Ucapan Bajet 2010 Selangor

Saya tampil untuk mengambil tanggungjawab membahaskan Bajet 2010 Negeri Selangor.

Berhati keras berlembut lidah
Jangankan pula bertingkah punah
Kata disusun mendapat faedah
Berbahas pula petua amanah.

Perbahasan saya tidak lengkap malahan tidak adil sekiranya saya tidak bermula dengan merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara yang baru dibentangkan di Parlimen dalam Sesi Bajet 2010.
Tahniah kepada kepimpinan YAB Dato’ Menteri Besar dan tahniah juga kepada barisan EXCO. Nampaknya setakat ini saya tidak akan mencadangkan untuk merombak barisan EXCO.
Saya juga ingin Dewan ini merakamkan penghargaan kepada seluruh warga penjawat awam khususnya YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri dan juga YB Dato’ Pegawai Kewangan Negeri dan pegawai-pegawai Jabatan Perbendaharaan Negeri yang telah mencurahkan khidmat bakti mereka untuk menjayakan dasar-dasar kepedulian rakyat yang dipimpin oleh YAB Dato’ Menteri Besar.
Perubahan lanskap politik tidak menjejaskan prestasi dan komitmen penjawat awam untuk bersama-sama dengan Kerajaan Pakatan Rakyat meneruskan agenda pembangunan Negeri Selangor.
Saya kira tidak keterlaluan jika saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk menaikkan bayaran khas kewangan kepada penjawat awam dari RM 500 kepada RM 1000 bagi tahun ini.
Jangan kita mengambil sikap Perdana Menteri yang membidas CUEPACS yang menuntut bonus dua bulan gaji bagi kakitangan dan pesara perkhidmatan awam dan menyifatkannya sebagai tidak bermoral ! Rintihan rakyat dan kebajikan pekerja tidak menjadi keutamaan bagi Kerajaan Persekutuan. Di manakah gagasan 1 Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan ?

Bajet 2010 Negeri Selangor : Negeri Maju, Rakyat Sejahtera

Pujian dari Ketua Audit Negara tidak seharusnya menjadikan kita terlalu complacent.
Bermula dari tapak inilah, hari ini kita akan memulakan perbahasan mengenai usaha-usaha Kerajaan Pakatan Rakyat untuk meneruskan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor ( MES ) dan menjana pertumbuhan ekonomi melalui enam projek utama dalam pakej rangsangan ekonomi. YB Tuan Speaker telah memperuntukkan 7 hari berturut-turut untuk membahaskan persoalan umat dan rakyat Negeri Selangor.
Begitulah demokratiknya Dewan Negeri Selangor. Berbeda dengan sesi Bajet Negeri Perak pada Oktober 2009 yang lalu di mana perbahasan bajet berjalan selama 20 minit berturut-turut. Saya yakin ini bukan sahaja rekod Malaysia tetapi rekod dunia. Ini bukan bajet rakyat ini bajet lanun !
Bajet 2010 Negeri Selangor secara relatifnya lebih baik jika dibandingkan dengan Bajet Kerajaan Persekutuan. Kita masih boleh pertahankan Bajet Berimbang sedangkan Kerajaan Persekutuan terus bergelut dengan Bajet Defisit selama 13 tahun berturut-turut. Kerajaan Persekutuan gagal untuk kembali kepada zaman kegemilangan pengurusan kewangan pra 1998 di mana negara kita mencapai bajet lebihan atau berimbang.
Bajet Persekutuan berkurangan sebanyak % berbanding dengan Negeri Selangor yang menyaksikan penurunan hanya %.
Pendapatan negara merosot sebanyak % manakala pendapatan Negeri Selangor bagi tahun 2010 ialah RM 1.3 bilion.
Justeru itu, kita perlu mengurus secara berhemah dan amanah. Setiap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri perlu mematuhi garis panduan kewangan secara ketat supaya tidak berlaku ketirisan melampau yang menjadi amalan dan budaya Kerajaan Persekutuan. Rujuk Laporan Ketua Audit Negara yang melaporkan sejumlah RM 28 bilion tiris dan bocor.
Sistem percukaian Persekutuan juga mempunyai banyak kelemahan. Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa pada tahun 2008 sahaja, negara kehilangan hasil sejumlah RM 3 bilion apabila cukai yang sudah ditaksir dan sepatutnya dikutip dari pembayar cukai telah dihapus kira oleh YB Menteri Kewangan khususnya sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum.

Falsafah ekonomi

Falsafah pengurusan ekonomi YAB Dato’ Menteri Besar secocok benar dengan pemikiran YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang memberi penekanan terhadap dimensi kemanusiaan dalam ekonomi. Buku Anwar berjudul Gelombang Kebangkitan Asia merungkai permasaalahan umat Asia yang khayal dengan pujian Bank Dunia yang terkandung dalam laporan East Asia Economic Miracle. Anwar mengungkap perkara ini dalam konteks dan zaman ketika jatuhnya blok komunis. Kemewahan ketika itu menyebabkan umat berada di dalam comfort zone. Namun, Anwar muncul berani mengingatkan kita pesanan Nabi Yusof tentang limpahan hasil yang mewah selama 7 tahun sebagai persediaan mendepani 7 tahun ekonomi gersang.

Adam Smith, seorang mahaguru kapitalis Barat dan pemuka Pencerahan Skotlandia menulis dalam Wealth of Nations tentang persoalan inequality. Kehebatan angka ekonomi yang dicatatkan tidak boleh menyangkal kesenjangan pendapatan dalam masyarakat. Beliau juga menulis sebuah lagi buku, ‘Theory of Moral Sentiments’ yang mengungkapkan persoalan sentimen moral. Yang menarik ialah Adam Smith yang akarnya ialah sistem kapitalis masih berupaya mencetuskan wacana mengenai persoalan moral dan nilai.
Malangnya, ramai pakar ekonomi dan pengurus ekonomi di Malaysia yang hanya berminat membicarakan persoalan angka ekonomi, KDNK tetapi lesu dalam persoalan nilai dan moral.
Apa maksud nilai kepada seseorang yang hendak menjadi kaya dengan dorongan nafsu dan rasuah. Apa makna kekayaan apabila keuntungan diperolehi dengan memeras dan menindas pekerja ? Apa makna moral apabila Si Suami memunggah kekayaan melalui komisen Scorpine dan Sukoi manakala Si Isteri diberikan ganjaran USD 2 juta kerana menjumpai kotak barangan kemas di dalam kapal layar ?
Kegersangan nilai dan moral dalam pentadbiran dan pengurusan ekonomi nyata dalam Laporan Ketua Audit Negara untuk Kerajaan Persekutuan.
Bajet 2010 Pakatan Rakyat Negeri Selangor menyaksikan penekanan yang berbeda di mana sementara Kerajaan Negeri bersungguh-sungguh untuk mencari kaedah yang lebih proaktif dan inovatif meningkatkan hasil negeri, Kerajaan Pakatan Rakyat terus memberikan tumpuan kepada kebajikan rakyat melalui pemerkasaan Program MES.
Statistik MES.

Falsafah Federalisma

Dalam menjana perubahan, suara rakyat harus dihormati, semangat Perlembagaan mesti dijunjung dan negara hukum ditegakkan. Justeru itu, saya ingin menyambut cabaran YAB Dato’ Menteri Besar supaya semua pihak kembali kepada falsafah federalisma.
Tanpa terikat kepada sikap politik, kita harus mempertahankan falsafah ini yang disepakati lebih 50 tahun yang lalu dan termaktub dalam Pemasyuran Kemerdekaan. Federalisma ini membawa maksud mempertahankan kedaulatan dan maruah ( dignity ) sesebuah negeri melalui Constitutional Guarantees.
Asas pengurusan kewangan negeri adalah perlembagaan. Fasal 109 Bahagian 7 yang antara lainnya menyebut hasil yang dikutip …… (6). Rundingan dengan dalam Majlis Kewangan Negara.
Gandhi : Satya Graha Salt ( Non Violence March ) yang menjadi pencetus kepada tuntutan reformasi akibat sistem percukaian penjajah yang menindas rakyat.
We are not at the beheast of the Federal Government. Inilah masalah royalti yang hangat dibahaskan di Parlimen yang mana Perdana Menteri mengambil sikap politik melampau dengan mengatakan bahawa ianya adalah wang ihsan. Wang ihsan bukan istilah undang-undang. Yang termaktub dalam Perlembagaan ialah royalti sebanyak 5 %.
Hak dan untung nasib rakyat Selangor bukan di tangan Perdana Menteri.
Kita merujuk pula kepada Fasal 108 berhubung keanggotaan Majlis Kewangan Negara. Fasal ini digubal dengan begitu cermat di bahagian (4) yang jelas merujuk kepada rundingan.
Berlaku kah rundingan hari ini ?
Kemudian, kita bawa ke Fasal 108 (4)(e) Perkara 92 (3) tentang definasi pembangunan negara. Pertimbangan always manafaat setempat.
UMNO redah. Klinik 1Malaysia. Pusat Dialesis.
Tindakan UMNO tidak bertepatan dengan definasi pembangunan malahan bercanggah dengan Perlembagaan.
Sumber pendapatan Kerajaan Negeri juga termasuk terimaan yang diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan. Pemberian Persekutuan yang diterima sehingga 27 Oktober 2009 berjumlah RM 408.26 juta atau 97.96 % berbanding anggaran yang disasarkan bagi tahun 2009. Ini termasuk melalui Pemberian Mengikut Ramai Penduduk, Pemberian Pertumbuhan Hasil ( insentif untuk negeri yang maju ), Pemberian 50 % Kos Pengurusan Jabatan Negeri ( senarai bersama seperti JKM dan JPS ), Pemberian Jalan Raya ( MARRISS ), Pemberian 5 % dari Kos Projek Persekutuan, Pemberian Kehilangan Hasil Wilayah Persekutuan dan Putrajaya dan Pemberian Grant Keseimbangan ( terus kepada PBT ).
Namun, Negeri Selangor menyumbang sebanyak RM 16 bilion kepada hasil pendapatan negara kepada Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2009.
Saya menyambut baik cadangan YAB Dato’ Menteri Besar untuk menubuhkan Independent Grants Commission atau Suruhanjaya Bebas Pemberian Persekutuan untuk menetapkan kaedah pengagihan selaras dengan peruntukkan Perlembagaan dan tidak terikat dengan sikap politik. Saya yakin pengagihan ini lebih adil dan demokratik untuk rakyat di setiap negeri di Malaysia.
Tidak ada Ketua Negeri atau Sultan yang mahu rakyatnya ditindas dan dizalimi. Negeri Selangor kaya dengan hasil mahsul tetapi rakyatnya tidak mendapat manfaat daripada kekayaan ini akibat tindakan Kerajaan Persekutuan yang mengkhianati semangat Perlembagaan dan membelakangkan falsafah federalisma yang dimuafakati bersama. Inilah penderhakaan kepada Tuanku dan rakyat Negeri Selangor.

Ekonomi Kaum Hawa

Sejajar dengan dimensi kemanusiaan yang menjadi tunjang Bajet 2010 Negeri Selangor, saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri memberi lebih tumpuan kepada kaum Hawa.
Harvard Business Review yang diterbitkan pada bulan September 2009 menekankan persoalan ‘female economy’ atau ekonomi kaum Hawa. Laporan ini dengan berani mengatakan kuasa ekonomi hari ini bukan China atau India, tetapi kuasa ekonomi hari ini adalah wanita.
Keberadaan kaum hawa di dalam pasaran pastinya akan mempengaruhi ekonomi keseluruhannya. Kajian Harvard Business School ini mendapati bahawa tenaga kerja di kalangan wanita mempunyai kuasa membeli yang cukup besar dan mempunyai multiplier effect dalam ekonomi hari ini.
Cadangan saya ialah Kerajaan Negeri menjadi pelopor dalam menggubal dasar ekonomi dengan orientasi yang baru. Hakikatnya wanita hari ini bukan lagi golongan yang meminta-minta tetapi adalah pemangkin yang berpotensi untuk menjana pertumbuhan ekonomi.
YB Tuan Speaker, sebab itu saya sekarang melihat wanita dari sudut yang lain. Bila saya tenung wanita, bukan lagi kerana kecantikannya tetapi dari sudut wanita sebagai penjana ekonomi. Kita harus mengiktiraf keupayaan wanita untuk menyumbang dalam pemerkasaan ekonomi negeri. Sekiranya ada halangan untuk wanita menyertai pasaran ekonomi, Kerajaan Negeri bertanggungjawab untuk facilitate dan bukan menyulit.
Wanita ini mudah. Jika wanita diberikan jaminan persekitaran yang selamat di tempat kerja, anak yang ke sekolah terjamin keselamatannya, keluarganya juga stabil maka sudah pasti produktiviti wanita ini akan meningkat. It makes sense untuk Kerajaan Negeri memastikan agar setiap EXCO dan portfolio masing-masing memperuntukkan komponen bajet untuk wanita. Peruntukkan untuk wanita tidak seharusnya ditanggung oleh portfolio YB Batu Tiga sahaja.
Harapan saya ialah Negeri Selangor Darul Ehsan menjadi negeri sensitif kepada kaum Hawa dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Kaum Hawa.
Untuk maksud ini, atas nama Kerajaan Negeri, satu kajian menyeluruh harus dibuat segera untuk mengenalpasti jumlah pelajar perempuan di institusi pengajian tinggi dan jumlah yang akan menyertai pasaran di Negeri Selangor. Kerajaan Negeri perlu membina pengkalan data untuk dijadikan rujukanketika melakar dasar ekonomi kaum hawa.

Pemerkasaan Budaya

Kerajaan Negeri juga harus menjana pembangunan keunggulan budaya. Budaya bukan difahami dari sudut seni tari menari sahaja. Makna kebudayaan tidak terlepas dari pengungkapan manifestasi tatacara hidup masyarakat.
Saya berhasrat menyorot kembali polemik penting yang mencetuskan kesedaran baru dalam memberi makna kebudayaan dan peranannya dalam pembangunan negara.
Jaringan budayawan Indonesia yang antara lainnya Sutan Takdir Ali Syahbana dan Sanusi Pane nyata mencetuskan wacana yang membentuk jati diri bangsa Indonesia.
Perdebatan mereka bukan sahaja terikat kepada persoalan unjuran belanjawan dan langkah kewangan fiskal atau langkah kebijakan Perbendaharaan tetapi menginsafi peranan kebudayaaan dalam mencorak cara berfikir dan bertindak.
Berdekad rakyat Selangor dirundung ‘dependency sindrom’ akibat dari perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang melahirkan manusia yang terjajah mindanya.
Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor bertanggungjawab untuk memerdekan jiwa dan minda yang terjajah ini melalui gagasan Agenda Ekonomi Malaysia yang mengungguli kefahaman kebudayaan dan tidak tercabut dari akar agama dan tradisi.
Mitos Pribumi Malas yang menjadi judul buku karya Syed Hussein Al Attas sewajarnya dicabar oleh anak bangsa yang merdeka untuk merobohkan persepsi yang dibina oleh penjajah.
Kita mahu melahirkan masyarakat madani yang berilmu, bertenaga dan berdaya maju.

Premium Tanah

Saya menyambut baik usaha Kerajaan Negeri untuk menggiatkan kutipan hasil melalui Ops Kutip. Usaha ini semakin mendesak kerana kutipan premium tanah bagi tempoh 31 Oktober 2009 hanyalah RM 226 juta atau 73.55 % berbanding dengan kutipan premium tanah 2008 berjumlah RM 458 juta.
Saya mendapat maklumat bahawa terdapat Pegawai-Pegawai Daerah yang merajuk kerana seringkali disinggung ketika mengemukakan permohonan-permohonan untuk mendapatkan hakmilik atau tukar syarat tanah.
Ramai pemilik-pemilik hartanah tidak memperbaharui lanjutan pajakan kerana ketidakmampuan untuk membayar kadar premium mengikut harga pasaran. Hasil negeri juga terkesan akibat tindakan pemilik-pemilik ini. Saya sedia maklum bahawa ketetapan premium berdasarkan formula dan ketetapan jadual. Namun terdapat juga premium yang lebih tinggi dari jadual. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri boleh memberi diskaun mengikut keperluan semasa.
Saya ingin mencadangkan supaya Pejabat-Pejabat Tanah Dan Daerah menyediakan data tentang hartanah-hartanah yang akan luput tempoh pajakan mengikut kategori bilangan tahun untuk membolehkan Kerajaan Negeri meneliti implikasi kewangan secara menyeluruh.
Saya juga ingin mencadangkan tanah-tanah yang sudah diteroka sekian lama dan pembangunan tanah adalah bersifat kediaman sendiri dan juga lot-lot pertanian yang kurang 3 ekar diberikan kadar premium yang rendah untuk menggalakkan pemilik-pemilik membuat pembayaran premium tanah.
Kerajaan Negeri boleh mengenakan kadar premium yang lebih tinggi ke atas pemaju pembangunan hartanah.
Saya juga difahamkan bahawa Premium Tanah Belum Bayar & Belum Tamat Tempoh bagi tahun 2009 mencecah RM 97.17 juta. Pejabat Tanah dan Daerah Sepang mencatatkan jumlah yang tertinggi iaitu RM 85.97 juta dan diikuti oleh Petaling sejumlah RM 5.52 juta.
Kerajaan Negeri telah memperkenalkan program Insentif Bagi Prestasi Pejabat Tanah Dan Daerah yang berjaya mencapai sasaran kutipan hasil.
Untuk mencapai matlamat ini, Pegawai-Pegawai Daerah perlu menyusun tenaga dan strategi dalam tempoh seminggu untuk memastikan kutipan premium tanah 2009 sejumlah RM 100 juta ini dapat dikutip sebelum hujung tahun ini.
Unit Pembangunan yang tidak lagi dibebankan dengan perlaksanaan projek-projek pembangunan setelah tugas ini diambil alih oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan; harus disusun semula untuk membantu dan memperkasa Unit Hasil di setiap Pejabat Tanah Dan Daerah bagi menjalankan operasi Ops Kutip dan sekaligus meningkatkan kutipan hasil.
Sasaran kutipan hasil juga perlu dirombak semula dalam Program Insentif ini. Sasaran kutipan cukai semasa dinaikkan kepada 95 % dan sasaran kutipan tunggakan cukai dinaikkan kepada 80 %. Pegawai-Pegawai Daerah juga perlu terlibat secara langsung dalam Ops Kutip.

Tunggakan Cukai Taksiran

Saya ingin mengesa Kerajaan Negeri untuk lebih berani dan berinovatif dalam melihat semula sistem pungutan tunggakan cukai taksiran oleh PBT iaitu caj yang dikenakan ke atas pemilik-pemilik rumah kediaman, premis perniagaan, kilang dan tanah kosong. Sebelum ini, amalan PBT mengenakan 5 % denda di atas amaun cukai taksiran yang belum dijelaskan kepada PBT pada setiap penghujung bulan Februari dan Ogos dalam tahun yang berkenaan. Kekangan yang dihadapi oleh PBT hari ini ialah keputusan Mahkamah yang tidak membenarkan denda dihitung berdasarkan peratusan tetapi berdasarkan kos sebenar pentadbiran untuk menuntut tunggakan cukai taksiran seperti duit setem, percetakan notis dan kos penghantaran notis.
Saya difahamkan bahawa ekoran keputusan Mahkamah ini, Majlis Perbandaran Klang ( MPK ) mengemukakan kertas cadangan kepada MTES pada pertengahan tahun ini dan MTES telah mengiktiraf bahawa kos sebenar penghantaran notis ialah RM 20.
Keputusan MTES telah memberikan kesan yang cukup parah kepada sumber pendapatan PBT justeru ketetapan denda tunggakan cukai taksiran hanya RM 20. Keputusan ini terdedah kepada manipulasi oleh pemilik-pemilik harta yang punyai tunggakan cukai taksiran yang tinggi untuk melengah-lengahkan pembayaran tunggakan dan hanya perlu membayar denda RM 20 sahaja. Trend tunggakan cukai taksiran semakin meningkat dan menggalakkan pembayar tidak membayar tunggakan cukai taksiran. Sedangkan penyangak cukai taksiran ini akan mendepositkan wang mereka ke dalam bank untuk mendapat pulangan yang besar. PBT kehilangan hasil yang besar.
Saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri bersama-sama YB Penasihat Undang-Undang untuk melihat dan mengkaji keperluan untuk meminda Enakmen Tanah Selangor bagi member kuasa kepada Kerajaan Negeri membuat tafsiran yang lebih adil dalam konteks kehilangan opportunity cost, monetary cost dan juga time value for money yang juga sering diambil kira oleh Mahkamah dalam kes-kes saman sivil. PBT juga harus mengkaji undang-undang kecil PBT bagi maksud yang sama. Pokoknya, PBT harus diberikan kuasa untuk menetapkan denda tunggakan cukai taksiran.
Saya juga mendesak Kerajaan Negeri untuk memastikan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri yang sarat dengan tunggakan cukai taksiran memulakan pembayaran dengan segera.

Program Meningkatkan Hasil Batuan Dan Mineral

Penubuhan Kumpulan Semesta Sdn Bhd ( KKSB ) adalah untuk menjamin kelangsungan program Merakyat Ekonomi Selangor ( MES ). Sehingga 21 Oktober 2009, hasil daripada royalty pasir yang telah dijelaskan oleh KKSB hanyalah RM 4.68 juta berbanding dengan tahun 2008 sejumlah RM 7.13 juta. Kemerosotan yang ketara ini amat membimbangkan saya tentang masa depan program MES.
Kalau diambil kira anggaran pendapatan KKSB yang pernah diumumkan sejumlah RM 150 juta dan dengan harga semasa RM 20 untuk setiap 1 metric ton, KKSB perlu mengeluarkan 75 juta metric ton pasir setahun atau 6 juta metric ton pasir sebulan. Untuk bulan Oktober 2009, KKSB hanya mampu mengeluarkan lebih kurang 250,000 metric ton pasir iaitu 5 % dari jumlah pengeluaran sebenar.
Pejabat Tanah Dan Daerah Petaling yang mempunyai 3 batang sungai hanya berjaya mengutip royalti berjumlah RM 27,000 sedangkan dalam tahun 2008, kutipan royalti di Daerah Petaling mencatatkan RM 3.8 juta.
Apakah sebenarnya berlaku ? Adakah anggaran awal yang dinyatakan tadi tersasar akibat kesilapan membuat perkiraan atau pengurusan KKSB yang tidak cekap dan perlu dirombak ? Adakah benar dakwaan bahawa beberapa kecurian pasir dilakukan oleh dalang dalam KKSB kerana lori-lori yang ditahan oleh pihak berkuasa dimiliki oleh KKSB ?
Saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri memecahkan monopoli industri pasir oleh KKSB untuk menjamin persaingan yang sihat dan tadbir urus korporat yang telus dan bertanggungjawab. Kerajaan juga harus member galakan kepada pengusaha-pengusaha pasir persendirian untuk melibatkan diri dalam industri ini.

Perbandaran

Saya amat sedih melihat peruntukan untuk Perbandara hanya RM 12 juta sahaja sedangkan peranan PBT amat penting untuk memberikan khidmat dan sistem penyampaian kepada rakyat. Dalam falsafah federalisma, terdapat 3 tier yang saling iaitu Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan juga Pihak Berkuasa Tempatan.
Sebahagian besar hasil yang dikutip oleh PBT terpaksa menanggung kos penswastaan projek pembersihan dan sisa pepejal kepada Alam Flora.
MPAJ juga perlu menanggung kos sewa penempatan sementara peneroka-peneroka Bandar yang tersadai di rumah-rumah pangsa ekoran kelewatan atau projek perumahan penempatan semula peneroka Bandar yang terbengkalai. MPAJ menanggung RM 1 juta setahun.
Saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri mengkaji semula perjanjian penswastaan projek pembersihan dan sisa pepejal dengan Alam Flora supaya jumlah yang dibayar kepada Alam Flora adalah value for money dan perkhidmatan yang baik kepada rakyat Selangor.
Rungutan besar di bawah adalah masalah kebersihan dan pungutan sampah yang tidak berjadual, kontraktor yang tidak perform tetapi masih dilanjutkan kontrak dan ………………………..

Banjir di Kampong Laksamana

Pertumbuhan ekonomi tidak membawa sebarang makna sekiranya rakyat terus menderita akibat banjir kilat yang memusnahkan rumah kediaman dan harta benda serta terdedah kepada kerugian berpuluh ribu ringgit.

Comments: 2

Comments are closed.