Ucapan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor di Sambutan Rumah Terbuka Eidul Fitr Peringkat Negeri Selangor

Menghadap Duli Yang Maha Mulia
Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang Di Pertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta Segala Daerah Takluknya.

Ampun Tuanku,
Selamat Hari Raya Eidul Fitr :

Bagi pihak Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Negeri Selangor, patik menjunjung kasih dan merafak sembah di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, berangkat mencemar Duli ke Majlis Rumah Terbuka Sempena Sambutan Eidul Fitr Peringkat Negeri Selangor pada pagi yang berbahagia ini.

Patik bersama keluarga besar pentadbiran Negeri Selangor amat terharu di atas perkenan Tuanku untuk berangkat mencemar Duli buat kali kedua berturut-turut ke Majlis Rumah Terbuka Sempena Sambutan Eidul Fitr anjuran Kerajaan Negeri.

Keberangkatan Tuanku ke Taman Sri Keramat, Hulu Kelang dalam Daerah Gombak pada pagi ini amat besar maknanya buat diri patik selaku Dato’ Menteri Besar yang juga Ahli Parlimen Gombak. Sekalian rakyat Negeri Selangor khususnya di Gombak bergembira untuk beraya dan beramah mesra dengan Tuanku.

Bukan kacang sebarang kacang;
Kacang melilit si kayu jati,
Bukan datang sebarang datang;
Yang datang rupanya junjungan hati.

Ampun Tuanku,
Patik dengan penuh hormat dan takzimnya, memohon limpah keizinan dan perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk patik menyampaikan ucapan meraikan para tetamu yang hadir pada hari ini.

Ampun Tuanku,

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor ;
Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj,

Yang Amat Mulia Tengku Laksamana Selangor,
Yang Amat Mulia Tengku – Tengku dan Yang Amat Mulia Tengku Puan – Tengku Puan,

Yang Berhormat Tuan Speaker Dewan Negeri Selangor dan suami,
Yang Berhormat Ahli – Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dan pasangan,

Yang Amat Dihormati Ahli – Ahli Dewan Di Raja Selangor dan To’ Puan,
Yang Dimuliakan Orang – Orang Besar Istana dan To’ Puan,

Yang Dihormatkan Orang – Orang Besar Daerah dan Isteri,
Yang Berhormat Ahli – Ahli Parlimen dan Ahli – Ahli Dewan Negeri,

Yang Berusaha Ketua – Ketua Jabatan Kerajaan Peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah,

Your Excellencies and Honourable members of the Diplomatic Corps,

Distinguished guests,

Yang diraikan Tuan – Tuan dan Puan – Puan sekalian.

Bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitr. Maaf zahir dan batin.

Sesungguhnya umat Islam di seluruh dunia sedang menyambut hari kemenangan setelah berjaya melalui Madrasah Ruhiyyah. Mudah-mudahan jihad ma’nawi yang dilaksanakan selama sebulan ini membolehkan sekalian kita beroleh penyucian jiwa dan rohani.

Hari Raya adalah masa untuk bermaafan, memupuk persaudaraan dan silaturrahmi, menggilap tekad perjuangan untuk kembali kepada fitrah manusia yang cinta kepada keadilan, menegakkan kebenaran dan menjana kemakmuran.

Sambutan Eidul Fitr pagi ini yang dihadiri oleh puluhan ribu rakyat adalah cerminan kesatuan ukhuwwah dan mahabbah rakyat.

Kita mahu menjadikan Negeri Selangor ini sebagai sebuah negeri Baldatun Thoyyibatun Wa Rabbun Ghafur, sebuah negeri yang baik (aman dan makmur) dan mendapat pengampunan daripada Allah SWT.
Justeru itu, kita beraya dengan mensyukuri limpah kurnia Ilahi.

Majlis hari ini adalah manifestasi kepada semangat litaarafu, saling kenal mengenal yang dianjurkan oleh Al-Quran. Semua rakyat yang bernaung di bawah payung kebesaran Tuanku adalah bersaudara dan mendapat perlindungan Perlembagaan Persekutuan.

Your Excellencies and distinguished guests from the foreign diplomatic corps, I just want to say on behalf of the government and the people of Selangor “Selamat datang dan terima kasih” for gracing our event.

As you know, Hari Raya is a day of victory and celebration for Muslims throughout the world after a month-long spiritual and physical trial in order to raise and intensify their piety towards Allah.

In the context of Malaysia, the Raya celebrations is also an occasion for all the different communities and cultures to join in the festivities in a spirit of goodwill and unity.
In this regard, it is noteworthy that the state of Selangor indeed comprises a multi-racial, multi-cultural and multi-religious society. Here, we focus on the many things we have in common instead of being obsessed with our differences. The principle that guides our governance is moderation and justice for all. We place a high premium on the spirit of give and take, mutual respect and tolerance.

And we have proven over the last 50 years that this motto is not only possible but that Selangor is a fine example of the kind of balance and harmony that the nation needs.

I cannot overemphasize the significance of this. In light of the rising tide of intolerance and the breeding of mutual distrust, we must make a conscious choice for our future generations. The choice is none other than to build on the strengths that we have fostered and maintain a society that is united and harmonious.

In this society, it is of the utmost importance that all the constitutional rights and fundamental liberties of all the citizens are honoured and safeguarded.

Marilah kita menyambut Syawal ini dengan mengulangi tekad dan iltizam kita untuk menggalas peranan dan amanah bagi membangun dan memelihara kemakmuran negeri serta kesejahteraan watannya.

Ampun Tuanku,

Akhirul kalam, patik dan sekalian rakyat memohon ke hadrat Allah SWT semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dikurniakan kesihatan, dipelihara keselamatan dan kesejahteraan yang berpanjangan supaya dapat terus memerintah Negeri Selangor Darul Ehsan dengan segala kemuliaannya.

Doa sekalian rakyat juga dipanjatkan ke hadrat Allah SWT untuk Duli Yang Teramat Mulia, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, dan seterusnya kepada puteri – puteri dan adinda – adinda Tuanku, waris – waris serta kerabat Di Raja sekalian, semoga berada dalam keadaan kesejahteraan, dikurniakan taufik dan hidayah, serta senantiasa dalam perlindungan Allah SWT.