedahkan wajah sebenar SPRM.

Rakyat boleh menilai tindakan tangkas SPRM berhubung tuduhan terhadap Saudara Azmin Ali walaupun laporan dan siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR, pada ketika itu) telah menyatakan bahawa tidak ada unsur rasuah ketika siasatan dibuat dalam tahun 1995.

Berbeza pula dengan pelbagai dolak dalih yang diberikan SPRM dalam kes NFC dan Dato’ Seri Shahrizat Jalil, walaupun NFC dan menteri bertanggungjawab membuat keterangan di Parlimen mengenai proses pemberian tender kepada sebuah syarikat milik keluarga beliau.

Kami bentangkan fakta-fakta berikut agar rakyat boleh menghakimi sendiri tindak-tanduk SPRM dalam dua kes ini:

KES SAUDARA AZMIN ALI

1. Dato’ Shafee Yahaya, bekas Ketua Pengarah BPR telah membuat kenyataan hari ini dan semalam bahawa siasatan mendapati tidak ada unsur rasuah yang mewajarkan dakwaan ketika siasatan dibuat terhadap Saudara Azmin Ali dalam tahun 1995;

2. Beliau menyatakan bahawa SPR mengesyorkan agar tindakan disiplin dikenakan terhadap Saudara Azmin Ali bertepatan dengan peraturan jabatan kerajaan;

3. Insiden dan fakta kes ini telah dinyatakan secara jelas di dalam bukunya “The Shafee Yahaya Story” mukasurat 306, 326 dan 356.

KES NFC-DATO’ SERI SHAHRIZAT JALIL

1. Dato’ Seri Noh Omar telah menyatakan di Parlimen bahawa tender NFC dibuat secara tertutup dengan menjemput hanya enam buah syarikat, antaranya NFCorp dan Felda Farm Products Sdn Bhd. Hanya Felda Farm Products Sdn Bhd yang mempunyai pengalaman dalam industri penternakan, sedangkan NFCorp hanya baru ditubuhkan;

2. Berdasarkan peraturan umum perolehan dan tender mana-mana badan (apatah lagi projek besar kerajaan), tindakan menganugerahkan tender kepada sebuah syarikat yang tidak berkemampuan untuk melaksanakannya adalah satu tindakan rasuah;

3. Ini bermakna, Jawatankuasa Tender Berimpak Tinggi yang dipengerusikan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri telah melakukan perbuatan rasuah dengan menganugerahkan projek bernilai RM250 juta kepada NFCorp yang langsung tidak mempunyai pengalaman mengendalikannya;

4. Satu-satunya hubungkait (atau pertalian) di antara Dato’ Seri Najib Tun Razak (sebagai pengerusi Jawatankuasa Tender) dan NFCorp adalah Dato’ Seri Shahrizat Jalil melalui hubungan kekeluargaan beliau (dengan NFCorp) dan hubungan politik (dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak).

Rakyat sudah tentu dapat membezakan bagaimana SPRM berhempas pulas membuka fail siasatan baru terhadap Saudara Azmin walaupun tiada fakta, tetapi melepaskan sahaja Dato’ Seri Shahrizat Jalil walaupun jelas satu perbuatan pecah amanah telah berlaku.

Kami yakin SPRM tidak pun memanggil Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk disoalsiasat walaupun beliau saksi utama yang perlu ditemuramah untuk memahami kenapa tender RM250 juta dianugerahkan kepada NFC.

Malah, kami sendiri pelik kenapa kami tidak dipanggil untuk disoalsiasat sedangkan kamilah yang paling ke depan membongkarkan penyelewengan NFC?

Kami yakin bahawa rakyat telah memutuskan ada perlakuan rasuah di dalam kes NFC.

Tugas SPRM sekarang bukanlah menjadi kuda tunggangan Barisan Nasional untuk membuka fail menyiasat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat di kala pilihanraya begitu dekat. Tugas SPRM ialah menjawab persoalan-persoalan mengenai kes pecah amanah besar seperti NFC.

Soalan kami mewakili rakyat Malaysia kepada SPRM:

Jika Dato’ Seri Shahrizat Jalil tidak terlibat, apakah ini bermakna Dato’ Seri Najib Tun Razak yang pecah amanah kerana beliau (tanpa dipengaruhi dan diminta oleh Dato’ Seri Shahrizat Jalil) menganugerahkan tender RM250 juta kepada NFCorp yang tidak layak?

HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
KETUA WANITA KEADILAN

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

31 MEI 2012

Hujah terhadap fitnah lapuk UMNO

KUALA LUMPUR, 6 April: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mengikuti dan memantau secara serius laporan-laporan media yang dikuasai oleh UMNO-Barisan Nasional yang sejak akhir-akhir ini begitu giat menyerang peribadi serta anggota keluarga Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.

Merujuk kepada beberapa tuduhan dan dakwaan yang dilemparkan terhadap Azmin oleh individu seperti Ummi Hafilda Ali dan Datuk Dr. Hasan Ali, AMK berpandangan adalah tidak menjadi keperluan untuk Azmin menjawab tuduhan serta dakwaan ini memandangkan ianya adalah fitnah lapuk yang diulang kembali dan sebetulnya telah pun dijawab serta dijelaskan menerusi fakta berupa laporan perubatan serta keputusan mahkamah.

Berikut adalah butiran penjelasan berkaitan tuduhan dan dakwaan yang telah pun dijelaskan oleh Timbalan Presiden KEADILAN sebelum ini namun secara sengaja ‘digelapkan’ oleh media UMNO-Barisan Nasional:

a)Status ujian DNA ke atas anak beliau, Farah Afifah Binti Mohamed Azmin

Azmin, isteri beliau Shamshida Taharin dan anak perempuan mereka, Farah Afifah telah menjalani ujian DNA sebanyak dua (2) kali. Ujian DNA yang pertama telah dibuat di Institute of Science and Forensic Medicine, Singapura pada 2 Julai 1998 manakala ujian DNA yang kedua telah dibuat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Julai 1998. Kedua-dua ujian ini dibuat oleh YB Mohamed Azmin demi membersihkan fitnah jahat terhadap isteri dan anak beliau biarpun dinasihatkan supaya tidak berbuat demikian oleh Allahyarham Raja Aziz Addruce, peguambela Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua Laporan Ujian DNA tersebut telah mengesahkan bahawa Azmin dan isterinya Shamshida adalah ‘biological parent’ kepada Farah Afifah. Laporan daripada Institute of Science and Forensic Medicine, Singapura tersebut menyebut;

“The results from all three genetic loci show that the donor of blood specimen marked ‘X’ (putative father) is the biological father of the donor of the blood specimen marked ‘Y’ (child).”

Laporan DNA yang dikeluarkan oleh HKL atas arahan Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC) Musa Hassan (kini Tan Sri) juga menunjukkan keputusan yang sama. Walau bagaimanapun keputusan bertulis bagi ujian tersebut yang dibuat oleh Dr. Zahari Noor dan Dr. Dahlia Danial tidak diserahkan kepada Azmin sehingga hari ini. Namun, keputusan itu dipastikan melalui satu kenyataan akhbar yang dibuat oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor pada ketika itu yang mengesahkan temuan DNA itu membuktikan Azmin adalah bapa kandung (biological father) kepada Farah Afifah.

Ahli Parlimen Gombak iitu telah membawa kes ini ke Mahkamah Sesyen Ampang dan pada 25 Jun 2005, mahkamah telah memutuskan bahawa Dato’ Khalid Jafri sebagai bersalah di bawah Seksyen 8A(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana memfitnah Azmin dan keluarganya dalam buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM. Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara satu (1) tahun kepada Khalid atas kesalahan yang sangat serius dan melibatkan banyak pihak dan menyebabkan kesengsaraan akibat kesan psikologi yang terpaksa ditanggung sepanjang hayat oleh Farah Afifah.

Perihal kes DNA ini telah dirakamkan dalam buku “Mahkamah Sahkan Ada Konspirasi Untuk Memfitnah dan Membunuh Kerjaya Politik Anwar Ibrahim” yang diterbitkan pada tahun 31 Ogos 2005 oleh Institut Kajian Dasar (IKD).

b)Dakwaan pemilikan saham berjumlah RM8.5 juta

Berkaitan fitnah tentang pemilikan saham bejumlah RM8.5 juta yang dikaitkan dengan Azmin, isu tersebut muncul sejak tahun 1995 dan beliau telah pun disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu di atas tuduhan memiliki aset yang tidak setara dengan pendapatannya. Walaubagaimanapun, Azmin telah terbukti tidak bersalah kerana tiada tindakan susulan daripada siasatan tersebut.

Penahanan Azmin pada 16 September 1998 untuk membantu siasatan kes Datuk Seri Anwar yang dituduh menghalang siasatan serta melindungi Setiausaha Sulit-nya (iaitu YB Mohamed Azmin) daripada kesalahan pada 1995 juga telah membuktikan bahawa pihak polis gagal menemui sebarang bukti kukuh.

Tuduhan terhadap Anwar tersebut juga telah digugurkan. Perkara ini turut diulas oleh bekas Ketua Pengarah BPR ketika itu, Dato’ Shafee Yahaya di dalam biografi beliau yang berjudul “The Shafee Yahaya Story: Estate Boy to ACA Chief” di halaman 306 yang menjelaskan bahawa Azmin tidak bersalah.

Fitnah lapuk inilah yang kini kembali diulang oleh Pengerusi Yayasan Pembangunan India Malaysia, S.A Vickneswaran serta beberapa orang individu berkepentingan dan turut dilaporkan oleh media milik UMNO-Barisan Nasional.

Justeru, AMK melihat bahawa serangan serta dakwaan usang yang kini giat dilemparkan terhadap Azmin hanyalah sebahagian dari kempen politik jahat oleh media UMNO-Barisan Nasional untuk memburukkan tokoh pimpinan Pakatan Rakyat setelah mereka gagal mempengaruhi sokongan rakyat terhadap KEADILAN dan Pakatan Rakyat meskipun serangan serta fitnah sama turut dilemparkan setiap hari ke atas Anwar dan isteri beliau Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

NAJWAN HALIMI
Timbalan Ketua Penerangan
Angkatan Muda KEADILAN

Pakatan kumpul bukti dakwaan keganasan polis

Dari Malaysiakini

Azmin Ali

Pakatan Rakyat mahu mangsa dan saksi dakwaan keganasan polis sewaktu perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, tampil mengemukakan maklumat mengenainya.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata, pakatan pembangkang
sedang mengumpul bukti sebanyak yang boleh untuk kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap polis.

Beliau menggesa sesiapa yang mempunyai bukti dakwaan keganasan polis yang telah didokumenkan sewaktu perhimpunan tersebut supaya menghantarnya sama ada terus kepada sekretariat BERSIH 2.0 atau parti anggota Pakatan.

Bercakap kepada wartawan dalam sidang akhbar di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Azmin berkata, kali ini, pihak polis tidak akan terlepas.

Katanya, polis tidak dapat lari daripada fakta tersebut, walaupun Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berulangkali menafikan polis telah melepaskan gas pemedih mata secara sewenang-wenangnya dan bertindak ganas terhadap peserta perhimpunan tersebut.

Menyifatkannya sebagai satu sindrom penafian yang diwarisi dari Umno, Azmin berkata, pihak polis tidak boleh bersembunyi daripada fakta yang telah didokumenkan dalam telefon bimbit dan di YouTube serta video dalam talian.

Katanya, mereka juga mempunyai bukti di media antarabangsa, termasuk Al-Jazeera yang melaporkan kehadiran 120,000 orang manakala BBC melaporkan 100,000 orang, begitu juga Perbadanan Penyiaran Australia.

Katanya, mereka yang melaporkan hanya 6,000 hadir ialah Utusan Malaysia, TV3 dan ketua polis negara.

Kenyataan Media:Menjawab Fitnah Isu Pengkhianatan

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—
Petaling Jaya, 11 Ogos 2009

Pimpinan UMNO dan konco-konco mereka memintal propaganda yang memanipulasi simbol-simbol
tentang bangsa, agama dan raja dengan hasrat agar pemikiran rakyat kembali sempit
dan mundur. Ini bukanlah kali pertama saya menjadi sasaran di dalam isu pengkhianatan
ini. Mereka telah mencuba puluhan kali sebelumnya. Usaha terbaru dengan menghebahkan
isu pengkhianatan ini jelas menjadi petanda mereka kian terdesak.

Saya tidak berhasrat untuk terjebak di dalam pertikaian peribadi dengan Tan Sri Muhyiddin
Yassin. Saya akan hanya berhujah dari sudut dasar. Perlu saya tekankan pandangan saya
dan Pakatan Rakyat jelas walaupun tidak disiarkan oleh media milik UMNO. Kenyataan
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang ditandatangani oleh YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi
Awang, YB Lim Kit Siang dan saya sendiri pada mesyuarat 8 September 2008, menegaskan
komitmen kami menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan
Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan,
kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda,
kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa
orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Kita menyakini mempunyai hujah-hujah yang cerah dan jitu untuk menangani politik kebencian
pimpinan UMNO yang memperolok simbol-simbol bangsa, agama dan raja, semata-mata untuk
mengekalkan kekuasaan dan menutup pekong rasuah, jenayah dan penyalahgunaan kuasa.

Pengkhianatan amanah rakyat oleh pimpinan UMNO berterusan dengan skandal penyelewengan
dana awam berbillion ringgit di atas nama komisen pembelian senjata, mengaut saham,
kontrak dan lesen yang diperuntukkan untuk bumiputera tetapi dikaut oleh keluarga
serta kroni mereka.

Kita juga tidak lupa bahawa pimpinan UMNO-lah yang menghina institusi Raja-Raja Melayu
pada tahun 1983 dan 1993. Malahan mereka menghina Islam dengan memperbanyakkan lesen
perjudian serta menggadai gunung dan bukit kepada tauke-tauke judi terbabit. Hatta
pentadbiran UMNO sanggup menggadai kepentingan petani dan peraih kecil Melayu dengan
menjual saham Bernas kepada syarikat asing.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Dewan Rakyat

——————————————————————————————————–

PRESS STATEMENT FOR IMMEDIATE RELEASE

August 11, 2009

UMNO leadership is vigorously spreading propaganda that manipulates symbols of race,
religion and royalty with the intention of perpetuating narrow-minded views on communal
relations.

This is not the first time that I have become been branded a Malay traitor. There
have been many similar attempts in the past and this latest effort is a clear indication
of UMNO’s increasing level of desperation.

I have no intention of being drawn into a personal dispute with Deputy Prime Minister
Tan Sri Muhyiuddin Yassin. I only intend to respond to this issue based on facts and
principles. It is important for me to stress that my views and Pakatan Rakyat’s position
is very clear despite not being covered in the UMNO controlled mainstream media.

The statement by the Pakatan Rakyat leadership signed by Tuan Guru Haji Hadi Awang,
YB Lim Kit Siang and myself on 8th September 2008 clearly states Pakatan Rakyat’s
commitment to upholding the principles enshrined in the Federal Constitution. These
include the status of Islam as the Federal Religion, Bahasa Melayu as the National
Language, while allowing for the use of other languages, the sovereignty of the institution
of the Malay Rulers, the special rights for Malays and Bumiputeras and the rights
of all other races as guaranteed by the Constitution.

We strongly believe we have clear and principled arguments to refute the politics
of race and hatred of UMNO leaders who abuse symbols of race, religion and royalty
simply to retain power and to conceal their own crimes, corruption and abuses of power.

Betrayal of people’s trust by UMNO leadership continues with the squandering of billions
of Ringgit of public funds to pay huge commissions related to military procurements,
and appropriation of shares, contracts and licenses that have been allocated for Bumiputeras
but have instead been diverted to the families and cronies of the UMNO leadership.

We must not forget that it was UMNO leadership that affronted the institution of the
Malay Rulers in 1983 and 1993. And they were also the ones who scorned Islam by issuing
additional gambling licenses and selling the nation’s mountains, hills and islands
to the same gambling tycoons. The UMNO administration is willing to pawn off the interests
of the farmers and Malay small traders by selling Bernas shares to foreign companies.

ANWAR IBRAHIM

LEADER OF OPPOSITION

DEWAN RAKYAT MALAYSIA