Tingkatkan ketaqwaan di bulan Ramadhan

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerna telah mempertemukan kita sekali lagi dengan Ramadhan yang penuh barakah ini – satu-satunya bulan yang sarat dengan rahmat, maghfirah (pengampunan) dan diakhirnya dijanjikan pembebasan dari seksaan api neraka.

Dari Abu Hurairah: Adalah Rasulullah SAW memberi khabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda, “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah mewajibkan kepadamu puasa didalamnya; pada bulan ini pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperolehi apa-apa’.” (HR. Ahmad dan An-Nasa’I)

Kita turut bersyukur kerana telahpun berjaya menyempurnakan 10 malam pertama Ramadhan dengan pelbagai program Ihya’ walaupun dalam suasana semasa yang cukup mencabar sekarang ini. Kita dituntut memperbanyakkan ibadah siang dan malam di madrasah Ramadhan ini demi untuk mengejar ganjaran yang telah dijanjikanNya.

Esok, 31 Ogos kita akan memasuki fasa kedua Ramadhan di mana Allah SWT menjanjikan pengampunan bagi hamba-hambanya yang beriman denganNya. Justeru itu, marilah kita berlumba-lumba dalam mengejar keampunan dan rahmatNya. Semoga Ramadhan tahun ini akan memperkasa tekad perjuangan kita dan meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT hendaknya.


AZMIN ALI

One comment

Comments are closed.