Ucapan di Pelancaran Buku Coffee Table Permatang Kuarza Gombak

DSC_0022 DSC_0077 DSC_0137 DSC_0158 DSC_0172 DSC_0185 DSC_0196 DSC_0320

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

1. Alhamdulillah, saya berasa cukup bertuah kerana dapat bersamadi dalam Majlis Pelancaran Buku Coffee Table Permatang Kuarza Gombak Selangor.

2. Penerbitan Buku ‘Coffee Table’ Permatang Kuarza Gombak Selangor (PKGS)merupakan satu usaha yang gigih danmenuntut proses yang amat teliti termasuk pengumpulan data di tapak dan kajian literatur yang mendalam. Hasil penemuan kajian saintifik yang dibuat oleh Institut Kajian Bencana Asia Tenggara, Universiti Kebangsaan Malaysia juga menyumbang kepada usaha ini dan membantu Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kesedaran awam bahawa aset geologi yang mempunyai nilai waisan yang tinggi dan perlu dipelihara kerana ianya adalah milik generasi akan datang.

3. Kerajaan Negeri akan memastikan tapak warisan yang bernilai ini terus dipelihara secara holistik tanpa unsur pencerobohan yang boleh melunturkan nilai warisan. Semua pihak harus bersama dalam menghargai dan menjaga khazanah alam semulajadi ini agar tidak musnah.Memetik kata pujangga,

“kita tidak mewarisi dunia ini dari nenek moyang kita, tapi kita meminjam dari anak cucu kita untuk dijaga”.

4. Bukuinimemuatkan beberapapenemuan biologi dan geologi untuk menjadi bahan rujukan di kalangan pihak-pihak berkepentingan, pengkaji, ahli-ahli akademik, agensi-agensi teknikal berkaitan dan tatapan generasi akan datang.

5. Buku ini juga adalah dokumen sokongan yang penting ke arah pengiktirafan PKGS sebagai Tapak Warisan Kebangsaan dan seterusnya pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO(World Heritage Site), InsyaAllah.Sehingga kini, sebanyak 197 tapak semulajadi (natural site) telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia seperti Gunung Mulu National Park dan Kinabalu Park.

6. Di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005, Kerajaan Negeri juga mempertimbangkan Tapak Warisan Kebangsaan yang meliputi Bandar Kuala Kubu Bharu – bandar terancang pertama dengan konsep Bandar Taman yang berpotensi sebagai Tapak Warisan Bangunan Bersejarah;Bukit Melawati dengan aset warisan tinggalan sejarah lama sebagai Tapak Warisan Bangunan Bersejarah; danBandar Diraja Klang dengan nilai bangunan bersejarah pembentukan bandar dan penempatan awal sebagai Tapak Warisan Bangunan Bersejarah.

7. Kerajaan Negeri mahu PKGS diiktiraf sebagaiTapak Warisan Dunia dalam kategori warisan semulajadi (Natural World Heritage Site) memandangkan permatang kuarza (glass crystal) di Gombak merupakan sebuah tembok batuan semulajadi luar biasa di pinggir Banjaran Titiwangsa membentuk permatang sepanjang 14 km iaitu yang terpanjang di dunia dan 50m lebar. Permatang ini pada mulanya dinamakan sebagai Permatang Klang Gates sempena fungsinya sebagai pintu laluan Sungai Klang.

8. Pada 24 Jun 2015, Kerajaan Negeri telah bersetuju menamakanmya sebagai Permatang Kuarza Gombak Selangor (PKGS) berdasarkan locality kewujudan Permatang Kuarza ini di daerah Gombak dan meletakkan nama Gombak di peta dunia sebagai Natural World Heritage Site.

9. Sebahagian daripada PKGS mengelilingi Empangan Klang Gate dan hutan simpan yang kaya dengan bio-diversity. Kajian mendapati sekurang-kurangnya 265 spesis tumbuhan dan endangered wildlife species yang menjadikan PKGS sebagai habitat mereka.

10. Pembangunan urbanisasi yang tidak terkawal dan tidak dirancang dengan bertanggungjawab akan mengancam kesuburan PKGS. Kerajaan Negeri memandang berat ke atas pencerobohan alam sekitar dan akan berusaha untuk memastikan kawasan bernilai tinggi ini adalah sebahagian daripada Taman Warisan Selangor. Kawasan ini penting untuk dipelihara bagi maksud eco-tourism, R&D dan rekreasi yang mampan (sustainable).

11. Kerajaan Negeri telah menyediakan Kerangka Awal Pelan Pengurusan dan Pemeliharaan (Conservation and Management Plan, CMP) memfokuskan kepada elemen pengurusan, kawalan pembangunan di dalam buffer dan core zone, garis panduan, struktur pengurusan dan elemen lain bagi menyokong dan memperkukuhkan usaha ke arah pengiktirafan negara dan dunia.

18. Semoga pelancaran buku Coffee Table ini menjadi satu usaha awal kepada Permatang Kuarza Gombak Selangor menuju kearah Tapak Warisan Kebangsaan dan seterusnya ke Tapak Warisan Dunia.

19. Maka, dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim marilah kita sama-sama menyempurnakan Majlis Pelancaran Buku Coffee Table dan nama rasmi Permatang Kuarza Gombak Selangor.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh