Ucapan Pelancaran Wifi Selangorku

Ucapan di Majlis Pelancaran Wifi Selangorku

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

1. Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan keizinanNya jua kita dapat berkumpul di SACC Mall, Shah Alam ini untuk bersama-sama menyaksikan Majlis Pelancaran Wifi Selangorku.

2. Kerajaan Negeri Selangor akan terus merangka model pembangunan sosial dan pembangunan ekonomi bagi rakyat Negeri Selangor. Inisiatif kebajikan rakyat dalam pembangunan sosial seperti penyediaan rumah mampu milik termasuk skim khas Pakej Pembiayaan Perumahan Selangor dengan kerjasama Maybank Islamic bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah memohon pembiayaan menerusi produk pembiayaan-i Komoditi Murabahah untuk projek-projek terpilih Rumah Selangorku.

3. Kerajaan Negeri turut memperkenalkan skim mikrokredit HIJRAH untuk melebarkan golongan kelas menengah; biasiswa dan pinjaman pelajaran untuk pelajar-pelajar UNISEL dan KUIS dari keluarga berpendapatan rendah; program sokongan untuk wanita melalui One Stop Crisis Centre (OSCC) iaitu pusat sehenti untuk tangani mangsa keganasan domestik, rogol dan sebagainya; Skim Kesihatan Wanita Selangor dengan Program Pemeriksaan Mammogram Percuma Selangor (MammoSel); skim Program Air Percuma dan program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor seperti Pandaftaran Tawas, Sikembar, Tunas dan Skim Mesra Usia Emas.

4. Program-program ini turut disokong dengan pelan pembangunan ekonomi termasuk peranan aktif Invest Selangor menjadikan Selangor sebagai Global Investment Hub, menubuhkan Selangor Digital Creative Centre untuk mendokong usahawan SME dan e-commerce; membina sumber daya manusia yang berkemahiran melalui kerjasama strategic dengan Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC); pelaburan strategik dalam pertanian dan industri pelancongan kesihatan (health tourism).

5. Hari ini, Selangor terus melangkah ke hadapan ke arah membina ‘Smart City’ untuk mengurus cabaran pertumbuhan perbandaran (urban growth) dengan menyediakan kemudahan wifi bagi menjamin connectivity di antara bandar dan desa untuk mengelakkan digital divide di antara bandar dan luar bandar.

6. Bandarayayangmelaksanakan konsep ‘Smart City’ mempunyai impak sosio ekonomi. ‘Smart City’ meliputi pendekatan bersepadu untuk mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan dan mempertingkatkan pengurusan bandar secara efektif.

7. Konsep model ‘Smart City’ yang diperakui dunia termasuk yang dibangunkan oleh Center of Regional Science at Vienna University of Technology, kerjasama Siemens membangunkan Green City Index, dan Buenos Aires’ “Modelo Territorial”. Antara inisiatif-inisiatif di dalam konsep ‘Smart City’termasukSmart Economy, Smart Environmental Practices, Smart Governance, Smart Living, Smart Mobility dan Smart People.

8. Perlaksanaan konsep ‘Smart City’ berupaya untuk melibatkan citizen engagement dalam penggubalan dasar. Datuk Bandar Vancouver di Kanada melalui Greenest City Action Team telah berjaya melibatkan lebih 30,000 rakyat Vancouver dengan menggunakan media sosial dan teknologi digital bagi mempelopori gerakan massa, diskusi dan forum untuk menghasilkan Greenest City 2020 Action Plan yang berhasrat untuk menjadikan Vancouver sebagai bandaraya terhijau di dunia.

9. Input yang diperolehi daripada rakyat digunakan untuk membina sesuatu dasar bagi pembangunan bandar, daerah atau negeri. Bandar-bandar besar di Selangor seperti Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya dan Ampang boleh mengambil contoh sebegini dalam usaha untuk melibatkan rakyat menerusi citizen engagement dalam pembentukan dan perlaksanaan sesuatu dasar.

10. Kerajaan Negeri Selangor serius dalam usaha untuk melonjakkan taraf hidup rakyat dan konsep ‘Smart City’ bertujuan untuk mencapai hasrat tersebut. Melalui konsep ‘Smart City’ dan ‘Smart State’ ini, sasaran untuk menjadikan Negeri Selangor sebagai Negeri Serantau atau Regional State akan terlaksana.

11. Kerajaan Negeri akan menyediakan akses kepada internet jalur lebar kepada rakyat Selangor. Pemasangan 2,500 hotspot Wifi Selangorku di seluruh negeri akan memacu Selangor ke arah mencapai hasrat menjadi Smart City dan juga Smart State.

12. Semoga usaha murni kita bersama akan dapat mencorakkan agenda pembangunan di Negeri Selangor dan diberkati Allah SWT.

13. Maka, dengan lafaz Bismillah hir-Rahman nir-Rahim marilah kita sama-sama menyempurnakan Majlis Pelancaran Wifi Selangorku.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh